Masalah Ketandusan Nafsu Berahi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan

Kaum Adam boleh mengalami masalah ketandusan nafsu syahwat pada masa-masa tertentu dalam kehidupan mereka. Namun, apakah punca kepada permasalahan ini? Artikel ini akan memberi maklumat tentang punca-punca yang mungkin menyebabkan anda mengalami ketandusan nafsu syahwat.

Stres

Apabila seseorang itu berada dalam keadaan stres, badan mereka bertindak dengan merembeskan hormon seperti adrenalin dan kortisol. Stres yang kronik khususnya, boleh mengganggu paras hormon badan anda yang akhirnya membawa kepada masalah ketandusan nafsu berahi. Tambahan lagi, semasa mengalami stres, salur darah arteri anda akan mengehadkan aliran – aliran darah ke bahagian badan seperti ke bahagian zakar dan ini berupaya untuk mengakibatkan masalah disfungsi ereksi. Selain itu, stres juga boleh mengganggu fokus dan prestasi anda ketika hubungan seks.

Kemurungan

Kemurungan mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan dari sudut yang negatif. Nafsu berahi dan kemurungan mempunyai kaitan kompleks yang tersendiri. Kemurungan boleh mengubah fungsi biokimia badan yang akhirnya membawa kepada masalah kurangnya nafsu berahi. Menurut Mark L. Held, seorang doktor falsafah dalam bidang psikologi klinika di Denver, kemurungan menyebabkan keupayaan seseorang itu untuk menikmati rasa puas dan nikmat ketika seks itu lebih sukar.

Tambahan lagi, sesetengah ubat anti-murung berupaya untuk mengganggu kebolehan untuk mendapat atau mengekalkan ereksi, yang turut menyumbang kepada masalah nafsu berahi.

Penyalahgunaan alkohol dan dadah 

Memang benar bahawa apabila diambil dalam jumlah yang sedikit, alkohol berupaya untuk memberikan rasa tenang dan kurang cemas. Namun yang demikian, terlalu banyak alkohol adalah berbahaya kepada sistem saraf anda. Akibatnya, anda boleh mengalami masalah kelesuan dan juga kesukaran untuk mendapat rangsangan. Tambahan lagi, penyalahgunaan dadah berupaya untuk menekan nafsu berahi anda. Contohnya, marijuana mempunyai keupayaan untuk menekan penghasilan testosteron oleh kelenjar pituitari.

Ketidakseimbangan hormon

Libido atau nafsu berahi, dipengaruhi secara langsung oleh hormon testosteron. Justeru, ianya agak lazim untuk melihat gangguan libido disebabkan oleh paras testosteron yang rendah. Terdapat pelbagai punca kepada gangguan imbangan hormon. Menurut Ira Sharlip, MD, Professor klinikal bidang Urologi di University of California, San Francisco, merangkap jurucakap bagi Persatuan Urologi Amerika, paras testosteron yang rendah boleh disebabkan oleh kecederaan, keradangan atau ketumbuhan pada testis.

Merokok

Rokok, tembakau dan juga cerut boleh menyebabkan kerosakan pada salur darah yang membekalkan darah dan nutrien ke kawasan zakar. Apabila aliran darah telah tersekat, darah akan pergi ke bahagian organ yang penting terlebih dahulu dan zakar merupakan antara bahagian badan yang terakhir untuk menerima bekalan darah, walaupun ketika rangsangan seks. Ini menjelaskan mengapa nafsu berahi anda berkurang.

Dengan atrikel ini, jelaslah terdapat beberapa sebab dan punca mengapa seseorang mengalami masalah kentandusan nafsu berahi atau libido. Apabila anda telah mengenal pasti punca tersebut, hapuskannya demi kebaikan anda. Sekiranya anda masih mengalami masalah libido, berjumpalah dengan doktor anda, pakar diet ataupun pakar kesihatan yang lain untuk mendapatkan pemeriksaan, panduan dan juga rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atauapun rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Guna Berus Gigi Untuk Beronani? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Melancap’ Ini Sangat Berbahaya!

    Ramai yang tahu perbuatan beronani atau melancap ini adalah tidak bagus untuk kesihatan. Lebih menakutkan, jika ia dilakukan bersama 5 benda ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 01/07/2020 . 3 minit bacaan

    Pssttt! Rahsia Seks Kencang Ada Di Kamar Tidur, Baca Ini!

    Anda mengimpikan kehidupan seks yang lebih hot bersama pasangan? Mahu melakukan sesuatu yang berbeza? Boleh! Hanya pastikan anda cukup tidur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/06/2020 . 3 minit bacaan

    Menopaus Bukan Alasan Aksi Di Ranjang Hambar, Dah Cuba 5 Posisi Ini Belum?

    Ramai yang beranggapan usia emas adalah waktu untuk berhenti lakukan hubungan intim. Salah, ini panduan seks semasa menopaus anda boleh cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 29/06/2020 . 3 minit bacaan

    Apa Yang Kita Akan Rasa Semasa Klimaks? Lelaki & Wanita Tidak Sama Rupanya!

    Apa maksud klimaks dan apa rasa ketika ia berlaku? Untuk pengetahuan anda, ia juga berbeza mengikut jantina. Klik untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 26/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesan onani

    Beronani Sebelum Beraksi Di Ranjang – Adakah Ia Membantu ‘Persembahan’ Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
    sakit ketika seks

    Rasa Nak Muntah Selepas Melakukan Hubungan Seksual? Ini Bukan Tanda Hamil Tapi Penyakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
    seks ganas

    Seks Ganas Lebih Menerujakan Pasangan? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
    nafsu seks

    Pil Cegah Hamil Turunkan Nafsu Seks Anda? Ketahui Cara Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan