backup og meta

Asid Borik dalam Makanan Boleh Menyebabkan Kematian

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/05/2022

    Asid Borik dalam Makanan Boleh Menyebabkan Kematian

    Asid borik (H3BO3) merupakan bahan antiseptik, pestisid dan fungisid yang lemah. Ia selalunya digunakan untuk kawalan serangga sebagi bahan pengawet kayu dalam industri perabot, industri kaca dan juga digunakan dalan bidang perubatan. Namun begitu, asid borik dalam makanan adalah yang paling bahaya.

    Kini, asid borik juga telah digunakan sebagai bahan pengawet dalam industri makanan. Bahan pengawet adalah apa-apa bahan yang mana apabila ditambah pada makanan, ia boleh menyekat, merencat atau menahan proses penguraian, penapaian atau pengasidan makanan. Ia tidak termasuk herba, rempah ratus, cuka atau asap kayu.

    Bahaya Asid Borik Dalam Makanan

    Kepentingan kesihatan awam

    Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives telah menilai keselamatan asid borik dan boraks pada 1961 dan menyimpulkan bahawa sebatian ini dianggap tidak sesuai digunakan sebagai bahan tambahan makanan.

    Jabatan Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menyetakan bahawa individu yang memakan makanan yang mengandungi kandungan asid borik yang tinggu akan mengalami loya, muntah, cirit-birit, dermatitis, kegagalan buah pinggang, kegagalan akut sistem peredaran darah dan seterusnya ia boleh menyebabkan kematian, bergantung kepada paras asid borik yang masuk ke dalam badan individu tersebut.

    Makanan yang sering dikesan mengandungi asid borik?

    Asid borik tidak boleh hadir langsung di dalam makanan. Kehadirannya adalah disebabkan sikap segelintir pengusaha makanan yang tidak beretika dan hanya mementingkan aspek keuntungan tanpa memikirkan aspek keselamatan makanan kepada pengguna. Ia digunakan oleh pengusaha makanana bagi memastikan makanan yang dijual kepada pengguna tahan lebih lama dan kelihatan segar.

    Makanan yang sering dikesan mengandungi asid borik adalah jenis pasta seperti mi kuning, laksa, kuetiau (kuey teow), loh se fun, mi wantan, mi Hokkien, mihun, kulit popia dan bak chang.

    Memandangkan penggunaan asid borik tidak disyorkan dalam makanan, adalah penting untuk memantau tahap asid borik dalam bahan makanan memandangkan kepentingannya terhadap kesihatan manusia dan keselamatan makanan.

    Pengguna juga dinasihatkan supaya melaporkan kepada jabatan kesihatan yang berhampiran sekiranya berasa sangsi terhadap pencemaran asid borik dalam makanan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan