Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Cendawan shiitake adalah sejenis kulat. Ekstrak yang dibuat daripada cendawan ini biasa digunakan sebagai ubat.
Cendawan shiitake biasanya digunakan untuk:
Cendawan shiitake juga boleh dimakan dalam hidangan makanan biasa.
Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana cendawan shiitake ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa cendawan shiitake mengandungi bahan kimia yang boleh membantu menurunkan tahap kolesterol. Ia juga mengandungi sejumlah kecil bahan kimia yang seolah-olah menghalang tumor daripada menjadi lebih besar.
Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:
Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.
Cendawan shiitake didapati mungkin selamat apabila dimakan oleh mulut dalam jumlah makanan, namun mungkin tidak selamat untuk diambil melalui mulut dalam jumlah yang diguna dalam ubatan.
Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa bahan cendawan shiitake adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.
“Penyakit-penyakit auto-imun’ seperti sklerosis berbilang (MS), lupus (lupus eritematosus sistemik – SLE), artritis reumatoid (RA), atau penyakit lain: cendawan shiitake boleh menyebabkan sistem imun menjadi lebih aktif. Ini akan meningkatkan simptom penyakit auto-imun. Jika anda mempunyai salah satu daripada penyakit-penyakit ini, sebaiknya elakkanlah penggunaan cendawan shiitake.
Eosinofilia: Jangan gunakan cendawan shiitake jika anda mempunyai keadaan ini. Ia mungkin membuatkan eosinofilia bertambah buruk.
Cendawan shiitake didapati boleh menyebabkan:
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.
Cendawan Shiitake mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos untuk produk cendawan shiitake ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Produk cendawan shiitake ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen