backup og meta

Bagaimana kita harus menangani masalah kesihatan mental dengan lebih efektif

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 15/11/2019

    Bagaimana kita harus menangani masalah kesihatan mental dengan lebih efektif

    Pada masa kini, sudah biasa kita mendengar semakin ramai orang mengalami masalah kesihatan mental dan gangguan otak. Bunuh diri dan kemurungan menyebabkan ramai yang menjadi mangsa walaupun secara zahir, mereka kelihatan ‘sihat’, ini dapat dilihat menerusi beberapa kes bunuh diri berprofil tinggi dilaporkan pada tahun 2018. Manakala di peringkat global, terdapat satu bilion orang mengalami gangguan keresahan.

    Angka ini tidak berakhir di situ sahaja kerana lebih 300 juta orang menderita masalah kemurungan, 60 juta orang bergelut dengan gangguan bipolar dan kira-kira 21 juta orang pula hidup dengan skizofrenia atau keadaan psikosis kronik yang lain. Ini ditambah pula dengan demensia, di mana semakin ramai didiagnosis dengan keadaan tersebut.

    Keadaan biologi bagi gangguan-gangguan mental yang dinyatakan di atas adalah sangat rumit. Walaupun bidang kajian sains neuro telah menunjukkan kemajuan, namun perkembangannya dalam kalangan masyarakat masih lagi terhad kerana kurangnya pelaburan daripada sektor awam dan swasta berbanding pelaburan bagi penyakit lain yang kerap dialami oleh masyarakat.

    Sementara itu, penilaian bagi gangguan kesihatan mental kadangkala tidak tepat, stigma sosial dan kurangnya bilangan kakitangan terlatih dalam menangani masalah kesihatan mental secara lebih efektif. Bagi mengatasi cabaran ini, kita memerlukan koordinasi dan kolaborasi yang sewajarnya untuk menggalakkan inovasi dan pada masa sama menunjukkan perkembangan positif bagi epidemik ini.

    Tahun ini kesihatan mental menjadi antara agenda penting dalam perbincangan mengenai kesihatan awam di Perjumpaan Tahunan Forum Ekonomi Dunia 2019. Menerusi taklimat pra-persidangan yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia, masalah kesihatan mental harus ditangani menerusi tiga kaedah utama berikut:

    Pembiayaan

    Mekanisma pembiayaan yang inovatif boleh menarik lebih banyak pelaburan. Dengan adanya pembiayaan sebegini di peringkat global, komuniti kesihatan mental dapat bekerjasama secara kolektif merentasi sempadan dan disiplin kesihatan lain untuk membina platform yang komprehensif demi mempercepatkan perkongsian data, kepakaran dan infrastruktur sekaligus dapat menguruskan masa, kos serta risiko dengan eifisien dalam penghasilan dan penilaian sesuatu rawatan.

    Kerjasama baru antara sektor awam-swasta untuk mendepani sains neuro

    Satu pendekatan yang lebih menyeluruh dengan kombinasi penilaian risiko penyakit, diagnosis awal dan pencegahan penyakit dengan intervensi rawatan sokongan sangat diperlukan ketika ini. Pendekatan baru yang menggunapakai dataraya (big data) dan bukti kajian nyata (real-world evidence) dapat menambah baik rekabentuk percubaan klinikal, penciptaan ubat-ubatan baru dan dapat lebih memahami bagaimana otak mengawalselia perjalanan neuron. Sains dan teknologi menawarkan kita peluang yang sangat luas dalam bidang ini.

    Mengubah naratif dan dialog mengenai kesihatan mental

    Stigma berterusan terhadap gangguan kesihatan mental dapat menghalang rawatan yang harus diberikan kepada mereka yang memerlukannya dan kurangnya kesedaran masyarakat mengenai kesihatan mental sebagai salah satu isu penting bagi sektor kesihatan awam turut sama menjadi penghalang dalam meningkatkan kualiti kesihatan mental. Inisiatif anti-stigma yang menggalakkan keterbukaan masyarakat dan sokongan yang lebih baik terhadap mereka yang menderita akibat gangguan kesihatan mental, adalah sangat diperlukan ketika ini.  

    Dunia menawarkan peluang yang sangat luas untuk kita memanfaatkan kemajuan dalam sains dan teknologi masa kini yang menawarkan inovasi yang ‘game-changing’ dalam pencegahan, rawatan dan penjagaan kesihatan mental. Diharapkan masyarakat dunia tanpa mengira pemegang taruh sama ada dalam komuniti kesihatan atau sektor lain, dapat bekerjasama dalam memberi revolusi bagaimana kita harus memikirkan, mengkaji dan melihat pendekatan yang lebih efektif mengenai solusi terbaik agar kita boleh merubah keadaan semasa kesihatan mental di seluruh dunia.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    *Artikel ini pertama kali disiarkan di Forum Ekonomi Dunia

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 15/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan