Risiko Alzheimer Akibat Gangguan Hati

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Penyelidikan baru menunjukkan bahawa gangguan fungsi hati menyumbang kepada risiko Alzheimer dengan kegagalan membekalkan lipid utama ke otak. Jenis makanan yang anda ambil dan berapa banyak ia digunakan dengan baik dalam badan boleh menjadi faktor utama perkembangan penyakit Alzheimer.

Menurut penyelidikan terkini yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Persatuan Alzheimer (AAIC) 2018, pengurangan tahap plasmalogen iaitu kelas lipid yang dihasilkan di hati yang merupakan integral kepada membran sel di dalam otak dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit Alzheimer.

Kajian berkenaan diketuai oleh Dr Mitchel A. King iaitu profesor psikiatri bersekutu di Fakulti Perubatan Perelman, Universiti Pennsylvania dan Pusat Perubatan Hal Ehwal Veteran.

Plasmalogen dicipta di dalam hati dan disebarkan melalui aliran darah dalam bentuk lipoprotein, yang juga mengangkut kolesterol dan lipid lain ke/dari sel-sel dan tisu seluruh tubuh, termasuk otak.

Penyakit Alzheimer adalah penyakit otak progresif yang tidak dapat dipulihkan dan perlahan-lahan memusnahkan kemahiran memori dan pemikiran. Akhirnya, keupayaan untuk melaksanakan tugas mudah juga hilang. Penyakit Alzheimer adalah penyebab demensia yang paling biasa. Sesetengah anggaran mengatakan angka untuk India boleh mencecah setinggi 4 juta.

Kling dan Konsortium Metabolomiks Penyakit Alzheimer yang diketuai oleh Rima F. Kaddurah-Daouk, PhD, di Pusat Perubatan Universiti Duke, telah memperkenalkan tiga indeks untuk mengukur jumlah lipid iaitu nisbah antara plasmalogen, nisbah hubungan rapat plasmalogen dan kombinasu dua kuantiti berkenaan.

Pasukan mendapati bahawa nilai rendah indeks ini dikaitkan dengan kemungkinan penyakit Alzheimer yang lebih tinggi. Selain itu, beberapa paras plasmalogen yang berkurangan telah dikaitkan dengan peningkatan paras protein tau di otak, penanda penyakit Alzheimer.

Menurut Kling, kajian ini menunjukkan pengurangan plasmalogen yang berkaitan dengan usia boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit Alzheimer kerana hati tidak boleh menghasilkannya secukupnya.

Kajian itu juga mempunya pelbagai implikasi menarik seperti hubungan yang berpotensi antara keadaan seperti obesiti, diabetes dan Alzheimer kerana hati perlu bekerja keras untuk memecahkan lemak dari semasa ke semasa. Ini boleh mengakibatkan kemusnahan peroxisomes yang akhirnya mewujudkan plasmalogen yang dapat meningkatkan risiko Alzheimer.

Dalam kajian lain, penemuan ini juga memberi penjelasan kemungkinan kekurangan kesan minyak ikan atau pengurusan DHA terhadap fungsi kognitif atau penyakit Alzheimer. Ia disebabkan kecacatan pada hati yang menghalang asid lemak daripada memasuki plasmalogen yang penting bagi fungsi sinaptik dalam otak, yang boleh menjejas kognisi.

Beberapa gen dikaitkan dengan Alzheimer terlibat dalam pengangkutan lipid atau metabolisme. Oleh itu, penyelidikan sedang berjalan untuk melihat bagaimana perubahan dalam pengeluaran atau pengangkutan lipid mempengaruhi struktur dan fungsi otak.

Menurut Kling, penemuan itu memberi harapan baru terhadap penciptaan pendekatan rawatan dan pencegahan baru penyakit Alzheimer.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Julai 27, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Disember 5, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut