10 Sebab Kenapa Lingkaran Gelap Bawah Mata Terjadi, Salah Satunya Kerana Cahaya Matahari Juga!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/05/2020

Lingkaran gelap bawah mata adalah satu masalah biasa dalam kalangan individu lelaki mahupun wanita. Kemunculannya boleh membuatkan anda kelihatan lebih berusia dari usia sebenar anda. Untuk memburukkan lagi keadaan, lingkaran gelap sukar untuk dihilangkan. Jadi apakah punca yang menyebabkan bawah mata hitam?

Punca munculnya lingkaran gelap bawah mata?

  1. Keletihan

Terlebih tidur, keletihan yang melampau, atauberjaga beberapa jam melepasi waktu tidur normal anda boleh menjadi punca wujudnya lingkaran gelap ini. Kekurangan tidur juga boleh menyebabkan kulit anda menjadi kusam dan pucat, membuatkan tisu gelap dan saluran darah bawah mata akan menonjol. Apabila anda kurang tidur ia akan membuatkan cecair muncul di bawah mata dan menyebabkan mata kelihatan bengkak dan ini sekali gus membuatkan lingkaran hitam itu sebagai bayangan kepada bengkak kelopak mata anda.

  1. Tekanan mata

Menonton televisyen atau menghadap skrin komputer terlalu lama boleh menyebabkan tekanan tertentu kepada mata. Ini akan membuatkan saluran darah pada sekitar mata membesar. Akhirnya ia akan membuatkan bahagian sekitar mata anda menjadi gelap.

  1. Genetik

Keturunan dan genetik juga boleh menjadi faktor besar yang mungkin menyebabkan munculnya lingkaran gelap di sekeliling mata anda.

  1. Usia

Penuaan juga boleh menjadi antara faktor biasa yang menyebabkan kewujudan lingkaran gelap bawah mata. Semakin anda berusia, kulit anda akan menjadi lebih nipis. Kehilangan lemak dan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit. Apabila situasi ini berlaku, saluran darah gelap bawah kulit akan menjadi lebih ketara menjadi kulit sekitar mata menjadi gelap.

penuaan punca lingkaran gelap bawah mata

  1. Kekurangan nutrisi

Lingkaran bawah mata boleh terjadi kerana kekurangan nutrisi dari pengambilan diet pemakanan anda. Diet yang sihat dan kaya nutrisi seperti vitamin A, C, K, E dan nutrien boleh menghilangkan lingkaran gelap.

  1. Alahan

Reaksi alahan dan kekeringan mata boleh mencetuskan lingkaran gelap. Apabila anda mengalami reaksi alahan, badan akan mengeluarkan histamin yang akan bertindak balas ke atas bakteria berbahaya.

Selain menyebabkan simpton yang tidak selesa seperti kegatalan, kemerahan, dan mata bengkak, histamin turut menyebabkan saluran darah anda melebar dan tampak lebih hitam di bawah kulit.

Alahan juga boleh mengakibatkan wujud keinginan untuk menggosok dan menggaru kulit gatal sekitar mata. Perbuatan ini akan memburukkan lagi simptom yang dihadapi, menyebabkan keradangan, pembengkakan, dan saluran darah pecah – mewujudkan bayang-bayang gelap di bawah mata.

  1. Merokok dan alkohol

Amalan gemar berparti pada lewat malam, merokok atau pengambilan alkohol boleh menjejaskan kulit dan menyebabkan lingkaran gelap.

Lebih membimbangkan tabiat ini bukan sahaja menyebabkan bawah mata hitam, tetapi individu yang terdedah kepada penggunaan alkohol dan produk tembakau adalah lebih cenderung untuk mendapat kanser oral dan kanser farinks (bahagian tekak).

Malah, gabungan alkohol dan tembakau adalah lebih membawa maut berbanding apa yang anda fikirkan. Kombinasi pengambilan kedua-duanya meningkatkan risiko kanser dengan ketara.

  1. Dehidrasi

Lingkaran ini boleh menjaditanda kekurangan air dalam badan kerana pengambilan minuman berkafein secara berlebihan. Dehidrasi juga antara punca biasa lingkaran bawah mata. Badan yang tidak menerima jumlah air yang mencukupi, boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam dan mata akan kelihatan tenggelam.

  1. Cahaya matahari

Pendedahan kepada cahaya matahari secara berlebihan boleh menyebabkan badan anda menghasilkan melanin -pigmen yang memberikan warna kepada kulit – secara berlebihan.

Terlalu banyak cahaya matahari – khususnya kepada mata – boleh menyebabkan pigmentasi sekitar kulit menjadi lebih gelap.

selaran matahari punca bawah mata hitam

  1. Perubahan hormon

Kebiasaannya, perubahan hormon pada wanita, disebabkan proses kehamilan atau kitaran haid, turut boleh menyebabkan wujudnya lingkaran gelap.

Kesimpulan

Bagi kebanyakan individu, lingkaran gelap ini hanyalah bersifat sementara yang selalunya disebabkan oleh faktor usia atau kekurangan tidur. Lingkaran gelap ini kebiasaannya tidak menyebabkan masalah serius lain. Malahan terdapat pelbagai cara untuk mengatasi dan merawat masalah ini.

Walau bagaimanapun, jika perubahan warna atau bengkak menjadi lebih teruk dari masa ke masa, pastikan anda berjumpa dengan doktor atau pakar dermatologi untuk mendapatkan pemeriksaan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Presbyopia: Kesannya Terhadap Penduduk Luar Bandar Di Negara Kurang Membangun

    Presbyopia adalah keadaan di mana semakin seseorang itu meningkat usianya, mereka mengalami masalah untuk melihat objek jarak dekat dengan jelas. Keadaan ini turut dianggap sebagai proses penuaan semulajadi. Malahan ...

    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Meningkatkan Kesihatan Kulit dengan Cendawan

    Apabila menyebut cendawan, kebanyakan mula membayangkan hidangan yang lazat dan menyelerakan seperti sup, pizza dan pasta. Tetapi disebalik gambaran hidangan yang lazat itu, cendawan juga mempunyai beberapa manfaat ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Betul Ke Kaki Ayam Kaya Dengan Kolagen? Bukan Hanya Kolagen, Tapi Ini Kebaikan Yang Lain!

    Memakan kaki ayam mungkin tidak begitu menarik bagi sesetengah individu, tetapi ia dianggap sebagai makanan istimewa di banyak negara Asia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Tak Suka Minum Air Panas? Nah #8 Kebaikannya Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

    Pastinya air sejuk menjadi pilihan kebanyakkan individu berbanding minum air panas. Tetapi tahukah anda ada 8 manfaat minum air panas?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    penuaan-semakin-tua-semakin-bahagia

    Betul Ke Semakin Tua Akan Lebih Bahagia? Ini RAHSIA Patut Anda Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/12/2019
    telinga berdesing

    Selalu Alami Masalah Telinga Berdesing? Ini Puncanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/11/2019
    gadis muka

    Penjagaan Muka: Adakah Penting Mengikut Turutan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 27/08/2019
    penuaan punca lingkaran gelap bawah mata

    Penuaan: Penyebab Baharu Bagi Penuaan Sel Ditemui

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/08/2019