Simptom Serangan Jantung dalam Kalangan Wanita

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 mins read

Simptom serangan jantung dalam kalangan wanita tidaklah selalunya sama seperti lelaki, seperti rasa sakit dada yang menular ke tangan. Wanita boleh mengalami simptom sama seperti itu, tetapi simptomnya boleh menjadi sangat ringan sehingga mereka mungkin terlepas pandang.

Punca berlakunya serangan jantung

Plak yang terkumpul dalam saluran koronari menghalang peredaran darah ke jantung, mengakibatkan serangan jantung. Perokok tegar, individu yang mempunyai stres yang tinggi dan golongan yang terlalu obes adalah berisiko tinggi terhadap serangan jantung. Penyakit jantung dianggarkan sebagai pembunuh nombor satu di kalangan wanita, dan demikian, ia adalah penting kepada wanita, dan lelaki juga, untuk memahami tanda dan simptom dengan betul, membuat janji temu dengan doktor anda secara berkala, dan mengetahui sejarah kesihatan keluarga.

Simptom serangan jantung

Sakit dada atau rasa tidak selesa

Ini merupakan simptom serangan jantung yang paling selalu terjadi; walaupun begitu, bagaimana wanita mengalaminya mungkin berbeza berbanding lelaki. Simptomnya mungkin adalah seperti rasa seperti ditekan atau sesak dada, dan rasa sakit mungkin bukan hanya di sebelah kiri, tetapi ia boleh terjadi di mana-mana kawasan dada. Simptom tersebut, secara umumnya, dipercayai adalah rasa amat tidak selesa. Sesetengah pakar kardiologi menyatakan bahawa wanita mungkin mempunyai simptom yang lain, seperti loya, pendek nafas.

Pendek nafas, loya, pening

Sekiranya anda mempunyai masalah sukar bernafas tanpa sebab tertentu, anda mungkin mempunyai serangan jantung, terutamanya jika ia berlaku dengan satu atau lebih simptom yang lain. Ia berasa seperti anda baru lepas berlari maraton, tetapi anda tidak melakukan sebarang pergerakan.

Sakit pada tangan, belakang, leher, rahang atau perut

Wanita selalunya mengalami simptom sebegini berbanding lelaki. Rasa sakit tersebut bukan saja dirasakan pada dada dan tangan kiri tetapi juga pada rahang atau belakang badan yang boleh mengelirukan. Rasa sakit tersebut boleh datang sedikit demi sedikit atau datang sekali gus, dan ia mungkin terdapat masa yang tinggi dan rendah sebelum ia menjadi sangat menyakitkan. Kesakitan tersebut boleh mengejutkan anda sekiranya anda sedang tidur. Pakar kardiologi menasihatkan agar individu yang mengalami simptom yang tidak boleh dijelaskan pada mana-mana bahagian badan atas daripada pinggang anda harus memberitahu doktor mereka dengan segera. Dalam kes sakit perut, ia selalunya disalah ertikan dengan ulser perut, pedih ulu hati atau selesema berbanding tanda-tanda serangan jantung. Pakar kardiologi melaporkan bahawa wanita mungkin akan mengalami rasa tekanan pada abdominal yang serius yang dirasakan seperti terdapat binatang yang besar sedang duduk di atas perut mereka.

Keletihan

Wanita yang mempunyai serangan jantung mungkin akan dibelenggu dengan rasa kelesuan yang kuat, walaupun apabila mereka tidak melakukan sebarang pergerakan. Sesetengah pesakit melaporkan bahawa mereka selalunya berasa letih pada dada mereka dan tidak boleh melakukan aktiviti ringan.

Berpeluh

Simptom ini berbeza dengan berpeluh yang anda dapat semasa melakukan senaman atau ketika berada di persekitaran yang panas; ia lebih kepada berpeluh yang berkaitan dengan stres.

Jaga kesihatan diri anda

Anda boleh mencegah penyakit jantung dengan:

  • Berhenti merokok. Setahun tidak merokok bersamaan dengan pengurangan risiko penyakit jantung koronari
  • Anda boleh mengurangkan risiko strok dan serangan jantung dengan memperuntukkan setengah jam setiap hari dengan berjalan kaki
  • Pastikan anda makan makanan yang sihat, seperti daging yang kurang lemak ataupun sayur-sayuran, ke dalam diet anda

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Hidrosefalus: Kepala Besar Akibat Lebihan Cecair dalam Otak

    Hidrosefalus adalah pembentukan cecair dalam rongga (ventrikel) otak. Cecair yang berlebihan meningkatkan saiz ventrikel dan meletakkan tekanan pada otak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 08/07/2020 . 2 mins read

    Trombofilia: Pembekuan Darah yang Lebih Mudah daripada Biasa

    Tubuh mempunyai proses pembekuan semula jadi dalam darah (trombofilia) yang membantu menghentikan pendarahan jika anda mengalami kecederaan seperti luka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 08/07/2020 . 2 mins read

    Zakar Bengkok Boleh Kembali Lurus? Nak Tahu Mustahil Atau Tidak, Baca Ini!

    Anda mempunyai zakar bengkok dan berhasrat meluruskan ia semula? Jangan buat dulu, jom klik artikel ini untuk tahu ia boleh atau mustahil!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 08/07/2020 . 3 mins read

    Nak Bermesra Dengan Pasangan Tapi Takut Hamil? Ini 5 Aktiviti Seks Takkan Buat Wanita Mengandung

    Kepada wanita di luar sana yang mungkin keliru adakah anda boleh hamil dengan melakukan aktiviti hubungan seks yang tertentu, artikel ini akan bantu anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/07/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    aksi seks

    Cabut Kondom Tanpa Izin Ketika Bersetubuh Dikira Serangan Seksual, Wanita Kena Ambil Tahu Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read
    anak mandi kolam

    Si Kecil Gemar Terjun Dalam Kolam Renang Mini? Awasinya, Ada 5 Bahaya Yang Menanti!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read
    kencing kotor

    Anak Dapat Kencing Kotor Jika Berendam Dalam Buih Sabun, Betul Ke? Ada Lagi 8 Punca UTI Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read
    penyakit hawar

    Terbaru! Lagi Wabak Hawar Bubonik Muncul Dari China, Punca Akibat Makan Daging Haiwan Marmot!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read