backup og meta

Avokado Bantu Mengurangkan Kelaparan

Avokado Bantu Mengurangkan Kelaparan

Satu penyelidikan baharu yang dikeluarkan oleh Pusat Penyelidikan Nutrisi di Illinois Institute of Technology mencadangkan bahawa makanan yang memasukkan avokado segar sebagai pengganti karbohidrat halus, dapat membantu menghalang kelaparan secara signifikan dan meningkatkan kepuasan makan bagi individu dewasa yang berlebihan berat badan dan gemuk.

Memandangkan kadar obesiti terus meningkat di seluruh dunia, penemuan hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa perubahan diet yang mudah boleh memberi impak penting dalam menguruskan kelaparan dan membantu kawalan metabolik.

Kajian pemakanan buah avokado

Penyelidikan baharu tersebut yang diterbitkan dalam jurnal Nutrients, telah menilai kesan fisiologi yang mendasari, dan termasuklah penggunaan buah avokado Hass sama ada dalam bentuk sebiji atau separuh semasa dalam keadaan lapar dan kenyang, selain mengukur tahap kepuasan peserta dalam tempoh melebihi 6 jam selepas memakannya. Para penyelidik menilai kesan ini dalam 31 orang dewasa yang berlebihan berat badan dan gemuk dalam percubaan klinikal silang secara rawak. Perubahan diet ini juga ditunjukkan untuk mengehadkan kadar turun naik insulin dan glukosa darah, dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit diabetes dan kardiovaskular dengan menambahkan lemak sihat dan serat ke dalam diet harian biasa.

Menurut Britt Burton-Freeman, pengarah Pusat Penyelidikan Nutrisi, Illinois Institute of Technology, selama bertahun-tahun, lemak telah disasarkan sebagai penyebab utama obesiti, dan sekarang karbohidrat telah diteliti untuk peranannya dalam pengawalan selera makan dan kawalan berat badan. Menurut beliau lagi, tidak terdapat penyelesaian bersifat ‘one size fits all’ apabila berkaitan dengan isu komposisi makanan yang optimum untuk mengurus selera makan. Walau bagaimanapun, pemahaman hubungan antara kimia makanan dan kesan fisiologinya dalam populasi yang berbeza dapat menunjukkan peluang untuk menangani kawalan selera makan dan mengurangkan kadar obesiti, yang meletakkan kita satu langkah lebih dekat kepada cadangan makanan yang boleh disesuaikan sendiri.

Penyelidikan mendapati bahawa makanan yang memasukkan avokado sebagai sebahagian daripada hidangan bukan sahaja boleh mengurangkan kelaparan secara signifikan dan meningkatkan kepuasan pemakanan peserta, tetapi para penyelidik turut mendapati bahawa hormon usus yang dipanggil PYY adalah penghantar penting untuk respons fisiologi.

Kandungan nutrisi buah avokado

Dalam setiap 100 gram hidangan buah avokado, ia mengandungi:

  • Vitamin K
  • Folat
  • Vitamin C
  • Potasium
  • Vitamin B5
  • Vitamin B6
  • Vitamin E

Selain itu, kandungan potasium dalam avokado adalah jauh lebih tinggi berbanding pisang. Pengambilan potasium dengan kadar yang tinggi dapat membantu mengurangkan tekanan darah, yang merupakan faktor risiko utama bagi serangan jantung, strok dan kegagalan buah pinggang. Avokado juga mengandungi kandungan asid oleik yang tinggi yang membantu mengurangkan keradangan.

Baca juga:

 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Lanjun Zhu, Yancui Huang, Indika Edirisinghe, Eunyoung Park, Britt Burton-Freeman. Using the Avocado to Test the Satiety Effects of a Fat-Fiber Combination in Place of Carbohydrate Energy in a Breakfast Meal in Overweight and Obese Men and Women: A Randomized Clinical Trial. Nutrients, 2019; 11 (5): 952 DOI: 10.3390/nu11050952
  2. https://www.sciencedaily.com/releases/2019/05/190508134529.htm
  3. https://www.healthline.com/nutrition/12-proven-benefits-of-avocado#section4

Versi Terbaru

10/07/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Betulkah Biji Chia Berkhasiat? Ini 7 Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Fakta Disemak oleh

Dr. Shelby


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan