Menghadapi Jerebu: Apakah Topeng Muka yang Sesuai?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan

Jerebu telah beberapa kali melanda ruang udara Malaysia. Kali pertama pada tahun 1983, serangan berikutnya pada tahun 1991, 1994, 1997, 2005, 2006, 2013 dan terbaru 2015. Keadaan ini membuatkan udara menjadi tidak sihat serta meningkatkan risiko kesihatan.

Oleh itu, langkah-langkah sepatutnya harus diambil untuk mengelakkan kesan buruk yang tidak diingini, lebih-lebih lagi jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan angka yang membimbangkan.

Bercakap tentang jerebu, tentunya topeng muka akan menjadi antara perkara pertama yang dicari. Mana tidaknya, dengan udara yang berhabuk dan kelabu, sudah pasti anda tidak mahu menghirup segala kuman dan kotoran yang ada. Namun, tahukah anda topeng muka mana yang paling sesuai untuk anda?

Topeng muka pembedahan (surgical mask)

Topeng ini kerap ditemui di dalam hospital. Daripada namanya, ia sering digunakan oleh staf kesihatan di dalam bilik bedah. Dengan harga yang murah dan mudah didapati, topeng muka ini selalu menjadi pilihan utama dalam banyak keadaan, termasuk jerebu.

Walau bagaimanapun, ia sebenarnya tidak sesuai untuk digunakan semasa jerebu. Topeng muka pembedahan melindungi saluran pernafasan anda daripada cecair dan air liur serta partikel bersaiz besar. Ia lebih kepada mengelakkan pemakai menyebarkan jangkitan berbanding melindungi dirinya daripada kuman dari luar.

Bagi orang muda yang sihat, ia mungkin boleh digunakan jika tiada alternatif lain. Namun, kanak-kanak, warga emas dan mereka yang menghidap penyakit kronik tidak harus menggunakannya.

Topeng muka N95

Jerebu? Inilah pilihan terbaik untuk perlindungan yang berkesan!

Ia mampu menapis sehingga 95% (sebab itu namanya N95) partikel di dalam udara termasuk bersaiz 0.1 hingga 0.3 mikron. Tambahan pula, topeng muka ini rapat ke kulit dan menutup ruang yang membolehkan udara masuk ke dalam salur pernafasan sebelum ditapis.

Kanak-kanak, warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti masalah paru-paru, sakit jantung dan asma perlu memakainya. Selain daripada golongan ini juga digalakkan jika perlu berada di luar dalam tempoh yang lama.

Topeng muka N95 boleh digunakan banyak kali asalkan ia dalam keadaan yang baik dan bentuknya masih tidak rosak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pakai Facemask Bila Keluar Rumah? Mungkin Tak Perlu, Kecuali Jika Anda Sakit!

    Harga topeng muka mahal. Ia berikutan permintaan tinggi dan syarikat terpaksa menetapkan operasi baru menyebabkan peningkatan kos sepanjang wabak COVID-19.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 26/03/2020 . 4 minit bacaan

    Walaupun Dah Boleh Keluar Bekerja, Jangan Ambil Mudah! Pakai Topeng Muka Di 3 Lokasi Ini!

    Topeng muka merupakan salah satu cara penjagaan diri bagi mencegah jangkitan virus korona. Tetapi adakah setiap tempat memerlukan anda untuk memakainya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 16/02/2020 . 4 minit bacaan

    Pakai Topeng Muka Dalam Kapal Terbang TINGKAT Risiko Jangkitan Virus Korona?

    Adakah topeng muka dapat menyelamatkan anda daripada jangkitan virus korona yang kian menular? Bagaimana pula dalam situasi penerbangan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 10/02/2020 . 4 minit bacaan

    Topeng Muka & Hand Sanitizer Habis Stok – Selamat Tak Kalau Beli Online?

    Wajib ke beli topeng muka dan sanitizer untuk elak jangkitan virus korona baharu? Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Berita, Berita Tempatan 31/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tempat berisiko COVID-19

    Anda Bebas Bergerak Masa PKPP Tapi WASPADA! Ini 7 Tempat BERISIKO Tinggi Sebar COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/06/2020 . 3 minit bacaan
    ibu-hamil-positif-covid-19-kesannya-yang-perlu-diketahui

    Ibu Hamil Positif COVID-19 Balik Kampung, Apa Langkah Kena Buat Jika Mak Buyung Dijangkiti?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020 . 3 minit bacaan
    topeng muka

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan
    topeng muka bayi

    Bayi Kena Pakai Topeng Muka Elak COVID-19? Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 16/04/2020 . 3 minit bacaan