Simptom HPV

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Human papillomavirus atau HPV adalah biasa dalam kalangan lelaki dan wanita dewasa. Ia adalah satu jangkitan yang bahaya yang boleh membawa kepada komplikasi teruk yang akhirnya menjurus kepada panyakit kanser.

Jadi apakah simptom jangkitan HPV? Artikel di bawah akan memberikan maklumat lanjut.

Apa yang anda tahu tentang HPV?

HPV adalah jangkitan yang berlaku di bahagian berhampiran dan di dalam alat kelamin. Jangkitan ini biasa berlaku bagi individu dewasa sama ada lelaki mahupun wanita. Malah, separuh daripada jumlah individu yang aktif dalam hubungan seks telah dijangkiti dalam masa tertentu dalam kehidupan mereka. Namun mengejutkan apabila ramai antara mereka tidak menyedari tentang jangkitan itu kerana jangkitan ini tidak mempunyai apa-apa simptom khusus yang boleh dilihat.

Simptom untuk jangkitan ini bergantung kepada jenis HPV yang menyebabkan jangkitan. Secara keseluruhannya, terdapat lebih 100 jenis jangkitan dan beberapanya dikenal pasti menyebabkan ketuat (kutil) pada alat kelamin walaupun ketuat itu tidak kelihatan dengan mata kasar.

Tetapi terdapat beberapa jenis HPV yang boleh mengakibatkan kanser serviks dan beberapa kanser lain, tanpa adanya ketuat, kutil atau sebarang simptom lain. Ada juga jenis jangkitan yang akan menyebabkan timbulnya ketuat pada bahagian badan lain seperti tangan atau kaki.

Bahaya HPV

Ramai individu yang mendapat jangkitan HPV pada alat kelamin boleh sembuh dan menyingkirkan jangkitan tanpa sebarang rawatan. Namun, anda perlu berhati-hati kerana jika anda membiarkannya tanpa rawatan yang betul, ia boleh merebak dan menyebabkan keberangkalian untuk mendapat penyakit yang lebih teruk seperti kanser serviks atau dubur.

Simptom HPV

Human papillomavirus muncul dalam membran mukus seperti di kawasan alat kelamin, atau pada kulit. Jika anda mengenal pasti kemunculan ketuat di alat kelamin, itu bermakna anda telah dijangkiti HPV.

Ketuat pada alat kelamin muncul dalam pelbagai bentuk dan warna. Ia boleh menjadi warna merah jambu, warna seakan daging, boleh timbul dalam keadaan rata atau berketul. Ia juga boleh berbentuk seperti bunga kubis. Ketuat yang timbul mungkin satu atau mungkin beberapa ketul dan ia boleh merebak ke serviks, pangkal paha, zakar, skrotum, anus atau paha.

Kenapa boleh dijangkiti HPV?

Kewujudan ketuat pada alat kelamin adalah sukar untuk dijangka, ia boleh muncul seminggu atau mungkin sebulan selepas melakukan hubungan seks dengan pasangan yang dijangkiti HPV. Pasangan anda mungkin tidak mengetahui bahawa mereka dijangkiti HPV atau menjadi punca penyebaran jangkitan ini. Oleh kerana ini, adalah penting untuk anda membuat temu janji di hospital atau klinik dari semasa ke semasa untuk memastikan tubuh anda berfungsi seperti biasa tanpa sebarang komplikasi.

Anda juga mungkin berminat pada topik:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.