Calea Zacatechichi

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Calea Zacatechichi

Kegunaan

Apakah kegunaan Calea Zacatechichi?

Calea zacatechichi telah digunakan dalam perubatan kampung selama ribuan tahun sebagai perangsang selera makan, agen pembersihan, agen penenang, julap (laksatif). Ia juga digunakan untuk merawat:

  • Cirit-birit
  • Disentri
  • Demam
  • Ruam kulit
  • Bengkak kulit kepala
  • Selesema perut
  • Sakit kepala
  • Mimpi psikik, membantu mengingati mimpi, dan meningkatkan mimpi
  • Peningkatan mental dan tidur

Daun kering dan batang Calea zacatechichi telah diasapkan, disapu secara topikal, diletakkan di bawah bantal, dijadikan teh, dan ditelan sebagai kapsul.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa calea zacatechichi kelihatan mempunyai kesan ke atas tidur yang boleh menyebabkan pemanjangan corak tidur yang cetek, peningkatan dalam mengingati mimpi, dan peningkatan terjaga dari tidur sepanjang malam. Tambahan lagi, calea zacatechichi boleh mengurangkan keradangan dengan merencatkan penghasilan bahan kimia yang menyebabkan keradangan oleh tubuh.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Calea Zacatechichi?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam calea zacatechichi atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Kawalan (regulasi) bagi suplemen herba kurang ketat daripada kawalan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Calea Zacatechichi selamat digunakan?

Kehamilan dan menyusu:

Tiada maklumat yang mencukupi mengenai penggunaan calea zacatechichi semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sebagai langkah keselamatan, dan elakkan penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Calea Zacatechichi?

Calea zacatechichi mungkin tidak selamat apabila diambil secara oral atau disedut melalui pernafasan. Ia boleh menyebabkan halusinasi, loya, dan muntah.

Apabila merokok atau diminum dalam teh, calea zacatechichi boleh menyebabkan rasa mual, muntah, dan rasa menjeluak.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Calea Zacatechichi?

Keadaan kesihatan ini boleh bertindakbalas dengan herba ini, seperti:

  • Penggunaan alkohol/sedatif: Calea zacatechichi mungkin memperlahankan sistem saraf pusat. Gunakan dengan berhati-hati bagi pesakit yang mengambil sedatif atau depresan sistem saraf pusat (termasuk alkohol).
  • Alahan kepada tumbuhan ragweed atau yang berkaitan: Calea zacatechichi boleh menyebabkan tindakbalas alahan pada orang yang sensitif terhadap keluarga tumbuhan Asteraceae/Compositae. Ahli keluarga ini termasuk ragweed, kekwa, marigold, daisi, dan banyak lagi herba lain.
  • Gangguan pernafasan: Calea zacatechichi boleh mempengaruhi kadar pernafasan anda. Jika anda mengalami gangguan pernafasan, seperti asma dan COPD, anda harus menggunakan berhati-hati atau mengelakkan calea zacatechichi.
  • Diabetes: Calea zacatechichi mungkin menurunkan tahap gula dalam darah. Orang yang menghidap diabetes perlu menggunakannya dengan berhati-hati, dan memerhatikan tanda-tanda gula darah rendah (hipoglisemia).Gangguan kardiovaskular: Calea zacatechichi boleh mengurangkan tekanan darah. Orang yang mempunyai keadaan jantung atau menggunakan ubat tekanan darah harus berhati-hati mengambil herba ini.
  • Gangguan psikiatri: Elakkan penggunaan herba ini jika anda mengalami kecelaruan psikiatri atau anda mengambil ubat psikiatri. Calea zacatechichi boleh menyebabkan citraan (imej) yang jelas, kesan yang mengelirukan, dan halusinasi.

Calea Zacatechichi mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Calea Zacatechichi yang biasa digunakan?

Kapsul

Pek ekstrak daun kering herba ini ke dalam kapsul gel kosong dan ambil 1-2 kapsul selepas 4-6 jam tidur. Ini akan membantu anda tidur nyenyak yang mencukupi sebelum memulakan kitaran gerak mata cepat (REM) yang lebih lama.

Tinktur

Cecair cair dibuat dari bahan kering dan terturun. Tambahkan bahan ini ke dalam minuman panas dan minum sebelum tidur, atau lebih baik, selepas 4-6 jam tidur kemudian kembali tidur. Mulakan dengan dos yang kecil dan cuba dos yang berbeza setiap malam untuk mengenalpasti dos yang sesuai dengan anda (10-15ml biasanya berkesan).

Teh

Buat teh mimpi ini dari ekstrak daun kering, tambah banyak madu dan minum dengan perlahan-lahan.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila bincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Calea Zacatechichi?

Suplemen herba ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Tinktur
  • Kapsul
  • Teh

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 16, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 16, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut