N-acetylcysteine

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan N-acetylcysteine?

N-acety Cysteine terhasil daripada asid amino L-cysteine. Ia mempunyai banyak kegunaan sebagai ubat. Ia digunakan sebagai penawar kepada keracunan acetaminophen dan karbon monoksida. Ia juga diambil untuk merawat kesakitan dada (angina tidak stabil), duktus hempedu yang tersekat bagi kanak-kanak, sklerosis lateral amiotrofik, penyakit Alzheimer, tindak balas alergi kepada ubat antisawan (phenytoin), keratoconjunctivitis. Selain itu, ia boleh digunakan untuk mengurangkan paras lipoprotein (a), paras homocysteine serta risiko serangan  jantung dan strok bagi pesakit yang mempunyai masalah ginjal serius.

Sesetengah orang menggunakan N-acetyl Cysteine untuk merawat bronkitis kronik, penyakit penghalang pulmonari kronis (COPD), demam jerami (hay fever), fibrosing alveolitis (masalah peparu), kanser kepala dan leher serta kanser paru-paru.

N-acetyl Cysteine juga digunakan  sebagai rawatan bagi sesetengah jenis epilepsi; jangkitan telinga; komplikasi dialisis ginjal; sindrom kelesuan kronik (CFS); kecelaruan autoimun yang dipanggil Sindrom Sjogren; mencegah komplikasi kecederaan sukan; rawatan radiasi; menguatkan imuniti kepada flu dan selesema babi (H1N1 flu); dan juga untuk menyingkirkan logam berat  seperti merkuri, plumbum dan kadmium.

Ia juga digunakan untuk mencegah kerosakan hati akibat daripada alkohol; melindungi daripada bahan pencemaran alam sekitar seperti karbon monoksida, chloroform, urethanes, dan sesetengah racun herba; untuk mengurangkan ketoksikan ifosfamide dan doxorubicin, ubat yang digunakan untuk merawat kanser; sebagai penawar pening kepala disebabkan alkohol (hangover remedy); untuk mencegah kerosakan ginjal akibat daripada pewarna sinar-X yang tertentu; dan untuk virus HIV.

Doktor juga memberikan N-acetyl Cysteine melalui intravena sebagai rawatan kepada keracunan acetaminophen, keracunan acrylonitrile,  sklerosis lateral amiotrofik (ALS, penyakit Lou Gehrig), kegagalan fungsi ginjal yang terkait dengan penyakit hati (sindrom hepatorenal), kesakitan dada (diberi bersama dengan nitrogycerin), serangan jantung  (diberi bersama dengan nitrogycerin dan streptokinase), dan untuk mencegah kegagalan organ berganda yang boleh membawa maut.

N-acetyl Cysteine juga boleh digunakan dengan menyedutnya ke dalam paru-paru untuk merawat masalah paru-paru seperti pneumonia, bronkitis, emfisema, fibrosis sista (cystic fibrosis) dan lain-lain.

Bagaimana ia berfungsi?

Sememangnya diketahui , N-acetyl Cysteine digunakan sebagai penawar kepada keracunan acetaminophen dengan mengikat bentuk beracun acetaminophen yang terhasil di dalam hati. Ia juga bertindak sebagai antioksida, berperanan untuk mencegah kanser. Namun kajian masih tidak mencukupi tentang bagaimana N-acetyl Cysteine berfungsi. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil N-acetylcysteine?

Sebelum mengambil N-acetyl Cysteine , sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap N-acetyl Cysteine atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap pengambilan suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap pengambilan ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah N-acetylcysteine selamat digunakan?

N-acetyl Cysteine selamat digunakan oleh kebanyakan orang dewasa sekiranya diambil mengikut preskripsi ubat.

N-acetyl Cysteine mempunyai bau yang kurang enak menyebabkan kesukaran untuk mengambilnya.

Langkah berjaga-jaga khusus dan amaran

Wanita hamil dan menyusukan bayi

N-acetyl Cysteine adalah selamat digunakan bagi wanita hamil samada diambil melalui mulut, melalui lubang pada trakea, atau disedut ke dalam paru-paru. N-acetyl Cysteine merentasi plasenta / uri, akan tetapi tiada bukti yang menunjukkan bahayanya kepada anak dalam kandungan dan ibu. Walau bagaimanapun, N-acetyl Cysteine haruslah digunakan oleh wanita hamil jika benar-benar perlu.

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan N-acetyl Cysteine menyusukan bayi. Ambil jalan selamat dan elakkan dari penggunaannya.

Alergi

Elakkan dari penggunaan N-acetyl Cysteine jika anda alah kepadanya.

Asma

Terdapat kebimbangan mengenai N-acetyl Cysteine yang boleh mengakibatkan  bronkospasma bagi mereka yang menghidapi asma sekiranya disedut, diambil melalui mulut atau melalui lubang pada trakea. Jika anda menghidapi asma dan ingin menggunakan N-acetyl Cysteine, pastikan ianya dibawah pantauan doktor.

Kecelaruan pendarahan

N-acetyl Cysteine boleh memperlahankan pembekuan darah. Dibimbangi,pengambilan  N-acetyl Cysteine meningkatkan lagi risiko pendarahan bagi mereka yang mempunyai kecelaruan pendarahan.

Pembedahan

N-acetyl Cysteine boleh memperlahankan pembekuan darah. Ia boleh meningkatkan risiko pendarahan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan N-acetylcysteine?

N-acetyl Cysteine boleh menyebabkan rasa loya, muntah, cirit-birit atau sembelit. Ia boleh mengakibatkan ruam, demam, sakit kepala, mengantuk, tekanan darah rendah dan masalah hati, namun ia jarang berlaku.

Jika disedut ke dalam paru-paru, ia juga boleh menyebabkan bengkak pada mulut, hidung berair, mengantuk , kesejukan dan kesesakan dada.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan N-acetylcysteine?

N-acetylcysteine mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini:

  • Nitroglycerin.

Nitroglycerin boleh membesarkan pembuluh darah dan meningkatkan alirannya. N-acetyl Cysteine pula boleh meningkatkan kesan nitroglycerin. Ini boleh meningkatkan risiko untuk kesan sampingan seperti sakit kepala, pening dan ringan kepala berlaku.

  • Arang teraktif (activated charcoal)

Arang teraktif kadangkala digunakan untuk mencegah keracunan bagi mereka yang mengambil acetaminophen dan ubat-ubatan lain secara berlebihan. Ia akan mengikat ubat-ubat tersebut di dalam perut dan menghalangnya daripada diserap oleh badan. Pengambilan N-acetyl Cysteine bersama dengan arang teraktif boleh mengurangkan keberkesanan N-acetyl Cysteine untuk bertindak bagi mencegah keracunan.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos N-acetylcysteine yang biasa digunakan?

Dos berikut telah dikaji secara saintifik

Melalui mulut:

  • Untuk keracunan acetaminophen (Tylenol) : Pada permulaan rawatan, dos pertama yang tinggi sebanyak 140 mg/kg N-acetyl Cysteine didalam larutan 5% diberikan. Larutan 10% atau 20% yang boleh didapati secara komersial boleh dicairkan dengan air, minuman berkarbonat atau tidak berkarbonat dan diberi melalui penyedut air untuk mengurangkan bau N-acetyl Cysteine yang kurang enak. 17 dos tambahan sebanyak  70 mg/kg di dalam larutan 5% diberikan setiap 4 jam, untuk jumlah dos keseluruhan sebanyak 1330 mg/kg sepanjang 72 jam.
  • Untuk sakit dada yang tidak hilang dengan berehat (angina tidak stabil): 600mg N-acetyl Cysteine 3 kali sehari bersama dengan tampalan nitroglycerin.
  • Untuk mencegah bronkitis kronik bertambah teruk secara mendadak: dos sebanyak 200 mg dua kali sehari, 200 mg 3 kalisehari, 300 mg perlepasan perlahan dua kali sehari,dan 600 mg perlepasan terkawal dua kali sehari  telah digunakan.
  • Untuk merawat penyakit penghalang pulmonari kronis (COPD): 600 mg  N-acetyl Cysteine sekali sehari, sebagai tambahan kepada penjagaan standard, sehingga 6 bulan.
  • Untuk merawat kondisi paru-paru yang dipanggil fibrosing alveolitis : 600 mg N-acetyl Cysteine tiga kali sehari.
  • Untuk mencegah kerosakan pada pundi kencing akibat daripada rawatan kanser yang menggunakan ifosfamide: 1 hingga 2 gram of N-acetyl Cysteine setiap 6 jam.
  • Untuk mengurangkan  paras homocysteine di dalam darah: 1.2 grams  N-acetyl cysteine setiap hari.
  • Untuk myoclonus epilepsy: 4-6 grams setiap hari.
  • Untuk mengurangkan simptom flu: 600 mg dua kali sehari.
  • Untuk mengurangkan  risiko serangan jantung dan strok bagi pesakit ginjal peringkat akhir: 600 mg dua kali sehari.
  • Untuk luka pada kulit disebabkan hemodialisis: 200 mg 4 kali sehari atau 600 mg dua kali sehari.
  • Untuk mencegah kerosakan ginjal yang disebabkan oleh penggunaan iopromide (Ultravist-300) dalam melakukan ujian diagnostik: 400 ke 600 mg  N-acetyl Cysteine dua kali sehari pada hari sebelum dan pada hari iopromide diberi, dengan IV saline (0.45%) 1 mL/kg berat badan per jam untuk 12 jam sebelum dan 12 jam selepas iopromide diberi.
  • Untuk trichotillomania (mencabut rambut): N-acetyl Cysteine 1200 mg ke 2400 mg setiap hari telah digunakan.

Inravena:

Doktor akan menyuntik N-acetyl Cysteine ke dalam vena untuk kes keracunan acetaminophen.

Dos untuk N-acetyl Cysteine mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan N-acetylcysteine?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Kapsul N-acetyl  Cysteine.
  • Tablet 500mg.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 23, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.