Kesan kesihatan jangka masa panjang
Kajian menunjukkan bahawa mereka yang tinggal di tempat dengan pendedahan yang berterusan selama beberapa tahun kepada pencemaran udara yang tinggi mempunyai risiko penyakit jantung seperti serangan jantung, masalah fungsi paru-paru serta kemungkinan mengalami penyakit pernafasan kronik seperti asma pada kanak-kanak.
Secara amnya, kanak-kanak, orang tua dan orang yang mempunyai penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung lebih sensitif terhadap kesan jerebu, dan harus mengamalkan langkah-langkah pencegahan. Wanita hamil juga dinasihatkan untuk mengurangkan pendedahan kepada jerebu demi kesihatan bayi mereka yang belum lahir.
Kesan jerebu bukan sahaja melibatkan kesihatan manusia, malah turut meningkatkan beban sosioekonomi sebuah negara. Dalam satu
kajian sewaktu musim jerebu di Kuala Lumpur dan Selangor, kemasukan pesakit meningkat sebanyak 30% disebabkan masalah kesihatan berkaitan jerebu dan menyebabkan perbelanjaan kos kesihatan sebanyak 0.2 juta ringgit setiap tahun.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen