backup og meta

Hati-Hati, Stres Dikatakan Penyumbang Kepada Sakit Jantung, Benarkah?

Hati-Hati, Stres Dikatakan Penyumbang Kepada Sakit Jantung, Benarkah?

Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan bagaimana kesan stress menyumbang kepada penyakit jantung. Tetapi, apa yang pasti adalah stres boleh menjejaskan tingkah laku lantas meningkatkan risiko masalah jantung.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Kesan stress dan masalah jantung 

Sesetengah orang memilih untuk minum terlalu banyak alkohol atau merokok bagi “menguruskan” stres kronik mereka. Walau bagaimanapun, tabiat ini boleh meningkatkan tekanan darah dan merosakkan dinding arteri.

Jika anda sering tertekan dan tidak mempunyai cara terbaik untuk menguruskannya, anda lebih cenderung untuk mendapat penyakit jantung, tekanan darah tinggi, sakit dada atau degupan jantung yang tidak sekata.

penyakit jantung

Cara anda menangani stres adalah sangat penting. Ini kerana, jika anda bertindak balas dengan cara yang tidak sihat seperti merokok, makan berlebihan atau tidak bersenam. Ia menyebabkan kesan stress menjadi bertambah parah.

Sebaliknya, jika anda bersenam dan sering kali berhubung dengan orang lain, maka ia akan memberikan perbezaan terhadap emosi dan badan anda.

Anda juga mungkin mahu:

  • Tukar gaya hidup untuk mengurangkan tekanan.
  • Menerima bahawa terdapat beberapa perkara yang anda tidak dapat kawal.
  • Sebelum anda bersetuju untuk melakukan sesuatu, pertimbangkan sama ada anda benar-benar boleh melakukannya atau tidak. Tiada masalah untuk mengatakan “tidak” kepada permintaan yang akan menambah lebih banyak tekanan kepada kehidupan anda.
  • Terus berhubung dengan orang yang anda selesa.
  • Cari masa untuk berehat setiap hari. Anda boleh membaca buku, mendengar muzik, bermeditasi, berdoa, melakukan yoga atau tai chi, menulis jurnal atau memikirkan apa yang baik dalam hidup anda.
  • Apabila bersenam, anda dapat membakar tekanan dan lebih bersedia untuk mengendalikan masalah.

Baca juga:

Kesimpulan 

kesan stress

Sesetengah orang menghadapi masalah dalam mengendalikan kesan stress kerana mengalami depresi.

Jika ia berlaku kepada anda, dapatkan bantuan daripada doktor atau kaunselor. Ini kerana, depresi berkait dengan penyakit jantung, namun ia boleh dirawat.

Jika sukar untuk menukar cara anda dalam mengendalikan stres, apa kata anda ambil kelas pengurusan stres, baca buku mengenai pengurusan stres, atau buat temu janji dengan ahli terapi.

Ia merupakan satu pelaburan sihat demi kesihatan dan kualiti hidup anda pada masa sekarang dan untuk tahun-tahun akan datang.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The impact of stress on body function: A review. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5579396/. Accessed on August 1, 2022.
  2. Stress effects on the body. https://www.apa.org/topics/stress/body. Accessed on August 1, 2022.
  3. Stress. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/11874-stress. Accessed on August 1, 2022.
  4. Mind and Health. https://humanjourney.us/health-and-education-in-the-modern-world/mind-and-health/?gclid=Cj0KCQjw0JiXBhCFARIsAOSAKqCax5jl-JbPzCiflvGFVFLLGObf_CaOWTNxFxV80U2UdgFatgTuZy8aAqryEALw_wcB. Accessed on August 1, 2022.
  5. Causes and Effects of Stress. https://www.fairview.org/Patient-Education/Articles/English/s/t/r/e/s/Causes_and_Effects_of_Stress_85163. Accessed on August 1, 2022.

Versi Terbaru

01/08/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Pernah Diserang Sakit Jantung? Hindar Serangan Kali Kedua Dengan 5 Langkah Ini!

Masalah Botak & Rambut Beruban? Anda Berisiko Hidap Sakit Jantung


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 01/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan