backup og meta

Tip Penjagaan Kulit

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/01/2023

    Tip Penjagaan Kulit

    Tiada siapa yang sempurna, tetapi kita boleh tampil sempurna dengan sebaiknya. Mempunyai penjagaan kulit yang baik tidak bermakna memerlukan anda untuk menghabiskan duit yang banyak ke atas produk berjenama. Anda hanya memerlukan rutin penjagaan kulit biasa. Artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui tip penjagaan kulit asas untuk mempunyai kulit yang lebih baik.

    Tip penjagaan kulit

    1. Lindungi diri daripada matahari

    Dahulu, rutin penjagaan kulit harian hanya mempunyai 4 langkah. Namun kini, terdapat penambahan baru iaitu pelindung matahari. Cara paling penting untuk menjaga kulit agar sentiasa sihat adalah dengan melindunginya daripada matahari. Pendedahan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kedutan, tompok penuaan, dan masalah kulit lain – termasuk juga peningkatan risiko kanser kulit.

    Untuk melindungi diri daripada penyakit kulit berpunca daripada matahari, anda perlu:

    • Memakaikan pelindung matahari. Gunakan pelindung matahari dengan sekurang-kurangan perlindungan SPF 15. Sapukan kepada bahagian yang terdedah kepada matahari, dan sapukan setiap dua jam atau lebih jika anda berenang atau berpeluh.
    • Hindari daripada terdedah kepada cahaya matahari antara pukul 10 pagi dan 4 petang, waktu matahari berada tegak di atas kepala.
    • Pakai pakaian bersesuaian. Pakaian yang dapat melindungi daripada sinaran seperti baju lengan panjang, seluar panjang, dan topi yang bersesuaian. Terdapat pakaian pelindung matahari yang boleh menyerap sinaran UV dengan baik berbanding pakaian biasa.
    1. Jangan merokok

    Merokok mendatangkan mudarat pada setiap bahagian badan dan kulit akan menjadi mangsa yang pertama. Merokok membuatkan kulit kelihatan lebih tua dan berkedut. Tabiat ini juga menyempitkan saluran darah pada lapisan luar kulit, mengurangkan aliran darah, menghadkan oksigen dan nutrien pada kulit.

    Merokok juga merosakkan kolagen dan elastin – bahan kimia yang mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit. Kehilangan bahan kimia ini membuat kulit anda kendur dan menghalang pengeluaran sel kulit baru.

    Jika anda merokok, cara terbaik melindungi kulit adalah dengan berhenti merokok. Tanyakan kepada doktor untuk sebarang rawatan atau tip yang dapat membantu anda berhenti merokok.

    1. Rawat kulit dengan lembut

    Kulit adalah bahagian yang sangat halus dan memerlukan kelembutan. Membersih dan mencukur setiap hari boleh menyebabkan kulit menjadi kasar. Untuk melembutkan kulit, hadkan waktu mandi dan hindari mengambil mandi air panas. Air panas membuka liang pori dan mandi dalam tempoh yang lama menyingkirkan minyak penting daripada kulit, membuatkan kulit mengalami dehidrasi dan kering dengan mudah.

    Hindari penggunaan sabun dan detergen yang kuat yang boleh merengsakan kulit. Sebaliknya, pilih sabun yang ringan dan lembut, dan tanpa pewangi untuk kulit sensitif.

    Bercukur dengan kerap boleh merosakkan kulit. Untuk melindungi dan melicinkan kulit, anda perlu memakai krim selepas bercukur, losyen atau gel pada kulit sebelum bercukur. Untuk cukuran pendek, gunakan pisau cukur yang bersih dan tajam. Bercukur mengikut arah rambut tumbuh dan bukan melawannya.

    Selepas membasuh atau bercukur, jangan menggosok kulit anda dengan tuala. Sebaliknya menekap secara perlahan untuk mengeringkan kulit bagi mengekalkan kelembapan kulit. Untuk kulit kering, anda boleh menyapu lapisan pelembap atau losyen selepas mandi.

    1. Makan makanan seimbang

    Pengambilan makanan yang seimbang adalah kunci untuk badan yang sihat. Untuk memastikan kulit anda kelihatan sihat, makanlah lebih banyak buah-buahan, sayuran, bijirin dan protein tanpa lemak. Makanan yang kaya dengan vitamin dan rendah lemak atau karbohidrat mungkin dapat mengalakkan kulit untuk tampak lebih muda.

    1. Atasi tekanan

    Tekanan boleh menjejaskan anda secara fizikal. Kulit anda di bawah tekanan lebih cenderung untuk mempunyai jerawat dan masalah kulit yang lain. Buatlah rancangan untuk bersantai, jangan membawa pulang tugasan kerja ke rumah, uruskan senarai tugasan dengan baik dan ambil masa untuk lakukan apa yang anda gemari.

    Sudah tentu, anda mencuba ubatan yang boleh menjadikan kulit anda lebih baik. Walau bagaimanapun, kesan ubatan akan terhenti apabila anda tidak lagi mengambil ubatan. Tip ini adalah untuk strategi jangka panjang yang merangkumi cara paling asas untuk menjamin kulit yang sihat.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan