backup og meta

Pakai Seluar Slim Fit Boleh Buat Sperma Lelaki Kurang Subur? Betul Ke?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/10/2020

    Pakai Seluar Slim Fit Boleh Buat Sperma Lelaki Kurang Subur? Betul Ke?

    Zaman sekarang, fesyen atau stail ‘hipster’ ala-ala Wak Doyok telah menjadi trend golongan lelaki muda. Antara ciri utama pemakaian gaya ini adalah baju dan seluar yang memiliki cutting slim fit. Namun, ada ura-ura yang mengatakan bahawa pakai seluar ketat boleh buat lelaki kurang subur. Betul ke ni?

    Lelaki & ketidaksuburan

    Setiap kali berbicara tentang ketidaksuburan pasangan suami isteri, sudah pasti wanita yang banyak dipersalahkan. Namun, kajian menunjukkan bahawa ia juga sebenarnya adalah berpunca daripada lelaki.

    Menurut Pakar Perunding Kanan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Datuk Dr Zainul Rashid Mohd Razi, tahap kesuburan lelaki secara puratanya menunjukkan penurunan yang agak ketara. 

    Beliau turut menyatakan bahawa punca ini berlaku adalah disebabkan oleh gaya hidup semasa yang semakin berubah termasuklah bab pemakanan yang tidak sihat dan pemakaian seluar yang terlalu ketat.

    Persoalannya, apa kaitan seluar slim fit dengan ketidaksuburan lelaki?

    seluar ketat

    Mengapa seluar ketat boleh buat lelaki kurang subur?

    Laman sesawang Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS) pula menyatakan bahawa pemakaian seluar slim fit boleh mengakibatkan suhu testis meningkat sehingga 1 darjah celsius. Jadi, ia mungkin merupakan salah satu daripada punca lelaki menjadi kurang subur. 

    Kenyataan ini turut disokong oleh Dato’ Dr. Hamid Arshad melalui laman sosial Facebook miliknya. Beliau menyatakan bahawa pemakaiannya seluar yang terlalu ketat akan menyebabkan testis melekat dan terperap lalu menyebabkan suhunya menjadi panas.

    Jadi, beliau menyarankan lelaki untuk tidak memakai seluar slim fit untuk mengelakkan perkara ini menjadi lebih teruk. Selain itu, Dr. Hamid turut mencadangkan untuk lelaki menyejukkan testis mereka menggunakan pek ais dilakukan setiap kali sebelum bersama isteri.

    Sebenarnya, pemakaian seluar yang terlalu ketat mungkin merupakan salah satu daripada punca ketidaksuburan lelaki. Pun begitu, ia tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana terdapat banyak lagi punca lain seperti pemakanan, kecacatan genetik, kekurangan hormon testosteron dan beberapa kondisi kesihatan yang lain.

    Pun begitu, lebih baik mencegah sebelum parah, bukan?

    Konklusi

    Kesimpulannya, seluar yang mempunyai cutting slim fit mungkin akan membuat anda nampak lebih trendy. Namun, masih ada risikonya. Jadi, tidak salah untuk bergaya hipster ala-ala Wak Doyok, cuma elakkan daripada memakai seluar slim fit ni tau!

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/10/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan