Sapu Ubat Gigi Pada Zakar Untuk Tahan Lebih Lama? JANGAN Buat, Ini Sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date Mei 12, 2020

Ada lelaki yang sanggup menggunakan pelbagai metode yang tidak masuk akal termasuklah menyapu ubat gigi pada zakar semata-mata ingin tahan lebih lama ketika berasmara dengan insan tersayang.

Adakah perbuatan ini boleh membantu atau cuma mengarut bagi anda? Jom sama-sama kita selami artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk mengetahui jawapannya.

Trend sapu ubat gigi pada zakar untuk tahan lama!

Segala kepercayaan mengenai perbuatan ini bermula di laman perkongsian video popular Youtube dan laman sembang Reddit.

Ia memaparkan sebuah video tutorial yang mengatakan bahawa perbuatan menyapu ubat gigi pada zakar mampu membuat seorang lelaki itu tahan lebih lama ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Video yang dimuat turun oleh seorang lelaki bernama Jose Barber kini sedang sohor kini dan paling membimbangkan, sudah lebih daripada satu juta individu menontonnya!

Menurut ‘tip kesihatan seksual’ di dalam video itu, perbuatan ini akan memberi beberapa manfaat terhadap lelaki antaranya menyelesaikan masalah ejakulasi pramatang, disfungsi ereksi dan paling utama, membuat seorang lelaki itu tahan 30 minit lebih lama berbanding sebelumnya.

Jadi, adakah anda percaya dengan kenyataan ini?

Apa kata pakar tentang hal ini?

ubat gigi

Jika anda percaya, maka anda juga tergolong dalam kalangan individu yang terpedaya!

Menurut James O’Loan yang merupakan seorang ahli farmasi dari United Kingdom (UK) mengatakan bahawa tiada sebarang bukti saintifik yang menunjukkan ubat gigi boleh membantu menyelesaikan masalah seksual.

Beliau yang juga menawarkan servis doktor dalam talian menerusi laman sesawang Doctor-4-U turut menegaskan orang ramai untuk tidak sekali-kali percaya bahkan mencuba metode ini. 

Perbuatan ini sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah ejakulasi pramatang atau disfungsi ereksi seperti yang digembar-gemburkan di dalam video tersebut.

Malahan juga, bahan yang terdapat di dalam ubat gigi seperti minyak pudina dan bahan kimia lain termasuklah agen peluntur, sebenarnya boleh membuat kulit yang sensitif mengalami iritasi yang ekstrem.

Apabila disapu pada zakar pula, ia mungkin akan membuat kulit pada bahagian sulit anda itu terbakar, melepuh lalu meninggalkan parut.

Tiada lelaki yang mahu perkara ini terjadi…

Apa alternatif yang boleh dilakukan?

hubungan seks

Lupakan ubat gigi. Ia bukan ubat yang boleh membuat anda tahan lama ketika beraksi di ranjang. Sebenarnya, ada beberapa alternatif yang anda boleh lakukan.

Antara yang paling popular dalam kalangan lelaki di seluruh dunia adalah Viagra!

Secara umumnya, Viagra berfungsi dengan mengendurkan pembuluh darah pada zakar di samping melancarkan aliran darah segar daripada jantung menuju zakar.

Semakin deras aliran darah ke zakar, semakin kuat dan besar ereksi yang boleh dialami. Kesan ubat ini biasanya akan mula kelihatan dalam 30-60 minit setelah diambil.

Secara amnya, lelaki yang mengambil ubat ini dapat mengekalkan ereksi sehingga 4-5 jam setelah penggunaannya di samping dipandu oleh rangsangan seksual.

Namun, kesan ubat ini sebenarnya sangat bergantung kepada faktor kondisi kesihatan penggunanya.

kesilapan seks lelaki

Tahap metabolisme tubuh badan lelaki yang mengambil ubat ini mungkin akan mempengaruhi ereksi. Disebabkan itu, tidak semua lelaki dapat merasakan kesan yang sama.

Kebanyakan lelaki melaporkan bahawa kesan pil biru ini biasanya mula menghilang dalam 2-3 jam setelah dos pertama.

Untuk pengetahuan anda, Viagra mungkin tidak menjamin seorang lelaki untuk mengalami ereksi dalam waktu lama.

Pada dasarnya ubat ini hanya digunakan untuk membantu meningkatkan aliran darah menuju zakar. Rangsangan seksual daripada sentuhan mengghairahkan juga penting agar hubungan seks terasa lebih nikmat.

Namun, ia sudah tentu merupakan alternatif yang lebih baik daripada ubat gigi!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Hari-hari Mahu, Patutlah Pasangan Selalu Ajak Buat ‘Projek’, Tak Sangka Ini Manfaatnya!

    Pasangan suami isteri sebenarnya perlu cuba untuk melakukan jimak setiap hari jika mampu. Kenapa? Klik untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    JANGAN Basuh Vagina Dengan Sabun, Ada Cara Yang Lagi Selamat Nak Bersihkan Miss V

    Penjagaan faraj perkara penting perlu dititikberatkan oleh wanita. Adakah anda tahu cara membersihkan miss v yang betul atau anda main buat sahaja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Anda Sudah Hilang Minat Dengan Seks? AWAS, Ia Mungkin Tanda Penyakit Ini!

    Ada individu yang tidak berminat langsung untuk berhubungan intim walaupun bersama pasangan tercinta. Kenapa? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Kenapa Wanita Mengerang Semasa Berhubungan Intim? Ia Bukan Sekadar Tanda Bahagia…

    Adalah normal untuk wanita mengerang semasa berhubungan intim. Pun begitu, pernahkah anda terfikir apa sebab ia berlaku? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    Kerap Ejakulasi Pun Bahaya Buat Lelaki, Lagi-lagi Jika Selalu Pancut Disebabkan Onani

    Kerap Ejakulasi Pun Bahaya Buat Lelaki, Lagi-lagi Jika Selalu Pancut Disebabkan Onani

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    Sudah Lama Tak Sentuh Pasangan? Ini 11 PUNCA UTAMA Buat Anda Hilang Minat Bersetubuh Dengan Si Dia

    Sudah Lama Tak Sentuh Pasangan? Ini 11 PUNCA UTAMA Buat Anda Hilang Minat Bersetubuh Dengan Si Dia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 20, 2020
    Bersediakah Anda Untuk Berasmara Selepas C-Sec? Ada 7 Perkara Perlu WASPADA

    Bersediakah Anda Untuk Berasmara Selepas C-Sec? Ada 7 Perkara Perlu WASPADA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Mei 19, 2020