backup og meta

Suami, G-Spot Dan Klitoris Wanita Itu TIDAK Sama Ya! Apa Dia Perbezaannya?

Suami, G-Spot Dan Klitoris Wanita Itu TIDAK Sama Ya! Apa Dia Perbezaannya?

Ramai lelaki mungkin sangka bahawa g-spot dan klitoris wanita itu adalah benda atau perkara yang sama sedangkan itu bukan halnya! Persoalannya, apa beza di antara keduanya ini?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Apa beza klitoris dengan G-Spot?

Klitoris atau kelentit berada di kedudukan puncak vulva di atas uretra dan dekat dengan bibir faraj.

Klitoris amat sensitif terhadap sentuhan dan ia boleh memberikan keseronokan yang hebat kepada perempuan jika dirangsang.

Saintis Beverly Whipple percaya bahawa G-spot tidak harus diajar sebagai satu entiti anatomi.

Beliau mencadangkan bahawa G-spot adalah sesuatu yang boleh dirasai melalui dinding hadapan faraj, tetapi tidak semestinya berada di dinding faraj.

Secara mudahnya, G-spot wanita bukanlah perkara yang fizikal tetapi lebih rumit daripada itu.

Kajian telah membuktikan bahawa keseronokan tersebut yang dirasai semasa rangsangan kawasan yang dikatakan G-spot sebenarnya melibatkan dinding hadapan faraj, kelenjar Skene (prostat wanita) dan kawasan klitoris.

klitoris wanita

Setiap wanita itu adalah berbeza!

Tanpa mengira anatomi yang mungkin serupa, setiap wanita mempunyai struktur dalaman yang berbeza. Jika anda tidak pernah mengalami orgasme faraj, badan anda berkemungkinan distruktur dalam bentuk yang khusus.

Klitoris dan G-spot anda mungkin tidak dijadikan untuk sensitif terhadap rangsangan seperti orang lain. Tahap sensitiviti anda bergantung kepada bagaimana kawasan klitoris, uretra dan faraj anda distruktur.

Baca lagi artikel berkaitan:

Wanita dengan kawasan tersebut yang luas adalah lebih berkemungkinan mempunyai orgasme faraj berbanding orang lain.

Saintis menjelaskan bahawa kawasan yang lebih luas bermakna lebih banyak saluran darah, otot dan kelenjar yang meningkatkan sensitivitinya.

Ramai wanita memerlukan rangsangan lebih untuk mencapai orgasme namun hanya kerana mereka mempunyai struktur yang berbeza, tidak bermakna badan mereka bermasalah.

klitoris wanita

Memandangkan setiap setiap orang adalah berbeza, anda harus berbincang dengan pasangan tentang apa yang membuatkan anda selesa (lokasi, posisi, jumlah tekanan, dan lain-lain).

Komunikasi ialah kunci kepada kejayaan hubungan intim!

Selain itu, orgasme jarang berlaku dengan sendiri dan anda harus mencarinya.

Sila belajar cara badan anda berfungsi, apa yang membuatkan wanita terangsang dan bagaimana untuk mencapainya.

Kebanyakan orang cenderung untuk memfokuskan pada orgasme sedangkan fokus harus diberikan kepada keghairahan dan keseronokan.

Ramai wanita yang mengatakan keseronokan yang kuat terjadi dari rangsangan klitoris berbanding rangsangan yang lain.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What is the clitoris and what does it do? Is it the same as the G-spot? https://sexetc.org/info-center/post/what-is-the-clitoris-and-what-does-it-do-is-it-the-same-as-the-g-spot/. Accessed April 26, 2017.
  2. Clitoris, https://my.clevelandclinic.org/health/body/22823-clitoris, Accessed April 26, 2017.
  3. Where is the G spot?, https://www.plannedparenthood.org/learn/ask-experts/where-is-the-g-spot, Accessed April 26, 2017.
  4. Where is the G-spot and what does it do?, https://www.plannedparenthood.org/learn/ask-experts/where-is-the-g-spot-and-what-does-it-do, Accessed April 26, 2017.
  5. What You Need to Know About… the G-spot, https://www.aasect.org/what-you-need-know-about-g-spot-0, Accessed April 26, 2017.
  6. THE CLITORIS: THE WHOLE ICEBERG, https://www.anatomyofpleasure.org/over-the-skin-what-you-can-see

Versi Terbaru

25/01/2023

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 25/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan