Kunyit: Peranannya Bukan Sekadar Penyeri di Dapur

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Tidaklah keterlaluan jika kita boleh mengatakan bahawa hampir semua rumah di Asia mempunyai sekurang-kurangnya satu mangkuk kecil kunyit di dapur mereka. Ini kerana, ia dianggap sebagai rempah yang penting dalam masakan Asia. Bukan sahaja bertindak sebagai sebahagian daripada makanan, tetapi juga memainkan peranan dalam industri tekstil sebagai agen dye. Ia berasal dari Asia Tenggara dan dituai secara meluas di India. Ia mempunyai rasa earthy dan pedas, meninggalkan kesan berwarna kuning jika kita memegangnya dengan tangan kosong. Ia membantu mengurangkan parut dan berfungsi dengan baik di bahagian pori anda. 

Apakah itu kunyit?

Kunyit adalah sejenis rempah yang berasal daripada tumbuhan kunyit. Akar kunyit digunakan secara meluas untuk membuat ubat. Kunyit digunakan untuk merawat arthritis, pedih ulu hati (dyspepsia), sakit sendi, sakit perut, penyakit Crohn dan kolitis ulseratif, pembedahan pintasan, pendarahan, cirit-birit, gas usus, kembung perut, hilang selera makan, sakit kuning, masalah hati, jangkitan Helicobacter pylori (H. pylori), ulser perut, sindrom usus besar (IBS), gangguan pundi hempedu, kolesterol tinggi, keadaan kulit yang dipanggil lichen planus, keradangan kulit daripada rawatan radiasi, dan keletihan. 

Ia juga digunakan untuk sakit kepala, bronkitis, selesema, jangkitan paru-paru, fibromyalgia, kusta, demam, masalah haid, kulit gatal, pemulihan selepas pembedahan dan kanser. Kegunaan lain termasuklah kemurungan, penyakit Alzheimer, bengkak pada lapisan tengah mata (anterior uveitis), diabetes, pengekalan kandungan air, kecacingan, penyakit autoimun yang dipanggil systematic lupus erythematosus (SLE), tuberkulosis, keradangan pundi kencing, dan masalah buah pinggang.

Sesetengah individu menggunakan kunyit pada kulit untuk kesakitan, cirit-birit, terseliuh dan pembengkakan, lebam, gigitan lintah, jangkitan mata, jerawat, keadaan kulit yang keradangan dan luka kulit, rasa sakit di dalam mulut, luka yang telah dijangkiti dan penyakit gusi. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa dengan menggunakan pencuci mulut kunyit adalah berkesan sama dengan ubat kumur untuk mengurangkan penyakit gusi dan bakteria di mulut individu yang mengalami gingivitis.Kunyit juga digunakan sebagai enema bagi individu yang mempunyai penyakit keradangan usus.

Kunyit juga dianggap sebagai herba yang paling berkesan untuk menghalang keradangan sakit sendi selain daripada mengurangkan kesakitan. Ia berasal dari India dan China dan ditanam di beberapa negara termasuk Sri Lanka, Indonesia, Jamaica dan Peru. Ia mengandungi vilotile oil, bijirin kanji, resin, dan curcuminoid. Curcumin, komponen utama curcuminoids bertindak sebagai agen antiradang dan untuk itu, ia telah digunakan dalam penyembuhan luka, hepatoprotection (keupayaan untuk melindungi kerosakan hati), dan neuroprotection. Allepey India dianggap sebagai rizom yang berkualiti tinggi kerana ia mempunyai kandungan curcumin tertinggi berbanding daripada rizom lain. Dalam penilaian in vivo, curcuminoid menunjukkan bahawa ia boleh mengurangkan keradangan akut dan kronik masing-masing sebanyak 75% dan 68%. Pengambilan harian sebanyak 4 mg total curcuminoids boleh menghalang keradangan sendi arthritis.

Dalam makanan dan pembuatan, minyak pati tanaman ini penting untuk digunakan dalam minyak wangi, dan resinnya digunakan sebagai komponen perasa dan warna dalam makanan. Kunyit berbeza dengan akar kunyit Jawa (Curcuma zedoaria).

Bagaimanakah kunyit berfungsi?

kunyit

Tidak banyak kajian tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba, pakar nutrisi atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa tanaman ini mengandungi curcumin. Curcumin dan bahan kimia lain dalam kunyit mungkin mengurangkan bengkak (keradangan). Oleh kerana itu, kunyit mungkin bermanfaat untuk merawat keadaan yang melibatkan keradangan.

