6 Makanan untuk Parut Jerawat

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Amat sukar untuk menghilangkan parut jerawat, tetapi pengambilan makanan ini dengan kerap boleh mengembalikan wajah cantik anda:

Jus Lemon

Jus lemon adalah asid alpha-hydroxy semula jadi (AHA), agen peluntur yang boleh digunakan untuk memudarkan parut, menggalakkan penyembuhan, dan menyegarkan semula kulit. Anda boleh menggunakannya untuk menghilangkan parut jerawat dan bintik-bintik hitam di muka anda dengan dua cara:

  • Minum segelas jus lemon setiap pagi dan petang. Rawatan ini akan membantu menghapuskan toksin dalam badan dan menjadikan kulit anda kelihatan berseri. Jus lemon juga berguna untuk beransur-ansur menghilangkan bintik-bintik hitam dan menghilangkan parut jerawat.
  • Anda boleh menggunakan jus lemon diperah untuk rawatan atau dicairkan atau dicampur dengan air jika anda mempunyai kulit sensitif. Gunakan bola kapas untuk menekan parut jerawat denga jus dan biarkan ia kering sepenuhnya. Kemudian bilas muka anda dengan air sejuk dan diikuti dengan pelembap semula jadi. Ulangi rawatan ini setiap dua atau tiga hari.

Ingat bahawa jus lemon akan menjadikan kulit lebih sensitif kepada sinaran UV, jadi adalah lebih baik elakkan cahaya matahari untuk seketika selepas menggunakan rawatan ini.

Badam

Badam boleh membantu untuk membaiki kerosakan kulit dan mengekalkan keanjalan kulit anda. Kacang ini amat berguna untuk mengurangkan kedutan dan memelihara kulit anda agar kekal muda dan sihat. Makan badam setiap hari boleh membantu menghilangkan parut jerawat dan menyembuhkan kerosakan yang disebabkan oleh jerawat. Tambahan pula, asid lemak omega-3  dalam badam boleh membantu mengurangkan keradangan dan membaiki struktur kulit anda.

Tomato

Tomato kaya dengan vitamin C dan vitamin A yang amat penting untuk kulit anda. Apabila anda mengambil tomato dengan kerap, anda boleh menghilangkan parut jerawat di muka anda secara beransur-ansur. Anda juga boleh menggunakan tomato untuk mengurangkan liang terbuka pada kulit anda. Cara terbaik untuk mendapatkan manfaat daripada tomato adalah dengan makan dengan kerap dan gunakannya sebagai masker muka.

Timun

Timun adalah bahan popular dalam rawatan muka. Sayur-sayuran ini bukan sahaja sangat menghidratkan dan mempunyai banyak komponen anti-oksidan, timun juga mengandungi vitamin A, vitamin C, dan magnesium – semua yang sesuai untuk kulit anda. Jika anda makan timun dengan kerap, anda akan mempunyai kulit yang bersih, segar, dan berseri. Timun akan melembutkan kulit anda dari dalam, membaiki kerosakan kulit dan menjaga kesihatan kulit anda. Jadi, jangan lupa untuk memasukkan timun segar dalam makanan dan salad anda setiap hari.

Selain itu, anda boleh memotong beberapa kepingan nipis, dan letakkan di atas permukaan kulit berparut anda. Selepas kira-kira tiga puluh minit, buang hirisan timun dan bilas muka anda dengan air sejuk. Ulang setiap hari seperti yang dikehendaki.

Buah pala dan madu

Campuran buah pala dan madu boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat di muka anda dan mengembalikan kecantikan anda. Buah pala dan madu berguna dan selamat untuk kulit anda jika anda menggunakannya sebagai rawatan topikal. Anda boleh menggunakan campuran ini sebagai masker muka, hanya campurkan buah pala dan madu, sapukan pada muka, biar selama 30 minit, dan cuci muka anda dengan air suam.

Aloe Vera

Gel aloe vera segar adalah sumber mujarab vitamin yang boleh membantu menyembuhkan kulit dan memudarkan parut. Tumbuhan aloe dalam pasu mudah untuk dicari dan tidak memerlukan penjagaan untuk membesar walaupun tanpa penggunaan baja kimia atau racun perosak. Aloe adalah lembut, jadi anda tidak perlu bimbang tentang kulit bertambah rosak atau merengsa. Selain itu, disebabkan aloe vera adalah seperti pelembap semula jadi, ia akan menjadikan kulit anda kelihatan dan berasa lebih lembut dan sihat.

Cara mudah untuk menggunakan aloe segar untuk menangani parut anda, hanya patahkan sekeping kecil satu daun, siat kulit untuk mendedahkan gel, dan urut perlahan-lahan kepada kulit anda. Untuk hasil yang terbaik, biarkan gel selama sekurang-kurangnya tiga puluh minit sebelum mencuci.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut