Buli Tingkatkan Risiko Kesihatan Mental dan Pengangguran

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019

Mangsa buli di sekolah terutama di sekolah menengah meningkatkan peluang untuk mengalami masalah kesihatan mental secara mendadak dan pengangguran di kemudian hari.

Penyelidikan baharu yang diketuai oleh pasukan penyelidik dari Lancaster University Management School telah mendedahkan akibat-akibat yang amat berat selama satu dekad untuk murid-murid yang mengalami pembulian. Mereka yang menjadi mangsa keganasan berterusan mengalami akibat yang paling teruk.

Buli meningkatkan peratusan risiko kesihatan mental

Dr. Emma Gorman dan Profesor Ian Walker dari Jabatan Ekonomi, Lancaster University, bersama rakan penyelidikan Silvia Mendolia, dari University of Wollongong, dan Colm Harmon dan Anita Staneva, dari University of Sydney, mendapati aktiviti buli di sekolah telah meningkatkan tahap masalah kesihatan mental pada usia 25 tahun hingga 40%. Ia juga meningkatkan kebarangkalian menganggur pada usia 25 dengan kira-kira 35%; dan bagi mereka yang bekerja, ia mengurangkan pendapatan mereka sekitar 2%.

Dr. Emma Gorman berkata, kejadian pembulian semakin meluas di sekolah, dan banyak kajian mencatatkan hubungan negatif antara buli dan hasil pendidikan. Buli juga merupakan isu dasar yang penting kerana kebimbangan kejadian pembulian terhadap hasil pendidikan, mangsa yang dibuli berpotensi mendapat impak yang negatif terhadap kehidupan mereka dalam jangka masa panjang, seperti keyakinan diri yang rendah, keadaan kesihatan mental dan prospek kerja yang lebih lemah.

Menurut beliau lagi, penyelidikan mereka menunjukkan bahawa mangsa yang dibuli mempunyai kesan negatif terhadap hasil jangka panjang yang penting, terutamanya pengangguran, pendapatan dan kesihatan. Mangsa yang dibuli akan mendapat kesan buruk terhadap kehidupan bukan hanya dalam jangka masa pendek, tetapi selama bertahun-tahun. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa pendekatan yang lebih bersasar diperlukan untuk mengurangkan bentuk buli yang paling ekstrem.

Kaedah penyelidikan

Penyelidikan yang dibentangkan di persidangan tahunan Royal Economic Society di University of Warwick telah menganalisis data sulit bagi lebih daripada 7,000 orang murid sekolah yang berusia 14-16 tahun daripada Longitudinal Study of Young People in England.

Kira-kira separuh daripada murid yang terlibat, yang ditemuramah secara berkala sehingga mereka berusia 21 tahun, dan sekali lagi pada usia 25 tahun, dilaporkan mengalami beberapa kejadian buli antara umur 14 dan 16 tahun. Maklumat tersebut yang dilaporkan oleh kedua-dua anak dan ibu bapa, merekodkan kekerapan kanak-kanak dibuli, dan jenis pembulian yang mereka alami.

Contoh-contoh buli dalam penyelidikan tersebut termasuklah dipanggil nama; dikecualikan daripada kumpulan sosial; diancam dengan keganasan; dan mengalami keganasan. Akibatnya di kemudian hari, penyelidikan telah menunjukkan bahawa buli menjejaskan pencapaian akademik mangsa buli semasa mereka berada di sekolah, dan seterusnya ke pendidikan lebih lanjut dan lebih tinggi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

    Anak-anak mudah menjadi bosan dan hilang fokus dalam pembelajaran. Oleh itu, apa kata gunakan kaedah pembelajaran online untuk tarik minat pelajar sekolah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Hari Keluarga Antarabangsa: Ini 7 Sebab Mengapa Perlu Luang Masa Dengan Famili, No 4 Paling Penting

    Masa bersama keluarga merupakan salah satu aspek penting dalam mengecapi kebahagiaan pasangan dan anak. Ia boleh mempengaruhi perkembangan psikologi mereka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

    Suntikan vaksin melindungi anda daripada penyakit yang boleh membawa maut. Ketahui 10 jenis vaksin bayi dan orang dewasa yang boleh anda ambil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Alami Burnout Sewaktu Bertugas? Ikuti 7 Tip Ini Untuk Bantu Anda Kurangkannya

    Bagi petugas barisan hadapan dan mereka yang kerja lebih masa, mereka lebih berisiko mengalami sindrom burnout. Jangan risau, ikuti 7 tip untuk mengatasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    kawan imaginasi

    Normalkah Jika Anak Berimaginasi Ada Teman Bermain? Ini Pandangan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/06/2020
    hubungan sosial

    Tak Perlu Jumpa Orang, TV Dah Cukup Untuk Bersosial-Kajian, Ini Cara Baru Tingkat Kesihatan Mental!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/06/2020
    cara-meningkatkan-kecerdasan-otak

    Bukan Saja Badan, Otak Pun PENTING Untuk Dijaga. Bagaimana? Ini Caranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/06/2020
    vaksin anak

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020