backup og meta

8 Bahan Mandian Terbaik Untuk Buat Badan Anda Lebih Rileks & Segar!

Selepas sepanjang hari bekerja dengan tekanan, mandi panas dengan beberapa herba atau minyak pati sangat menarik. Berikut adalah 8 bahan mandian terbaik yang boleh membuat pengalaman mandi anda lebih baik.

8 Bahan Mandian Terbaik Untuk Buat Badan Anda Lebih Rileks & Segar!

Selain air, sebenarnya terdapat banyak lagi ramuan yang anda boleh gunakan sebagai bahan mandian. Teruskan baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

8 Bahan mandian terbaik untuk tubuh badan

1. Oatmeal

Oat mengandungi lemak sihat yang dapat menenangkan dan kulit bebas daripada ruam, selaran matahari (sunburn), kekeringan. Oatmeal juga berfungsi dengan baik sebagai pengelupasan/exfoliater untuk membuang imputiti dari liang. Di samping itu, oatmeal mempunyai protein yang menyimpan kulit lembap.

Cara penggunaan: Sediakan 1-2 cawan oatmeal mentah dalam mangkuk kemudian tuangkan air panas ke dalamnya. Tambahkan sedikit campuran madu. Biarkan campuran kira-kira 5 minit. Masukkannya ke dalam tab mandi.

2. Madu

Madu adalah terkenal untuk keupayaan penyembuhan. Madu juga mengandungi antibakteria yang membantu dengan mencegah jangkitan dan penyembuhan kecederaan kecil kulit. Selain itu, madu mempunyai antioksidan semula jadi yang boleh menguatkan sistem imun dan mempertahankan proses penuaan.

Cara penggunaan: Masukkan 2 sudu madu dalam tab mandi anda. Rendam diri di dalam tab mandi selama 15 minit. Selepas 15 minit, tambah serbuk penaik/baking soda dan lulurkan kulit anda perlahan-lahan . Dengan cara ini, anda boleh menghapuskan semua sel-sel mati yang terkumpul pada kulit anda tanpa sebarang kerengsaan.

3. Lavender

Lavender ada digunakan sebagai bahan mandian bunga. Ia boleh membantu anda untuk tenang dan melegakan tekanan. Selain itu, bahan mandian ini boleh membersihkan dan menyahtoksik kulit untuk merawat jerawat, kegatalan dan kerengsaan. Ia boleh digunakan dalam bentuk minyak pati dan pewangi bunga.

Cara penggunaan: Campurkan 6-8 titik minyak levender dengan sedikit susu dan garam Epsom sehingga ia larut sepenuhnya kemudian menambah campuran itu ke dalam tab mandi.

4. Minyak pati

bahan mandian
Essential oil antara bahan mandian yang popular.

Terdapat banyak minyak yang anda boleh gunakan untuk pengalaman mandi yang bagus, seperti peppermint, rosemary atau kayu putih (eucalyptus). Pertama, ia boleh mengurangkan tekanan, kemudian mengangkat mood anda.

Setiap minyak pati mempunyai keupayaan khusus menakjubkan. Peppermint boleh mengurangkan keradangan manakala kayu putih boleh melegakan sakit sendi dan menyembuhkan selsema. Bahan mandian ini berbeza ya dengan bahan mandia herba!

Cara penggunaan: Gunakan minyak pati ini dengan cara yang sama seperti minyak levender. Ingat untuk pilih satu yang tidak alergi kepada anda.

5. Minyak kelapa

Minyak kelapa mempunyai protein yang membantu kulit menjadi licin, anjal, lembap dan sihat. Ia juga ejen vitamin C dengan ciri-ciri anti-penuaan.

Cara menggunakannya: Dapatkan pencuci badan yang mengandungi ekstrak kelapa. Sebagai alternatif, anda boleh mencampurkan sebahagian daripada minyak kelapa dan gula untuk mendapatkan lulur badan bagus.

6. Garam Epsom, bahan mandian relaksasi otot

Garam Epsom kaya dengan magnesium dan sulfat yang boleh menjadikan kulit lembut dan licin. Ia juga boleh mengurangkan kesakitan otot dan melegakan ketegangan.

Cara menggunakannya: Tambah 1-2 cawan garam epsom ke dalam air panas dan kacau sehingga ia larut sepenuhnya. Rendam badan anda sekurang-kurangnya 12 minit. Cuba 3 kali seminggu. Anda juga boleh menambah sedikit minyak kelapa atau minyak zaitun untuk meningkatkan manfaat kelembapan.

7. Ros

Kelopak bunga ros sering kali digunakan sebagai bahan mandian bunga kerana baunya yang wangi. Ros juga mempunyai sifat-sifat anti-keradangan dan bakteria. Ia juga boleh melembap dan menyegarkan kulit untuk elakkan jerawat dan kemerahan. 

Cara menggunakannya: Campurkan dan menikmati mandian hangat menggunakan campuran kelopak ros kering, minyak pati ros, susu tepung dan garam epsom.

8. Serbuk penaik/Baking soda

Ia adalah exfoliator semula jadi untuk mendedahkan kulit lembut dan licin anda.

Cara menggunakannya: Tambah 4-5 sudu baking soda ke tab mandi suam. Biarkannya terurai dan rendam kira-kira 10 hingga 20 minit.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

12 Bath Ingredients for Soft Skin. http://helloglow.co/12-diy-bath-ingredients-for-soft-skin-detox-more/ Accessed January 17, 2017

8 Ingredients for the Best Bath Ever. http://www.womenshealthmag.com/beauty/diy-spa-bath/slide/8 Accessed January 17, 2017

Versi Terbaru

10/03/2026

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

Selamat Tinggal Kulit Kusam! Ini 6 Cara Untuk Kembalikan Seri Wajah Secara Semula Jadi

Perut Kembung Sebab Makan Banyak? Ini 10 Makanan Yang Boleh Bantu Detoks Badan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan