Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Lidah rusa adalah sejenis tumbuhan. Daunnya yang kering dijadikan sebagai ubat..
Meskipun terdapat kebimbangan mengenai keselamatannya , ia tetap digunakan dalam rawatan Malaria.
Kajian masih tidak mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Namun, ia diketahui mengandungi kumarin, bahan kimia yang boleh menipiskan darah dan merosakkan hati. Tidak diketahui bagaimana lidah rusa berfungsi sebagai ubat.
Sebelum mengambilnya , sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:
Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Lidah rusa tidak selamat untuk digunakan. Ia tidak dibenarkan untuk diletakkan dalam makanan di Amerika. Kebimbangannya ialah lidah rusa boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pendarahan. Elakkan penggunaannya
Hamil dan menyusukan bayi
Lidah rusa tidak selamat untuk digunakan bagi wanita yang hamil, kerana mengandungi bahan kimia boleh menyebabkan kerosakan hati dan pendarahan. Elakkan penggunaan
Sekiranya anda mempunyai alahan terhadap tumbuhan dari keluarga Asteraceae/Compositae, pastikan anda merujuk doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan lidah rusa.
Pembedahan
Lidah rusa boleh melambatkan pembekuan darah . Ini menimbulkan kerisauan terjadinya pendarahan berlebihan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.
Lidah rusa boleh menyebabkan alahan kepada orang yang sensitif dengan tumbuhan dari keluarga Asteraceae/Compositae. Tumbuh-tumbuhan yang termasuk dalam keluarga ini ialah ragweed, krisantemum, marigold, daisi dan lain-lain
Lidah rusa boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pendarahan.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Produk yang mempunyai tindakbalas dengan ubat ini:
Lidah rusa boleh melambatkan pembekuan darah. Mengambilnya bersama ubat yang mempunyai fungsi yang serupa meningkatkan risiko pendarahan dan lebam.
Beberapa ubat yang melambatkan pembekuan darah ialah aspirin, clopidogrel, (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, others), ibuprofen (Advil, Motrin, others), naproxen (Anaprox, Naprosyn, others), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.
Lidah Rusa mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.
Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen