Minyak lavender pula bermanfaat untuk beberapa kondisi kesihatan seperti keguguran rambut, kegelisahan serta kemurungan. Minyak lavender juga digunakan di dalam rawatan akupuntur, urutan serta manipulasi kiropraktik. Mandian menggunakan minyak lavender juga mampu melegakan sengal sendi dan sakit otot. Selain itu juga, minyak lavender mampu merawat kondisi kulit seperti luka, infeksi, jeragat, ekzema serta mengurangkan kulit kering dan bersisik. Minyak lavender juga digunakan untuk melegakan sakit selepas pembedahan.
Walaubagaimanapun, kajian telah menunjukkan bahawa minyak daun teh dan minyak lavender akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap kanak-kanak. Minyak daun teh mampu menyebabkan reaksi alahan jika diminum atau ditelan. Antara reaksi yang mungkin terjadi adalah ketidakselesaan pada kulit dan timbul ruam. Selain itu, minyak daun teh juga mampu menyebabkan nafas berbau busuk, kurang deria rasa, ulser pada bahagian mulut, selalu mengantuk, cirit-birit, muntah-muntah, kekejangan perut, kepenatan yang melampau, badan menjadi lemah serta kemurungan.
Gabungan minyak daun teh dan minyak lavender akan menyebabkan penyebaran ruam pada badan. Kajian menunjukkan bahawa minyak daun teh dan minyak lavender boleh menyebabkan pertumbuhan payudara bagi kanak-kanak lelaki. Ini kerana minyak-minyak ini mampu menyerupai fungsi estrogen iaitu hormon wanita yang mampu merangsang pertumbuhan payudara. Kanak-kanak lelaki mempunyai risiko yang tinggi tumbuh payudara sekiranya mereka menggunakan produk seperti syampu, jel rambut atau losyen yang mengandungi minyak daun teh dan minyak lavender.
Bagaimana sebenarnya untuk menggunakan produk ini?
- Minyak daun teh dan minyak lavender tidak boleh diminum atau ditelan. Sebaliknya, gunakan produk ini sebagai produk sapuan sahaja.
- Gunakan produk yang mempunyai formula selamat untuk kanak-kanak. Dapatkan bantuan pakar perubatan terlebih dahulu sebelum membeli apa-apa produk.
- Jangan gunakan produk ini pada bahagian luka yang terbuka.
- Produk yang berasakan minyak ini mampu menyebabkan pertumbuhan payudara bagi kanak-kanak lelaki. Berhubung dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
Meskipun minyak daun teh dan minyak lavender mampu merawat beberapa kondisi kesihatan seperti sakit kulit atau mengurangkan tekanan dan kegelisahan, terdapat juga beberapa implikasi yang negatif terhadap kanak-kanak. Berhubung dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum menggunakan produk-produk yang mengandungi minyak-minyak ini.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.