Akar Ipoh (Biji akar ipoh)

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Akar Ipoh (Biji akar ipoh)?

Biji akar ipoh adalah biji yang diambil daripada tumbuhan akar ipoh dengan nama saintifiknya Strychnos ignatii. Biji buahnya dahulu biasa digunakan untuk membuat ubat.

Walaupun terdapat kerisauan berkenaan tahap keselamatannya yang serius, sesetengah orang masih menggunakan biji akar ipoh dalam mengelakkan pitam/pengsan. Ia juga digunakan sebagai bahan pahit atau tonik; dan juga sebagai ejen untuk mencergaskan, menyegarkan, atau memulihkan fungsi badan.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa biji akar ipoh mengandungi racun strychnine dan brucine. Bahan kimia ini boleh menjejaskan penghantaran impuls saraf ke otot.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Akar Ipoh (Biji akar ipoh)?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan. Anda seharusnya mengambil bahan yang dibenarkan oleh doktor anda sahaja.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok akar ipoh atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Akar Ipoh (Biji akar ipoh) selamat digunakan?

Biji akar ipoh tidak selamat untuk penggunaan. Ia adalah beracun. Bahaya ini disebabkan oleh strychnine dan brucine yang terkandung di dalamnya. Badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) telah mengharamkan strychnine daripada produk ubat bukan preskripsi pada tahun 1989.

Peringatan khas & amaran

Oleh kerana biji akar ipoh adalah beracun, sila berhati-hati untuk tidak mengambilnya jika anda mempunyai salah satu keadaan berikut:

Kehamilan dan penyusuan bayi: Pengambilan biji akar ipoh adalah tidak selamat jika anda sedang hamil atau menyusu. Ia adalah beracun, dan boleh membahayakan anda serta bayi anda.

Penyakit hati: Strychnine akan terkumpul dalam badan individu yang mengalami kerosakan hati, menjadikan keracunan lebih berkemungkinan berlaku. Di samping itu, pengumpulan strychnine itu sendiri boleh menyebabkan kerosakan hati.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Akar Ipoh (Biji akar ipoh)?

Kesan-kesan sampingan dan keracunan akan mendatangkan kegelisahan, perasaan cemas, peningkatan sensitiviti deria, peningkatan refleks, pening kepala, sakit leher dan kekejangan belakang badan, sentakan, kekejangan rahang dan leher, kekejangan seluruh tubuh, sakit otot, kesukaran bernafas, kegagalan buah pinggang, dan kematian.

Penggunaan biji akar ipoh dalam jangka masa yang panjang, walaupun dalam jumlah yang begitu kecil dan tidak menimbulkan kesan sampingan, akhirnya akan dapat menyebabkan kerosakan hati dan membawa maut. Ujian makmal mengenai kandungan urin dan kandungan perut boleh mengenal pasti keracunan strychnine sebagai punca kematian.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Akar Ipoh (Biji akar ipoh)?

Akar Ipoh (Biji akar ipoh) mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Akar Ipoh (Biji akar ipoh) yang biasa digunakan?

Dos untuk biji akar ipoh ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit jika terdapat keperluan. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat, terutamanya herba ini. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Akar Ipoh (Biji akar ipoh)?

Bahan biji akar ipoh ini adalah terdapat dalam beberapa bentuk dos penggunaan berikut:

  • Biji akar ipoh mentah
  • Ubat Homeopati Ignatia amara
  • Pelet Ignatia amara 30c

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 30, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 30, 2018