backup og meta

9 Sebab untuk Anda Makan Manggis

9 Sebab untuk Anda Makan Manggis

Manggis adalah buah tempatan yang popular di Malaysia. Buah yang subur di negara-negara Asia Tenggara ini selalu menjadi pilihan untuk dinikmati bersama keluarga dan sahabat handai. Bukan sekadar rasa yang sedap, ia juga penuh dengan pelbagai khasiat yang membuatkan anda ingin mendapatkannya sekarang!

Ingin tahu khasiatnya? Baca sehingga akhir.

1. Anti-kanser

Kandungan xanthones di dalam buah ini bertindak sebagai anti-kanser, anti-radang dan anti-bakteria. Menurut kajian, xanthones menghalang perkembangan sel di dalam kanser usus (kolon). Jika digunakan bersama-sama dengan rawatan kanser yang lain, ia akan memberikan kesan yang berganda.

2. Anti-radang

Buah yang telah lama menjadi amalan penduduk Asia Tenggara ini terbukti mempunyai sifat anti-radang. Ia menghalang pelepasan histamin dan prostaglandin, iaitu bahan kimia utama dalam proses radang. Sifat ini membantu mengurangkan kesakitan dan lebam serta melawan penyakit radang kronik seperti radang usus dan artritis.

3. Baik untuk kulit

Ada kajian yang menunjukkan bahawa kandungan yang ada di dalam manggis boleh mencegah kanser kulit. Kaya dengan sifat anti-radang, anti-bakteria, anti-kulat, anti-alahan dan anti-oksidan, ia juga membantu mengurangkan beberapa keadaan kesihatan kulit seperti penuaan, ekzema, alergik dan jangkitan bakteria. Kandungan vitamin C pula membuatkan kulit cantik dan bebas jerawat.

4. Merangsang penyembuhan luka

Minuman manggis boleh membuatkan luka anda lebih cepat sembuh. Kulit dan daunnya boleh dijadikan herba untuk diletakkan ke atas luka agar lebih cepat baik. Minumannya juga boleh dicampurkan dengan daun dan kulit.

5. Anti-oksidan

Semua orang tahu bahawa anti-oksidan adalah penting. Sifat ini merangsang sistem ketahan badan, melambatkan proses penuaan dan membantu melawan banyak penyakit.

6. Mengawal diabetes

Buah ini adalah antara makanan yang efektif dalam mengawal kadar gula di dalam darah. Tapi jangan pula anda meninggalkan ubat-ubatan yang sedang diambil sebelum berbincang dengan doktor anda.

7. Mengurangkan berat badan

Memasukkan manggis ke dalam diet anda mungkin satu langkah yang baik. Pelbagai nutrisi yang terkandung di dalamnya, termasuk rendah kalori dan tinggi serat, membantu mengawal berat badan, tapi sudah tentu dalam sukatan yang sederhana. Jika terlebih makan, jangan salahkan buah pula!

8. Melindungi jantung

Jangan terkejut jika buah ini sebenarnya mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Kajian menemui manfaat ini melalui fungsi anti-oksidan dan pengawalan kadar lemak di dalam darah.

9. Merangsang sel darah merah

Anemia mungkin boleh dielakkan jika anda mengambil buah ini secara berkala. Selain itu, ia juga diketahui dapat meningkatkan peredaran darah di dalam badan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

11 Impressive Health Benefits of Mangosteen – https://www.naturalfoodseries.com/11-benefits-mangosteen/

13 Best Benefits Of Mangosteen – https://www.organicfacts.net/health-benefits/fruit/mangosteen.html

Versi Terbaru

13/05/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Bukan Semua Makanan Segera Tak Sihat, Ini 5 Snek Segera Yang Sihat Patut Cuba!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan