Tidur Sambil Bermesej, Wujudkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan

Tidur sambil bermesej (tidur mesej) adalah apabila anda menggunakan telefon anda untuk menghantar atau membalas mesej semasa tidur. Walaupun ia kedengaran agak tidak munasabah, namun ia boleh berlaku.

Kebiasaannya, tidur sambil bermesej ini berlaku secara tiba-tiba. Dalam erti kata lain, ia cenderung berlaku apabila anda menerima mesej. Notifikasi mungkin akan ‘memberitahu’ bahawa anda mempunyai mesej baru, dan otak bertindak balas dengan cara yang sama seperti ketika anda berjaga.

Walaupun untuk menaip mesej semasa tidur adalah tidak mustahil, tetapi kandungan mesej itu mungkin tidak dapat difahami.

Tidur sambil bermesej mungkin akan berlaku kepada individu yang tidur berdekatan telefon dengan mod notifikasi yang boleh didengar.

Punca gangguan

Tingkah laku atau sebarang aktiviti tidur yang diingini ini adalah merupakan simptom kategori gangguan tidur yang dinamakan parasomnia, ia berbeza mengikut pelbagai peringkat kitaran tidur.

Sebagai contoh, tidur berjalan. Ketika seseorang individu berjalan dalam tidur, dia berada dalam tahap kesedaran yang rendah. Apabila berjalan, sebahagian otak anda yang mengawal pergerakan dan koordinasi, sementara sebahagian yang lain mengawal fungsi yang lebih tinggi, manakala fungsi rasional dan memori, dimatikan.

Tidur mesej mungkin berlaku dalam keadaan separa sedar. Dalam kajian 2013 mengenai kegunaan teknologi dan tidur, penyelidik mendapati bahawa 10 peratus peserta dilaporkan bangun kerana telefon bimbit mereka sekurang-kurangnya beberapa kali dalam masa seminggu.

Bergantung pada bila gangguan ini berlaku dalam kitaran waktu tidur, individu yang menerima gangguan tidur ini mungkin menghantar mesej tanpa menyedari tentang itu pada keesokkan harinya.

Beberapa faktor mungkin menyumbang kepada gangguan tidur mesej. Ini termasuk:

  • Tekanan
  • Kurang tidur
  • Tidur terganggu
  • Perubahan jadual tidur
  • Demam

Tidur mesej juga mungkin mempunyai komponen genetik, kerana individu yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah gangguan tidur, mempunyai risiko untuk mengalami parasomnia yang boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira peringkat umur.

Contoh tidur mesej

Terdapat pelbagai senario berbeza untuk tidur mesej berlaku. Situasi paling kerap terjadi selepas menerima notifikasi. Telefon berdering atau bunyi ‘bip’ yang menandakan isyarat mesej baru.

Notifikasi yang berlaku juga mungkin bukan untuk mesej baru masuk, tetapi ia mendorong anda untuk mengambil telefon dan membalasnya, seperti yang anda biasa lakukan pada waktu siang.

Senario lain yang mungkin menyumbang kepada tidur mesej adalah apabila anda bermimpi menggunakan telefon atau menghantar mesej kepada seseorang.

Dalam kes lain, menghantar mesej semasa tidur mungkin berlaku tanpa notifikasi. Ini memandangkan menghantar mesej merupakan tingkah laku automatik bagi kebanyakkan individu.

Mencegah tidur mesej

Tidur mesej biasanya tidak mendatangkan masalah yang serius. Selain hanya ia sesuatu yang janggal dan agak lucu, tidur mesej tidak mendapatkan risiko pada kesihatan anda.

Namun anda perlu berbincang dengan doktor jika anda mengalami tidur mesej dengan parasomnia yang mengganggu atau berpotensi mendatangkan bahaya. Sekiranya anda mengekalkan rutin tidur konsisten dan masih mengalami parasomnia, ia boleh menjada petanda awal masalah kesihatan.

Bagi mereka yang mengalami masalah tidur meseh ini, ada penyelesaian mudah. Apabila tiba masa untuk tidur, anda boleh mencuba salah satu yang berikut:

  • Matikan telefon atau letakkan telefon anda dalam ‘mod malam’.
  • Matikan bunyi atau notifikasi
  • Letakkan telefon diluar bilik tidur
  • Elak menggunakan telefon sejam sebelum tidur.

Walaupun tidur mesej tidak mendatangkan sebarang masalah, meletakkan telefon di bilik tidur boleh memberi kesan terhadap kualiti dan kuantiti tidur anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kanser dan Masalah Tidur

    Menurut Institut Kanser Kebangsaan, sehingga 50 peratus pesakit kanser mempunyai masalah dalam tidur mereka. Jika anda menghadapi masalah dengan tidur, anda tidak bersendirian. Artikel ini akan membantu anda mengetahui ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pusat Kesihatan 01/03/2019 . 2 minit bacaan

    Bahayakah Berjalan Semasa Tidur?

    Berjalan semasa tidur, sleepwalking atau dikenali sebagai somnambulism, adalah satu gangguan tidur yang menyebabkan individu bangun dan berjalan semasa mereka sedang tidur. Kebanyakan gangguan tidur ini berlaku ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/02/2019 . 3 minit bacaan

    Mengapa Perlu Matikan Lampu Semasa Tidur?

    Berapa kali anda tertidur dengan lampu atau televisyen yang terbuka? Atau berjaga malam menggunakan komputer sebelum tidur? Tahukah anda bahawa faktor utama dalam mengawasi tidur dan jam biologi anda adalah pendedahan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 17/01/2019 . 3 minit bacaan

    Apakah Penyebab Insomnia?

    Ada masanya, anda akan berdepan kesukaran untuk tidur dan akan menyebabkan anda berasa kelesuan apabila bangun pagi tanpa mengetahui punca insomnia terjadi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 02/01/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tidur berjalan

    Terlihat Anak Selalu Tidur Berjalan? Ketahui Tentang Somnambulisme

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/01/2020 . 4 minit bacaan
    Tidur Awal Satu Fasa yang Jarang Berlaku

    Tidur Awal: Satu Fasa yang Jarang Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/08/2019 . 3 minit bacaan
    otak

    Penyelidikan Baharu Mengubah Pemahaman Kita Berkenaan Aktiviti Otak Ketika Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/03/2019 . 2 minit bacaan
    mengigau semasa tidur

    Sering Mengigau Semasa Tidur, Ia Mungkin Tanda PENYAKIT!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/03/2019 . 4 minit bacaan