Berpandukan hasil penyelidikan dari Hong Kong yang diterbitkan dalam Canadian Medical Association Journal, menghentikan pengambilan alkohol boleh meningkatkan kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan wanita, khususnya kesihatan mental golongan wanita.
Menurut Dr. Michael Ni dari School of Public Health dan The State Key Laboratory of Brain and Cognitive Science, Universiti Hong Kong, telah banyak bukti mengesyorkan agar minuman alkohol diambil secara sederhana, sebagai sebahagian daripada pelan pemakanan yang sihat.
Kajian ini dijalankan oleh Dr. Xiaoxin Yao, Dr. Michael Ni, Dr. Herbert Pang dan rakan-rakan penyelidikan mereka di HKU. Kajian melibatkan seramai 10,386 individu daripada FAMILY Cohort di Hong Kong yang tidak meminum alkohol atau meminum minuman alkohol secara sederhana (14 minuman atau kurang dalam setiap minggu untuk lelaki dan 7 minuman atau kurang setiap minggu untuk wanita) antara tahun 2009 dan 2013. Para penyelidik membandingkan penemuan mereka dengan data daripada ‘Kaji Selidik Epidemiologi Nasional mengenai Alkohol dan Keadaan Berkaitan’, iaitu satu kaji selidik yang mewakili seramai 31,079 individu yang dijalankan oleh Institut Kebangsaan Penyalahgunaan Alkohol dan Alkoholisme Amerika Syarikat.
- Purata umur peserta dalam FAMILY Cohort adalah 49 tahun dan seramai 56% daripada mereka adalah wanita.
- Kira-kira 64% lelaki adalah peserta yang tidak meminum alkohol iaitu bekas peminum alkohol dan yang sedang menahan diri daripada meminum minuman beralkohol.
- Selain itu, hampir 88% wanita daripada kajian tersebut adalah bukan peminum alkohol. Lelaki dan wanita yang tidak meminum alkohol sepanjang hidup mereka mempunyai tahap kesejahteraan mental yang paling tinggi pada permulaan kajian (garis dasar).
- Bagi wanita yang sedang mengambil alkohol secara sederhana dan berhenti meminumnya, amalan berhenti mengambil alkohol tersebut dikaitkan dengan perubahan kesejahteraan mental dalam populasi kajian orang-orang Cina dan Amerika.
Hasil kajian ini amat jelas setelah disesuaikan dengan ciri-ciri sosiodemografi, indeks jisim badan, status merokok, dan faktor lain.
Menurut Dr. Ni, penggunaan alkohol global dijangka terus meningkat kecuali jika terdapat strategi yang berkesan digunakan untuk mengurangkannya. Menurut beliau lagi, penemuan kajian mereka mencadangkan agar mengambil minuman beralkohol secara sederhana, kerana ia boleh meningkatkan kualiti hidup terutama yang berkaitan dengan kesihatan mental. Berhenti meminum alkohol dikaitkan dengan perubahan yang lebih baik dalam kesihatan mental.
Ya, minuman keras ini sememangnya adalah minuman yang berbahaya buat semua individu tanpa mengira jantina, usia dan lain-lain aspek. Namun begitu, ia perlu ditekankan sedikit kepada golongan wanita hamil. Ini kerana minuman keras akan lebih mendatangkan kemudaratan kepada dirinya dan kandungan jika mereka mengambil atau terambilnya secara tidak sengaja.
Kumpulan penyelidik antarabangsa telah mengambil salah satu langkah yang besar dalam mencari perubahan biologi pada otak yang memacu gangguan spektrum alkohol janin atau fetal alcohol spectrum disorder (FASD). Kajian terbaharu yang menggunakan ‘chaos theory’ untuk menganalisis isyarat otak yang diterbitkan dalam jurnal Chaos, telah menunjukkan satu kesan jangka panjang pada kesihatan mental.
Para penyelidik mendapati bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada minuman keras ini semasa berada di dalam rahim, menunjukkan sambungan otak yang diubah, yang konsisten dengan prestasi kognitif terjejas. Penemuan mereka diperoleh dengan mengukur respons dari teknik pengimejan otak yang dipanggil sebagai magnetoencephalography (MEG) dan kemudian menganalisisnya dengan alat yang dibangunkan dengan menggunakan chaos theory. Ini adalah salah satu bukti yang mempengaruhi kesihatan mental kanak-kanak.
Menurut kajian pada tahun 2017, didapati bahawa pengambilan minuman keras per kapita di Malaysia dikatakan antara yang terendah di Asia, pada kadar 1.7 liter per kapita setahun, tidak jauh berbeza dengan Singapura (2.9) dan Indonesia (0.6). Pun begitu, trend dan ramalan semasa menunjukkan peningkatan dalam penggunaan alkohol per kapita global dalam tempoh 10 tahun akan datang, terutamanya dalam kawasan Asia Tenggara dan Pasifik Barat serta Wilayah Amerika. Tanpa pendidikan dan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan minuman keras ini, ia juga bakal menyaksikan peningkatan kesan penyalahgunaan yang tidak diingini.
Pendek kata, langkah yang lebih kreatif dan efektif perlu diambil bagi menyelamatkan lebih banyak nyawa serta memberikan masa depan yang lebih cerah dan sihat kepada generasi akan datang.
Baca juga:
- Buncit Arak: Bagaimana Alkohol Membawa Kepada Perut Buncit
- Kira Kandungan Alkohol dalam Darah Anda (BAC)
- Mengatasi Keinginan Terhadap Alkohol