backup og meta

Jerawat Dewasa: Apakah Sebabnya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

    Jerawat Dewasa: Apakah Sebabnya?

    Jerawat ketika remaja atau ketika usia berginjak ke alam baligh adalah satu perkara yang normal. Ia tidak dapat dielakkan kerana perubahan hormon yang sedang berlaku. Tetapi mengapa jerawat masih muncul ketika di usia 20-30-an? Apakah sebab yang membuatkan munculnya jerawat dewasa?

    Punca jerawat dewasa

    Individu dewasa tetap berisiko untuk mendapat jerawat. Sesetengah individu yang berusia 30-an, 40-an, malahan 50-an masih mengalami masalah jerawat. Pakar dermatologi merujuknya sebagai ‘jerawat dewasa’. Masalah ini lebih cenderung dihadapi individu wanita berbanding lelaki. Mari kita lihat apakah puncanya:

    1. Hormon

    Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan munculnya jerawat. Antara sebabnya adalah seperti kedatangan haid, ketika kehamilan, perimenopaus dan menopaus serta ketika berhenti atau mula mengambil pil kawalan kehamilan.

  • Tekanan
  • Tekanan juga boleh menjadi punca kepada munculnya jerawat. Apabila anda mengalami tekanan, kelenjar adrenal akan menghasilkan hormon kortisol tekanan yang berfungsi untuk membantu badan menangani tekanan. Tetapi pada masa yang sama, badan akan menghasilkan hormon androgen sebagai tindak balas kepada tekanan- untuk individu wanita, hormon ini merangsang kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak minyak yang menjadi punca utama jerawat.

    1. Kosmetik

    Sebarang produk yang diletakkan pada muka berpotensi menyebabkan pori tersumbat. Anda mungkin boleh memilih produk kosmetik, pelindung matahari dan sebarang produk kulit tanpa minyak. Produk non-comedogenic dan non-acnegenic juga merupakan pilihan yang baik.

  • Pencemaran
  • Udara yang tercemar dengan bakteria dan kuman akan terperangkap pada permukaan muka. Ini sekali gus boleh menyebabkan pori anda tersumbat dan cenderung mengakibatkan wujudnya jerawat.

    1. Genetik

    Jika ada mempunyai ahli keluarga yang cenderung mengalami jerawat, ia tidak mustahil untuk anda turut mengalaminya. Terdapat kajian yang menunjukkan sesetengah individu cenderung mempunyai genetik untuk jerawat, terutamanya jerawat dewasa.

    1. Perubatan

    Sesetengah ubatan mempunyai kesan sampingan dan jerawat adalah antara kesan sampingannya. Jika anda merasakan ubatan yang anda ambil adalah pencetus kepada jerawat atau mungkin menjadikan jerawat anda lebih teruk, anda harus berbincang dengan doktor yang memberikan preskripsi ubatan tersebut.

    1. Kerap mencuci

    Mencuci muka dengan terlalu kerap boleh menjadikan antara punca munculnya jerawat kerana kulit anda menjadi kering dan menyebabkan penghasilan minyak akan menjadi berlebihan untuk melindungi kekeringan yang dihadapi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan