Apakah Penyebab Insomnia?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 02/01/2019 . 2 minit bacaan

Ada masanya, anda akan berdepan kesukaran untuk tidur atau kekal tidur yang mengakibatkan masalah kurang tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti. Akhirnya, ia akan menyebabkan anda berasa kelesuan apabila bangun pagi. Jadi mengapa anda berdepan masalah insomnia? Mari kita selidik melalui artikel di bawah.

Tekanan dan kebimbangan

Insomnia boleh muncul apabila anda mengalami tekanan. Masalah di tempat kerja atau sekolah dan kebimbangan tentang pekerjaan, kesihatan, kewangan, keluarga, rakan, atau hubungan boleh menjejaskan tidur anda.

Penyakit yang dihidapi atau kematian orang tersayang atau mungkin isu yang melanda perkahwinan anda – antara isu dan masalah yang membuatkan otak anda bekerja pada waktu malam walaupun anda sedang berbaring di tempat tidur anda. Dan apabila otak tidak dapat berehat, tidur adalah satu perkara yang mustahil.

Lebih memburukkan keadaan, masalah tidak mendapat tidur yang berkualiti boleh berterusan walaupun selepas masalah anda berlalu.

Perjalanan atau jadual kerja

Circadian rhythm mengawal kitaran bangun-tidur anda, membolehkan anda tidur dan bangun. Sesetengah masalah boleh mengganggu fungsi ini, yang menyebabkan insomnia. Sebagai contoh, anda melancong melalui pelbagai zon masa yang berbeza, dan anda mengalami jet lag yang teruk; anda bekerja hingga lewat malam atau anda memulakan kerja terlalu awal. Disebabkan itu, adalah penting untuk merangka jadual waktu kerja yang sihat dan mengambil langkah untuk melegakan simptom jet lag. Perbanyakan minum air.

Tabiat pemakanan

Minum kopi, teh, teh susu atau minuman tenaga pada waktu petang; atau makan terlalu banyak pada lewat makan boleh menimbulkan masalah untuk tidur. Mengapa? Kafein boleh menyebabkan anda berjaga. Amalkan snek ringan sebelum tidur kerana jika anda makan terlalu banyak, ia akan menyebabkan perut anda tidak selesa apabila anda berbaring.

Persekitaran tidur yang tidak selesa

Persekitaran yang tidak selesa juga boleh menyumbang kepada insomnia. Katil atau bantal yang tidak selesa, mahupun bilik yang terlalu panas, sejuk, bising dan cerah juga boleh membuatkan anda sukar tidur. Oleh itu, cuba ubah keadaan dan persekitaran tidur anda jika boleh. Tutup lampu, beli katil lain, tambahkan selimut lain, atau mungkin hidupkan penyaman udara.

Masalah kesihatan

Sesetengah masalah kesihatan boleh menyebabkan insomnia, seperti:

  • Masalah kesihatan mental seperti tekanan, gangguan bipolar, gangguan panik, gangguan tekanan pasca trauma, atau skizofren.
  • Masalah kesihatan fizikal seperti penyakit kronik, penyakit jantung, kanser, penyakit pulmonari obstruktif kronik  (COPD), diabetes, tiroid yang terlalu aktif, arthritis, asma, penyakit parkinson, penyakit alzheimer, dengkuran, tidur berjalan, dan tidur apnea.

Ubat-ubatan

Ubat yang anda ambil mungkin mendatangkan kesan sampingan, termasuk insomnia. Ubat-ubatan ini termasuk jenis antidepresen tertentu, ubat untuk tekanan darah tinggi, ubat sakit, ubat alergi, produk penurunan berat badan, ubat-ubatan untuk merawat asma, dan ubat perangsang yang digunakan untuk merawat gangguan hiperaktif (ADHD) atau narcolepsy.

Usia

Apabila meningkat usia, akan berlaku perubahan pada tubuh. Dan masalah insomnia menjadi satu perkara biasa. Perkara yang berlaku di sekitar anda boleh membuatkan anda lebih mudah terjaga. Anda juga akan cenderung menjadi tidak aktif apabila sudah meningkat usia. Kekurangan aktiviti boleh menyumbang kepada kurang tidur, dan boleh menyebabkan masalah kesihatan kronik yang lain.

Insomnia adalah satu keadaan biasa yang mempengaruhi tidur anda. Beberapa faktor dalam hidup anda boleh menyebabkan berlakunya masalah ini, termasuk rutin harian, masalah kesihatan dan ubatan. Jika anda tidak dapat mengendalikan situasi ini, dapatkan bantuan profesional.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sering Mengigau Semasa Tidur, Ia Mungkin Tanda PENYAKIT!

    Ramai orang mengigau semasa tidur. Ada yang akan bercakap, berjalan atau keluar rumah tanpa sebarang pakaian. Ia sebenarnya mungkin tanda penyakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 17/03/2019 . 4 minit bacaan

    Kanser dan Masalah Tidur

    Menurut Institut Kanser Kebangsaan, sehingga 50 peratus pesakit kanser mempunyai masalah dalam tidur mereka. Jika anda menghadapi masalah dengan tidur, anda tidak bersendirian. Artikel ini akan membantu anda mengetahui ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pusat Kesihatan 01/03/2019 . 2 minit bacaan

    Bahayakah Berjalan Semasa Tidur?

    Berjalan semasa tidur, sleepwalking atau dikenali sebagai somnambulism, adalah satu gangguan tidur yang menyebabkan individu bangun dan berjalan semasa mereka sedang tidur. Kebanyakan gangguan tidur ini berlaku ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/02/2019 . 3 minit bacaan

    Mengapa Perlu Matikan Lampu Semasa Tidur?

    Berapa kali anda tertidur dengan lampu atau televisyen yang terbuka? Atau berjaga malam menggunakan komputer sebelum tidur? Tahukah anda bahawa faktor utama dalam mengawasi tidur dan jam biologi anda adalah pendedahan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 17/01/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tidur berjalan

    Anak Anda Tidur Berjalan? Ketahui Tentang Somnambulisme

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/01/2020 . 4 minit bacaan
    fakta-dan-mitos-tentang-insomnia

    Fakta Dan Mitos Tentang Insomnia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/10/2019 . 4 minit bacaan
    Tidur Awal Satu Fasa yang Jarang Berlaku

    Tidur Awal: Satu Fasa yang Jarang Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/08/2019 . 3 minit bacaan
    otak

    Penyelidikan Baharu Mengubah Pemahaman Kita Berkenaan Aktiviti Otak Ketika Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/03/2019 . 2 minit bacaan