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum menggunakan kunyit?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba, jika:

  • Anda hamil atau menyusukan bayi. Ini kerana, semasa anda menyusukan bayi anda, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat-ubatan lain. Ini termasuklah apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa sebarang preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan sebarang bahan berasaskan kunyit atau ubat-ubatan atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan untuk suplemen herba adalah kurang ketat berbanding daripada peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat pengambilan suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Berundinglah dengan pakar herba atau doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah kunyit selamat?

Kunyit adalah selamat jika diambil melalui mulut atau disapukan pada kulit dengan cara yang sepatutnya sehingga tempoh 8 bulan. Tanaman ini juga mungkin selamat jika digunakan sebagai enema atau pencuci mulut dalam tempoh jangka masa yang pendek.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

  • Kehamilan dan penyusuan: Semasa kehamilan dan semasa menyusu, herba ini mungkin selamat apabila diambil dengan mulut dalam jumlah biasa yang terdapat dalam makanan. Walau bagaimanapun, herba ini mungkin tidak selamat apabila diambil dengan mulut dalam jumlah ubat semasa mengandung. Ia mungkin menggalakkan tempoh haid atau merangsang rahim, menjadikan kehamilan berisiko. Jangan mengambil jumlah ubat kunyit jika anda mengandung. Tidak ada maklumat yang mencukupi untuk menilai keselamatan ubat kunyit semasa menyusukan anak. Adalah lebih baik untuk tidak menggunakannya semasa anda dalam tempoh kehamilan
  • Masalah pundi hempedu: Herba ini boleh menyebabkan masalah pundi hempedu. Jangan gunakan kunyit jika anda mempunyai batu hempedu atau halangan saluran hempedu.
  • Masalah pendarahan: Pengambilan tanaman ini mungkin melambatkan pembekuan darah. Ini mungkin meningkatkan risiko lebam dan pendarahan terhadap individu yang mengalami masalah pendarahan.
  • Diabetes: Curcumin, sejenis kimia dalam tumbuhan ini, mungkin mengurangkan gula darah pada individu yang menghidap diabetes. Gunakan dengan berhati-hati pada individu yang menghidap kencing manis kerana ia mungkin membuatkan kandungan gula darah menjadi terlalu rendah.
  • Gangguan perut yang disebut penyakit gastroesophageal reflux (GERD): Kunyit boleh menyebabkan sakit perut pada sesetengah individu. Ia mungkin membuat masalah perut seperti GERD menjadi lebih buruk. Jangan mengambil herba ini jika ia memburukkan gejala GERD.
  • Keadaan yang sensitif terhadap hormon seperti kanser payudara, kanser rahim, kanser ovari, endometriosis, atau fibroid rahim: Kunyit mengandungi bahan kimia yang disebut curcumin, yang mungkin bertindak seperti hormon estrogen. Secara teorinya, kunyit mungkin membuat keadaan sensitif hormon menjadi lebih buruk. Walau bagaimanapun, beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa kunyit mengurangkan kesan estrogen dalam beberapa sel kanser sensitif hormon. Oleh itu, kunyit mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap keadaan sensitif hormon. Gunakan secara berhati-hati jika anda mempunyai sebarang keadaan yang mungkin akan menjadi lebih buruk melalui pendedahan kunyit kepada hormon.
  • Kemandulan: Tumbuhan ini mungkin menurunkan tahap testosteron dan mengurangkan pergerakan sperma apabila diambil melalui mulut oleh lelaki. Ini mungkin mengurangkan kesuburan. Kunyit harus digunakan secara berhati-hati oleh individu yang menginginkan kelahiran bayi.
  • Kekurangan zat besi: Pengambilan jumlah kunyit yang tinggi mungkin menghalang penyerapan zat besi. Kunyit harus digunakan secara berhati-hati pada individu yang mengalami kekurangan zat besi.
  • Pembedahan: Kunyit mungkin melambatkan pembekuan darah. Ia mungkin menyebabkan pendarahan tambahan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti menggunakan kunyit sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang telah dijadualkan.

Apakah kesan sampingan yang berkemungkinan didapati daripada penggunaan kunyit?

kunyit

Tumbuhan ini pada kebiasaannya tidak menyebabkan kesan sampingan yang ketara. Walau bagaimanapun, sesetengah individu boleh mengalami:

  • Keadaan perut yang tidak selesa
  • Loya
  • Pening
  • Cirit-birit

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor untuk mendapatkan kepastian.

Apakah interaksi yang mungkin saya dapati daripada penggunaan kunyit?

Kunyit mungkin berinteraksi dengan ubat-ubatan semasa anda atau keadaan perubatan. Berundinglah dengan pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Produk yang mungkin berinteraksi dengan tumbuhan ini termasuklah: Ubat-ubatan yang memperlambat pembekuan darah (ubat Anticoagulant / Antiplatelet)

Kunyit mungkin juga melambatkan pembekuan darah. Pengambilan herba ini bersama-sama dengan ubat-ubatan yang juga memperlambat pembekuan darah mungkin akan meningkatkan peluang untuk mendapat lebam dan pendarahan.

Beberapa ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah termasuklah aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, dan lain-lain), ibuprofen (Advil, Motrin, dan lain-lain), naproxen (Anaprox, Naprosyn dan lain-lain), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

Manfaat kunyit terhadap kesihatan

kunyit

Manfaat kunyit telah diketahui selama beribu-ribu tahun. Tumbuh di seluruh India dan bahagian lain di Asia, kunyit adalah bahan utama dalam serbuk kari. Hari ini, ia ditemui dalam bentuk rempah atau tambahan, dan biasanya digunakan untuk mencerahkan gorengan, kari dan sup. Berikut beberapa sebab mengapa kunyit patut ada di rumah anda.

  • Membantu meningkatkan ingatan

Penyelidikan yang dijalankan dalam kalangan penduduk Asia mendapati bahawa individu yang makan lebih banyak kari mendapat skor yang lebih tinggi pada ujian fungsi kognitif (ujian yang mengukur ingatan, rentang perhatian, dan sebagainya) berbanding daripada mereka yang tidak makan rempah ratus dengan mencukupi. Para saintis mencatatkan manfaat ini terhasil daripada kunyit, yang merupakan sebahagian daripada utama diet Asia.

  • Mengelakkan penyakit jantung

Menurut tinjauan 2017 dalam jurnal Farmakologi Penyelidikan, antioksidan tumbuhan ini (curcumin) dan sebatian antiradang boleh membantu melindungi daripada keadaan jantung tertentu, termasuk kardiomiopati kencing manis (penyakit otot jantung), arrhythmia (degupan jantung yang tidak teratur) dan banyak lagi.

  • Melawan kanser tertentu

Kajian pada tahun 2015 yang diterbitkan dalam jurnal Molecules menyimpulkan bahawa curcumin mungkin mempunyai potensi untuk melawan kanser tertentu. Setakat ini, sebahagian besar kajian ini dijalankan dalam kajian in vitro, tetapi ulasan penulis juga mendapati bahawa curcumin telah ditunjukkan untuk mencegah atau melambatkan aktiviti sel ketumbuhan tertentu, termasuk kanser kulit, kanser pencernaan, dan lebih lagi.

  • Meredakan kesakitan osteoartritis

Menurut Yayasan Arthritis, osteoartritis adalah penyebab utama ketidakupayaan di Amerika Syarikat, yang menjejaskan anggaran 30.8 juta penduduknya. Kajian-kajian pada tahun 2016 mendapati bahawa dengan mengambil curcumin selama 4 minggu, dapat membantu melegakan sakit osteoartritis dalam kalangan individu yang sudah mempunyai keadaan kesan yang sebanding dengan mengambil NSAID atau glukosamin.

Adakah kunyit baik untuk kesihatan kulit?

kunyit

  • Memperbaiki kulit

Komponen antioksidan dan antiradang yang terkandung dalam tumbuhan ini dikatakan dapat memberikan kilauan dan cahaya pada kulit serta memulihkan kulit. Ia juga membantu mengurangkan kemerahan akibat jerawat dan memberikan kelegaan pada kulit bermasalah seperti ekzema dan rosacea. Dalam aspek penjagaan kulit, antioksidan dapat membantu menjaga radikal bebas dari memusnahkan sel-sel sihat. Ia sekali gus menghalang hiperpigmentasi, parut, dan masalah kulit jangka panjang yang lain.

Melalui tabiat gaya hidup sihat, herba ini juga boleh dikatakan dapat mengurangkan kanser kulit. Tetapi masih banyak kajian perlu dilakukan.

Anda boleh mencuba membuat masker di rumah untuk melihat keberkesanan tumbuhan ini pada kulit anda. Campur sedikit yogurt Greek, madu dan kunyit, gaul rata dan sapukan pada kulit muka anda. Biarkan selama 15 minit sebelum anda membilasnya dengan air.

  • Melawan jerawat

Tumbuhan ini sangat berkesan untuk melawan jerawat kerana ia mengandungi antiseptik semula jadi dan membantu mencegah penyebaran bakteria. Ia amat berkesan apabila dicampurkan dengan cuka epal yang mempunyai ciri-ciri astrigen – yang memainkan peranan sama seperti toner biasa.

Dengan fungsi antikeradangan, ia mungkin dapat membantu merawat keradangan jerawat. Ini termasuklah:

  • Ketumbuhan (cyst)
  • Nodul
  • Pustules
  • Papules

Ekstrak daripada kunyit juga boleh mengurangkan kesan penampakan parut jerawat.

  • Memperlahankan penuaan

Herba ini mengandungi pigmen curcuminoid yang merangsang gen yang meningkatkan sintesis antioksidan tubuh. Ia akan melindungi sel otak dan kulit dari kerosakan yang disebabkan radikal bebas, dan melambatkan pembentukan kedutan dan garis halus. Penyelidik mencadangkan kunyit sebagai rawatan yang mungkin untuk merawat garis halus dan kedutan. Ia mungkin berfungsi meningkatkan penampilan keseluruhan tekstur kulit, dan menjadikan kedutan kurang kelihatan.

  • Menyembuhkan luka

Curcumin – komponen yang membuatkan kunyit berwarna oren-kekuningan – yang terdapat dalam tanaman ini dikatakan boleh membantu menyembuhkan luka dengan mengurangkan keradangan dan pengoksidaan. Ia juga mengurangkan tindak balas anda terhadap luka kulit.

Kajian juga menyatakan kunyit boleh memberikan kesan terhadap tisu dan kolagen tubuh. Sekali gus membantu membuatkan luka anda lebih cepat sembuh.

  • Kurangkan lingkaran gelap

Oleh sebab tanaman ini bersifat antiradang dan bertindak sebagai agen pencerahan kulit, ia sesuai untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata serta tompokan hitam yang disebabkan sinaran matahari. Ini kerana ia dapat merangsang peredaran darah, sekali gus membantu mengurangkan kegelapan.

  • Merawat psoriasis

kunyit

Psoriasis adalah sejenis masalah kulit – muncul tompok putih yang tebal, menyebabkan kegatalan yang serius. Kunyit dikatakan dapat mengawal simptom ini dengan menghalang enzim keradangan dan menurunkan tahap sitokin – yang merangsang keradangan sel.

Menurut Yayasan Psoriasis Kebangsaan, ia boleh digunakan sebagai suplemen atau ditambah ke dalam makanan. Sebaiknya, berbincang dengan pakar sebelum mencuba kaedah ini untuk mendapatkan dos yang lebih tepat.

  • Merawat parut dan tanda regangan

Sebatian curcumin yang dapat menyerap masuk ke membran sel dan memperbaiki sifat fizikal membran sel – kesannya ia merawat tanda regangan. Anda boleh gabungkan herba ini dengan krim atau yogurt dan sapukan ke bahagian perut dan pinggang sebelum anda mandi. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan bersih semasa mandi. Cara yang sama juga boleh digunakan untuk merawat parut.

  • Kurangkan pigmentasi

Antara fokus utama kajian berkaitan kunyit adalah hiperpigmentasi. Ia adalah keadaan kulit yang lebih gelap daripada tisu sekeliling biasa. Dalam satu kajian terhadap krim berasaskan kunyit, ia dapat mengurangkan hiperpigmentasi lebih daripada 14 peratus selama 4 minggu.

Walau bagaimanapun, terdapat risiko dalam menggunakan herba ini untuk merawat masalah kulit anda. Sebelum menggunakan kunyit, anda perlu berhati-hati dengan kuantiti yang hendak digunakan, jenis produk dan tindak balas yang mungkin berlaku terhadap ubatan yang anda ambil.

Sebaiknya, elakkan mengambil tanaman ini dalam kuantiti yang besar dan banyak. Cuba sapukan sedikit kunyit pada bahagian bawah lengan anda dan biarkan selama 24 hingga 48 jam untuk melihat sama ada wujud reaksi alahan atau tidak sebelum menggunakannya pada kulit anda. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga;

Tarikh Reviu: Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Disember 5, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut