backup og meta

Manfaat Pengambilan Yogurt Sewaktu Berbuka

Manfaat Pengambilan Yogurt Sewaktu Berbuka

Tahukah anda pengambilan yogurt sewaktu berbuka puasa berkhasiat untuk pencernaan? Ya, yogurt dikatakan sebagai minuman buka puasa yang sihat bagi mereka yang mempunyai masalah pencernaan. Rujuk penjelasannya di bawah.

Mengapa yogurt elok diambil sewaktu berbuka?

Sepanjang waktu berpuasa, tubuh anda akan mengalami beberapa perubahan biologi, khususnya perubahan pada enzim perut (untuk mencerna makanan). Biasanya enzim ini dihasilkan secara normal oleh sistem pencernaan, tapi akan berhenti dihasilkan atau perlahan-lahan berkurangan secara sementara waktu kerana tiada pengambilan makanan. Dalam perut, lapisan enzim ini akan berkurangan dan kadangkala boleh membuat dinding perut menjadi meradang.

Akibatnya badan anda akan memerlukan waktu untuk menyesuaikan diri dengan makanan, bergantung keada jenis makanan dan minuman yang diambil.  Makanan pertama yang diambil sewaktu berbuka, menjadi penetu tindak balas penghasilan kembali enzim ini. Yogurt berperanan untuk proses pengenalan kembali makanan secara perlahan.

Yogurt merupakan makanan atau minuman sederhana yang mudah dicerna untuk menyokong proses ini. Pengambilan yogurt sewaktu puasa juga dianjurkan kerana makanan tenusu tersebut merupakan salah satu sumber probiotik atau bakteri baik. Probiotik sendiri dapat memberikan manfaat yang banyak bagi anda. Bakteri baik dalam yogurt dapat meningkatkan kesihatan pencernaan anda ketika berpuasa.

Makan yogurt sewaktu puasa dapat  meningkatkan kemampuan usus dalam menyerap makanan, dan juga mencegah sembelit. Ini disebabkan kemampuan pencernaan anda boleh menurun sewaktu  puasa, sehingga anda mungkin memerlukan yogurt untuk meningkatkannya.

Canadian Research and Development Center for Probiotics menyatakan, yogurt mengandungi kalsium dan rendah lemak untuk mengurangkan rasa sakit kepala hingga keradangan, bagi mereka yang mengambilnya secara rutin. Selain itu, manfaat probiotik dari yogurt dapat membantu mencegah serta mengubati beberapa penyakit seperti mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh anda sepanjang menjalankan ibadah puasa.

Tip pengambilan yogurt sewaktu puasa

Ada beberapa tip yang boleh anda ikuti jika ingin mengambil atau menambah pengambilan yogurt sepanjang bulan Ramadan ini:

  • Pilih yogurt yang rendah lemak, dan lebih baik lagi jenis kosong tanpa rasa tambahan. Mengapa yogurt kosong? Ketika anda mengambil yogurt dengan rasa tambahan, biasanya kandungan lemaknya lebih banyak dan kalori dari gula berbahaya bagi tubuh.
  • Sewaktu berbuka, lebih baik menambahkan buah-buahan segar atau kacang-kacang dalam yogurt Anda. Buah-buahan dan yogurt membantu mengelakkan rasa mengantuk selepas makan kerana kalorinya yang tidak berlebihan. Anda pun dapat melaksanakan ibadah Tarawih tanpa rasa malas.
  • Department of Agriculture di Amerika menyarankan pengambilan tidak lebih dari 3 cawan yogurt sehari. Memandangkan 1 cawan yogurt kosong sahaja sudah mengandungi 73 kalori, jadi pengambilan berlebihan patut dielakkan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Benefits of Yoghurt http://www.webmd.com/diet/features/benefits-of-yogurt#1 Diakses pada 23 Mei 2017

How Much Yoghurt Can You Eat In a Day? http://www.livestrong.com/article/186699-how-much-yogurt-can-you-eat-in-a-day/ Diakses pada 23 Mei 2017

Detox Diet Yoghurt http://www.livestrong.com/article/320872-detox-diet-yogurt/ Diakses pada 23 Mei 2017

Versi Terbaru

05/07/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Selain Nasi Lemak @ Kerabu, Ada Lagi Makanan Tradisional Yang Sebenarnya Sihat!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan