Sapu Ubat Gigi Pada Zakar Untuk Tahan Lebih Lama? JANGAN Buat, Ini Sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/05/2020

Ada lelaki yang sanggup menggunakan pelbagai metode yang tidak masuk akal termasuklah menyapu ubat gigi pada zakar semata-mata ingin tahan lebih lama ketika berasmara dengan insan tersayang.

Adakah perbuatan ini boleh membantu atau cuma mengarut bagi anda? Jom sama-sama kita selami artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk mengetahui jawapannya.

Trend sapu ubat gigi pada zakar untuk tahan lama!

Segala kepercayaan mengenai perbuatan ini bermula di laman perkongsian video popular Youtube dan laman sembang Reddit.

Ia memaparkan sebuah video tutorial yang mengatakan bahawa perbuatan menyapu ubat gigi pada zakar mampu membuat seorang lelaki itu tahan lebih lama ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Video yang dimuat turun oleh seorang lelaki bernama Jose Barber kini sedang sohor kini dan paling membimbangkan, sudah lebih daripada satu juta individu menontonnya!

Menurut ‘tip kesihatan seksual’ di dalam video itu, perbuatan ini akan memberi beberapa manfaat terhadap lelaki antaranya menyelesaikan masalah ejakulasi pramatang, disfungsi ereksi dan paling utama, membuat seorang lelaki itu tahan 30 minit lebih lama berbanding sebelumnya.

Jadi, adakah anda percaya dengan kenyataan ini?

Apa kata pakar tentang hal ini?

ubat gigi

Jika anda percaya, maka anda juga tergolong dalam kalangan individu yang terpedaya!

Menurut James O’Loan yang merupakan seorang ahli farmasi dari United Kingdom (UK) mengatakan bahawa tiada sebarang bukti saintifik yang menunjukkan ubat gigi boleh membantu menyelesaikan masalah seksual.

Beliau yang juga menawarkan servis doktor dalam talian menerusi laman sesawang Doctor-4-U turut menegaskan orang ramai untuk tidak sekali-kali percaya bahkan mencuba metode ini. 

Perbuatan ini sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah ejakulasi pramatang atau disfungsi ereksi seperti yang digembar-gemburkan di dalam video tersebut.

Malahan juga, bahan yang terdapat di dalam ubat gigi seperti minyak pudina dan bahan kimia lain termasuklah agen peluntur, sebenarnya boleh membuat kulit yang sensitif mengalami iritasi yang ekstrem.

Apabila disapu pada zakar pula, ia mungkin akan membuat kulit pada bahagian sulit anda itu terbakar, melepuh lalu meninggalkan parut.

Tiada lelaki yang mahu perkara ini terjadi…

Apa alternatif yang boleh dilakukan?

hubungan seks

Lupakan ubat gigi. Ia bukan ubat yang boleh membuat anda tahan lama ketika beraksi di ranjang. Sebenarnya, ada beberapa alternatif yang anda boleh lakukan.

Antara yang paling popular dalam kalangan lelaki di seluruh dunia adalah Viagra!

Secara umumnya, Viagra berfungsi dengan mengendurkan pembuluh darah pada zakar di samping melancarkan aliran darah segar daripada jantung menuju zakar.

Semakin deras aliran darah ke zakar, semakin kuat dan besar ereksi yang boleh dialami. Kesan ubat ini biasanya akan mula kelihatan dalam 30-60 minit setelah diambil.

Secara amnya, lelaki yang mengambil ubat ini dapat mengekalkan ereksi sehingga 4-5 jam setelah penggunaannya di samping dipandu oleh rangsangan seksual.

Namun, kesan ubat ini sebenarnya sangat bergantung kepada faktor kondisi kesihatan penggunanya.

kesilapan seks lelaki

Tahap metabolisme tubuh badan lelaki yang mengambil ubat ini mungkin akan mempengaruhi ereksi. Disebabkan itu, tidak semua lelaki dapat merasakan kesan yang sama.

Kebanyakan lelaki melaporkan bahawa kesan pil biru ini biasanya mula menghilang dalam 2-3 jam setelah dos pertama.

Untuk pengetahuan anda, Viagra mungkin tidak menjamin seorang lelaki untuk mengalami ereksi dalam waktu lama.

Pada dasarnya ubat ini hanya digunakan untuk membantu meningkatkan aliran darah menuju zakar. Rangsangan seksual daripada sentuhan mengghairahkan juga penting agar hubungan seks terasa lebih nikmat.

Namun, ia sudah tentu merupakan alternatif yang lebih baik daripada ubat gigi!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Terdapat pelbagai cara mengatasi tekanan perasaan yang boleh anda cuba. Antaranya adalah melakukan seks bersama pasangan. Klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Kerap Ejakulasi Pun Bahaya Buat Lelaki, Lagi-lagi Jika Selalu Pancut Disebabkan Onani

    Jika saya kerap melancap, adakah terdapat sebarang kesan melancap yang buruk boleh berlaku? Bagaimana pula dengan manfaatnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Sudah Lama Tak Sentuh Pasangan? Ini 11 PUNCA UTAMA Buat Anda Hilang Minat Bersetubuh Dengan Si Dia

    Anda tidak tahu mengapa anda tidak lagi minat melakukan hubungan seks bersama pasangan? Ini 11 sebab mengapa keadaan suami isteri romantik itu telah pudar.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Bersediakah Anda Untuk Berasmara Selepas C-Sec? Ada 7 Perkara Perlu WASPADA

    Bersama suami selepas bersalin pasti menimbulkan bimbang dan takut. Tapi bilakah masa sesuai bersenggama bagi wanita yang melalui proses kelahiran C-sec?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    orgasme-wanita-normal-untuk-tidak-dialami

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    klimaks lelaki

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    bahaya seks oral

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/05/2020
    hubungan suami isteri

    Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/05/2020