7 Resepi GERENTI SIAP 30 MINIT, Jom Tukar Menu Masakan Anda Minggu Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/04/2020

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan sudah dikeluarkan, mahu tidak mahu, kena juga turun ke dapur. Hmmm…inginkan resepi mudah dan sihat, siap dalam tempoh 30 minit? Haa…Hello Doktor tahu resepi masakan untuk anda cuba!

Resepi masakan untuk cegah jangkitan?

Selain menjaga aspek penjagaan diri seperti kerap mencuci tangan, pastinya pengambilan makanan tinggi nutrien juga boleh membantu badan melawan virus dan bakteria, termasuk jangkitan coronavirus.

Melalui penjagaan pemakanan dengan pengambilan nutrien yang sesuai, ia dapat menguatkan fungsi sistem imun, sekali gus menjadikan badan lebih kuat melawan virus korona dengan efektif.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Journal of Obesity & Weight Loss Therapy, setiap resepi masakan yang ingin anda cuba dalam mencegah jangkitan COVID-19 haruslah mempunyai nutrien seperti:

  • Karbohidrat
  • Protein dan asid amino
  • Vitamin dan mineral
  • Antioksidan

Resepi mudah untuk dicuba

Memandangkan hari ini sudah memasuki hari ke-3 pengisytiharan separa lockdown diumumkan Kerajaan Malaysia, mungkin ada di antara anda, khususnya para ibu, buntu untuk menyediakan hidangan masakan dan mencari resepi mudah dimasak.

Jangan risau. Berikut dikongsikan resepi mudah dan yang paling penting, bahan-bahannya tidak sukar untuk dicari. Dalam situasi lockdown, pastinya kita tidak mahu sesuatu yang menyusahkan, bukan?

Resipi #1 Nasi goreng tauhu kacang buncis

resepi-mudah-boleh-cuba

Bahan-bahan

  • 3 mangkuk nasi – boleh ditambah ikut keperluan
  • 100 gram kacang buncis – dihiris
  • 2 ketul tauhu – digoreng sedikit
  • 3 sudu makan udang kering – ditumbuk kasar
  • 3 biji telur
  • 1 batang lobak merah – dihiris
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah bersama tauhu yang telah dipotong dadu kecil. Masak sehingga bawang naik bau.
  2. Masukkan udang kering, lobak merah dan kacang buncis.
  3. Kemudian masukkan telur, biarkan separuh masak. Gaul rata.
  4. Akhir sekali, masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Sup ayam huru hara

Bahan-bahan

  • Ayam – bahagian paha dan tulang
  • 1 bunjut sup bunjut
  • 2 batang lobak merah – dipotong
  • 2 biji kentang – dipotong 
  • 6 biji cili padi
  • 1 batang serai 
  • 2 biji halia – dihiris
  • 2 tangkai daun sup – dihiris
  • 1 kiub stok ayam
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara penyediaan

  1. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak. Tumis halia, serai dititik, bawang besar, kentang, sup bunjut. Kacau sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan tulang. Gaul sehingga rata.
  3. Kemudian masukkan air, lobak merah, kiub ayam, cili padi serta garam secukup rasa.
  4. Tutup periuk dan biarkan ia mendidih untuk tempoh 10 minit. Kemudian perlahankan api. 
  5. Masukkan daun sup. Angkat dan sup sedia untuk dinikmati.

Ikan bawal masak percik

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan bawal – dilumurkan dengan garam dan kunyit 
  • 2 cawan santan pekat
  • 4 biji bawang merah
  • 1 sudu teh gula
  • 8 tangkai cili kering
  • 2 batang serai – dititik
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit – serbuk kunyit juga boleh digunakan sebagai pengganti
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya

Cara penyediaan

  1. Kisar cili kering, halia, bawang merah, bawang putih dan kunyit. 
  2. Panaskan kuali, letakkan minyak dan masukkan bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan serai serta santan. Kacau sebati hingga terbit minyak dan pekat.
  4. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Tutup api.
  5. Bakar ikan sambil sapukan kuah yang pekat tadi.
  6. Setelah ikan masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

# Boleh juga menggunakan sebarang jenis ikan lain yang ada di rumah. Jangan guna ikan emas sudahlah, ya?

Sosej sambal merah

Bahan-bahan

  • 9 batang sosej – dipotong menyerong 2 inci
  • 2 sudu makan mentega
  • 5 sudu makan sos cili
  • 4 sudu makan sos tomato
  • ½ sudu makan sos tiram
  • 1 biji bawang besar – dihiris tebal
  • 1 ulas bawang putih – diketuk
  • 1 batang serai – dititik
  • 1 biji cili merah – dihiris

Cara penyediaan

  1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan goreng sosej.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah dan serai. Biarkan sehingga sosej masak.
  3. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. 
  4. Kacau sehingga pekat dan matikan api. Sedia untuk dinikmati.

Resepi mudah: Snek santapan anak-anak

Apabila duduk di rumah, pastinya dapur menjadi tumpuan anak-anak. Aduh…pening kepala mommies fikirkan resepi mudah untuk dibuat snek. Jangan risau, ada jawapannya.

Chewy cheese spinach

Bahan-bahan 

  • 250 gram keju mozarella parut – jika beli yang ketul, parutkan terlebih dahulu supaya senang cair
  • 250 gram krim keju
  • 1 cara daun bayam racik – daun sahaja tanpa batang
  • 1 sudu makan mentega
  • 1 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 sudu teh lada hitam – gunakan serbuk juga boleh
  • 1 sudu teh garam halus

Bahan salutan

  • ½ cara tepung gandum
  • 2 biji telur – dipukul
  • 1 cawan serbuk roti oren

Cara penyediaan

  1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan bawang putih. Biar naik bau. Gunakan api perlahan untuk elakkan bawang menjadi garing.
  2. Masukkan keju mozarella dan krim keju. Kacau sehingga cair. 
  3. Masukkan daun bayam, lada hitam dan garam secukup rasa.
  4. Kacau rata hingga bayam agak layu dan bertukar warna hijau gelap.
  5. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian yang tidak melekat. Jika perlu, sapukan sedikit minyak pada bekas. Tekan-tekan agar rata.
  6. Jika mahukan bentuk bulat, kepalkan semasa keju masih panas.
  7. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti untuk 30 minit.
  8. Apabila sudah pejal, potong keju menjadi kepingan saiz yang anda gemari.
  9. Elakkan terlalu tebal atau nipis.
  10. Anda juga mempunyai pilihan untuk menggunakan cookies cutter.
  11. Salutkan dengan ½ cawan tepung gandum.
  12. Celupkan ke dalam bancuhan telur. Ulang proses: tepung – telur- tepung- telur.
  13. Salutkan dengan serbuk roti sehingga rata.
  14. Simpan kepingan keju di dalam freezer selama 15 minit sebelum digoreng.

# Lebihan yang tidak digunakan boleh dibekukan untuk kegunaan di lain masa. 

Baked apple chip cinnamon

resepi-mudah-boleh-cuba

Bahan-bahan

  • Epal hijau – dihiris nipis 
  • Gula perang atau serbuk kayu manis

Cara penyediaan

  1. Masukkan gula perang atau serbuk kayu manis ke dalam bekas.
  2. Celup rata epal bersama gula perang atau serbuk kayu manis.
  3. Bakarkan sehingga ranggup untuk tempoh 2 hingga 4 minit.

# Jumlah epal yang digunakan bergantung kepada jumlah isi rumah. Boleh juga menggunakan epal merah.

Banana oat pancake

Bahan-bahan

  • 2 biji pisang cavendish – sebarang jenis pisang juga boleh digunakan
  • 5 sudu besar instant rolled oats
  • 1 biji telur
  • 30 ml minyak zaitun
  • 1 sudu besar jem strawberi

Cara penyediaan

  1. Lenyekkan buah pisang ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan 1 biji telur dan gaul sebati.
  3. Masukkan oat dan sebatikan campuran.
  4. Campurkan minyak zaitun ke dalam campuran.
  5. Panaskan kuali tidak melekat (non-stick pan).
  6. Masak pancake sehingga kekuningan.
  7. Tuangkan jem strawberi dan sedia untuk dimakan.

Akhir kata

Apa yang dikongsikan adalah antara resepi mudah yang boleh disediakan dan boleh disimpan frozen untuk bekalan kemudian harinya. Moga ia membantu memberikan ibu-ibu idea untuk resepi masakan sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini. Selamat mencuba!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anda Tahu Ada Asid Borik Dalam Mi Kuning? Ini BAHAYANYA Jika Anda Termakan Ia!

    Selalu makan mi kuning kan? Anda tahu bahawa asid borik banyak digunakan dalam pembuatan mi kuning dan juga bebola ikan sebelum ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Ketahui, Makan Sihat Bukan Hanya Untuk Badan, Tetapi Juga Untuk Mental Anda!

    Makan secara sihat bukan sahaja untuk kecantikan fizikal, malah untuk kesejahteraan mental anda. Percaya atau tidak, makanan boleh mempengaruhi mood anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Dengan RM100, RM200 & RM300, Barang Dapur Apa Saja Anda Boleh Beli?

    Mungkin anda boleh melihat kepada anggaran jenis dan kuantiti produk makanan yang boleh anda beli melalui infografik yang kami sediakan di bawah ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Anda Tahu, Mengapa Sarapan Pagi Adalah Makanan Yang Paling Penting Setiap Hari?

    Jika anda ‘skip’ waktu sarapan pagi anda, anda juga sebenarnya telah ‘skip’ satu manfaat yang sepatutnya dinikmati oleh tubuh badan anda pada hari tersebut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    AWAS! Jangan Ambil 8 Makanan Sihat Ini Masa Anda Sakit Di Rumah! #StayAtHome

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 09/03/2020

    JANGAN Ambil 9 Makanan Ini Jika Anda Ingin Elak Diabetes!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/03/2020
    makan pakai tangan

    Anda Suka Makan Pakai Tangan? Jangan Pelik Ini Mungkin Punca Naik Berat Badan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/02/2020

    Nak Panjang Umur? Amalkan Makanan Jepun Ini, Banyak Kebaikannya Buat Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/02/2020