Span Penyental Dapur, Jangan Ambil Mudah Soal Penjagaannya

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Sebagai suri rumah, anda pastinya menitikberatkan aspek kebersihan seisi rumah serta kesihatan seisi keluarga anda, bukan? Kekotoran dan pencemaran bakteria boleh menjadi antara punca utama jangkitan penyakit. Namun, sedarkah anda, span penyental dapur turut boleh menjadi punca merebaknya penyakit?

Kuman dan mikrob

Menurut sebuah kajian komprehensif yang diterbitkan di dalam jurnal Scientific Reports, penyelidikan terhadap 14 span penyental dapur kediaman serta mikrob yang menghuni span tersebut mendapati bahawa span dapur bertanggungjawab sebagai sumber pencemaran yang serius.

Jangan terkejut, sekiranya span dapur anda mengandungi lebih banyak kuman berbanding tandas di rumah. Berdasarkan penyelidikan dari Universiti Furtwangen mendapati secebis span yang bersaiz sebutir kiub gula boleh mengandungi bilangan bakteria mencecah 54 bilion, sejumlah kecil daripadanya mungkin terdiri daripada bakteria patogenik yang boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan.

Penggunaan span penyental yang betul

Disebabkan itu, anda perlu mengetahui cara penggunaan dan penjagaan span penyental yang betul untuk perkakas dapur anda bagi membantu menjaga kebersihan dapur, mencegah pencemaran bakteria pada pinggan dan mangkuk serta menjamin tahap kesihatan keluarga anda pada tahap yang lebih baik.

Oleh itu 3M Malaysia, memperkenalkan tiga idea yang boleh membantu anda untuk mengamalkan tabiat penjagaan span penyental yang lebih baik, iaitu:

Span Penyental Dapur, Jangan Ambil Mudah Soal Penjagaannya - rendam dalam bekas sabun

1. Keringkan span

Selepas selesai membasuh, pastikan anda membilas dan memerah span, pastikan ia dalam keadaan yang lebih kering dan tidak memerangkap atau menyimpan sebarang air. Letakkan span anda di tempat yang kering. Elakkan daripada meletakkan span di dalam bekas sabun berisi air serta hindari dari menyimpan span yang lembap di tempat yang tertutup.

Untuk memudahkan proses ini, 3M Malaysia turut memperkenalkan produk span penyental baru, Scotch-Brite™ Heavy Duty Easy Grip Scouring Sponge dengan alat pemegang (Handy Sponge Holder) yang tersendiri – berpelekap yang mudah untuk digunakan serta dapat membantu mengeringkan dan meningkatkan tahap kebersihan span penyental.

Span Penyental Dapur, Jangan Ambil Mudah Soal Penjagaannya - kering span

2. Span yang betul

Pemilihan span yang betul adalah penting untuk memastikan tugas mencuci peralatan dapur dapat dilakukan dengan sebaiknya. Produk span penyental yang lasak, Scotch-Brite™ Heavy Duty Scouring Sponge dirumus untuk mengguna pakai jaringan gentian yang tumpat dan seragam serta jumlah partikel pembersih yang tinggi agar span tersebut dapat mencuci tiga kali lebih baik dan tahan tiga kali lebih lama berbanding span penyental yang biasa.

Namun, seperti yang anda ketahui, bukan semua peralatan dapur perlu disental dengan kuat seperti perkakasan kaca kerana penggunaan span dengan cara yang kasar boleh meninggalkan kesan calar di atas permukaan perkakasan berkenaan, dan ia berisiko untuk menjadi tempat pembiakan bakteria.

Bagi perkakas seperti ini, span penyental yang lembut dan bersifat anti-calar seperti Scotch-Brite™ Non-Scratch Scrub Sponge dan Scotch-Brite™ Delicate Care Scrub Sponge adalah lebih ideal untuk digunakan tanpa mencela dan mencalarkan perkakas anda. Ini adalah kerana permukaan lembut pada span penyental ini mengurangkan risiko wujudnya ruang pembiakan bakteria.

Span Penyental Dapur, Jangan Ambil Mudah Soal Penjagaannya - tukar berkala

3. Tukar span berkala

Tempoh terbaik untuk menukar dan menggantikan span adalah setiap tiga hingga empat minggu sekali. Penukaran dan penggantian ini adalah untuk mencegah pembiakan bakteria.

Jika anda ingin membeli span penyental yang terbaik untuk dapur anda, berikut adalah antara produk yang dikeluarkan oleh 3M Malaysia: Scotch-Brite™ Heavy Duty Easy Grip Scouring Sponge with Handy Sponge Holder, Scotch-Brite™ Heavy Duty Scouring Sponge, Scotch-Brite™ Delicate Care Scrub Sponge dan Scotch-Brite™ Non-Scratch Scrub Sponge.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Tarikh Reviu: Jun 25, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 3, 2019