Kayu Manis Cassia (Cassia Cinnamon)

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Kayu Manis Cassia (Cassia Cinnamon)?

Kayu Manis Cassia adalah sejenis kayu manis yang dihasilkan daripada kulit kayu kering bagi sejenis tumbuhan malar hijau di kawasan tenggara Asia.

Orang biasanya mengambil Kayu Manis Cassia dengan mulut untuk:

  • Diabetes.
  • Penghalau nyamuk.
  • Hilang selera makan.
  • Kekejangan otot dan perut.
  • Perut berangin.
  • Pening dan muntah.
  • Cirit-birit.
  • Selesema.
  • Disfungsi erektil (ED).
  • Kencing malam.
  • Sakit sendi.
  • Gejala menopaus.
  • Masalah haid.
  • Sakit dada.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Masalah buah pinggang.
  • Kanser.

Dalam makanan dan minuman, Kayu Manis Cassia biasanya digunakan sebagai agen perasa.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa Kayu Manis Cassia mengandungi hydroxychalcone dan bahan kimia lain yang serupa. Bahan kimia ini didapati meningkatkan sensitiviti terhadap insulin. Kayu Manis Cassia juga mengandungi bahan kimia yang boleh mengaktifkan protein darah yang meningkatkan pengambilan gula dalam darah. Kesan ini boleh membantu kawalan gula dalam darah pada pesakit diabetes. Kayu Manis Cassia juga mengandungi cinnamaldehyde. Bahan kimia ini mungkin mempunyai kesan terhadap bakteria dan kulat. Ia juga didapati menghentikan pertumbuhan beberapa jenis sel tumor pepejal.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Kayu Manis Cassia (Cassia Cinnamon)?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan. Ini kerana jika anda sedang hamil atau ingin menyusukan bayi, anda hanya boleh ambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada Kayu Manis Cassia atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Kayu Manis Cassia (Cassia Cinnamon) selamat digunakan?

Kayu Manis Cassia didapati mungkin selamat apabila diambil melalui mulut dalam jumlah yang biasa dijumpai dalam makanan, dan apabila diambil dengan mulut dalam dos ubat sehingga selama empat bulan.

Ia juga didapati mungkin selamat apabila digunakan pada kulit dalam jangka masa yang pendek.

Kayu Manis Cassia mungkin tidak selamat apabila diambil oleh mulut dalam jumlah yang besar, untuk tempoh masa yang panjang.

Peringatan dan amaran khusus:

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa Kayu Manis Cassia adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan dari penggunaan tanpa nasihat daripada doktor atau pakar herba anda.

Kanak-kanak: Kayu Manis Cassia mungkin selamat apabila diambil dengan mulut dengan sewajarnya. Satu gram bahan ini setiap hari didapati telah digunakan dengan selamat pada remaja berusia 13-18 tahun sehingga tiga (3) bulan.

Diabetes: Kayu Manis Cassia dapat menurunkan kadar gula dalam darah pada orang yang menghidap kencing manis. Berhati-hati terhadap tanda-tanda gula darah rendah (hipoglisemia), dan sentiasa pantau paras gula darah anda dengan berhati-hati jika anda mempunyai diabetes dan menggunakan bahan ini dalam jumlah yang lebih besar daripada jumlah yang biasanya didapati dalam makanan.

Penyakit hati: Kayu Manis Cassia mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan hati. Sekiranya anda mempunyai penyakit hati, jangan mengambil bahan ini dalam jumlah yang lebih besar daripada jumlah yang biasanya didapati dalam makanan.

Pembedahan: Kayu Manis Cassia mungkin akan menurunkan paras gula darah dan mungkin mengganggu kawalan paras gula darah semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambil bahan ini sebagai ubat sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Kayu Manis Cassia (Cassia Cinnamon)?

Kayu Manis Cassia boleh mengandungi sejumlah besar bahan kimia yang disebut coumarin (kumarin). Pada orang yang sensitif, coumarin boleh menyebabkan atau memburukkan lagi penyakit hati. Apabila digunakan pada kulit, Kayu Manis Cassia kadang-kadang boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan reaksi alahan kulit.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Kayu Manis Cassia (Cassia Cinnamon)?

Kayu Manis Cassia (Cassia Cinnamon) mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh bertindak balas dengan Kayu Manis Cassia termasuklah:

  • Ubat anti-diabetes

Kayu Manis Cassia mungkin akan menurunkan paras gula darah. Ubat diabetes juga digunakan untuk menurunkan gula darah. Maka pengambilan bahan ini bersama ubat diabetes boleh menyebabkan paras gula darah anda terlalu rendah. Sila pantau paras gula darah anda dengan teliti. Dos ubat diabetes anda mungkin perlu diubah.

Antara ubatan yang digunakan untuk diabetes termasuklah glimepiride (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), dan tolbutamide (Orinase) .

  • Ubatan hepatotoksik

Mengambil Kayu Manis Cassia dalam dos yang sangat besar boleh membahayakan hati, terutama pada orang yang mempunyai penyakit hati yang sedia ada. Mengambil sejumlah besar bahan ini bersama dengan ubat-ubatan yang mungkin juga membahayakan hati, mungkin akan meningkatkan risiko kerosakan hati. Jangan ambil Kayu Manis Cassia dalam jumlah yang besar jika anda ada mengambil ubat yang berupaya merosakkan hati.

Antara ubat yang boleh menyebabkan kerosakan hati termasuklah acetaminophen (Tylenol dan lain-lain), amiodarone (Cordarone), carbamazepine (Tegretol), isoniazid (INH), methotrexate (Rheumatrex), methyldopa (Aldomet), fluconazole (Diflucan), itraconazole (Sporanox) erythromycin (Erythrocin, Ilosone, yang lain), phenytoin (Dilantin), lovastatin (Mevacor), pravastatin (Pravachol), dan simvastatin (Zocor).

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Kayu Manis Cassia (Cassia Cinnamon) yang biasa digunakan?

Dos untuk produk herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Kayu Manis Cassia (Cassia Cinnamon)?

Produk herba ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Kayu Manis mentah.
  • Serbuk Kayu Manis mentah.
  • Kapsul serbuk Kayu Manis.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 27, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 27, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.