backup og meta

Apakah Penyebabnya Serangan Panik?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/12/2019

    Apakah Penyebabnya Serangan Panik?

    Pernahkah anda berdepan situasi diserang ketakutan secara tiba-tiba untuk tempoh beberapa minit? Dalam situasi tersebut, jantung anda berdegup pantas, sukar bernafas atau tidak mampu berfikir tentang apa-apa. Jika jawapannya adalah ya, anda mungkin mengalami serangan panik. Mari kita ketahui apakah penyebabnya.

    Apakah serangan panik?

    Serangan panik adalah perkara biasa. Ketika makan, melakukan tugasan rumah, anda mungkin diserang ketakutan yang luar biasa. Anda berpeluh, jantung mula berdegup kencang, gementar, merasa ketegangan pada otot. Anda risau anda mungkin mengalami masalah kesihatan, seperti jantung atau serangan angin ahmar. Keadaan ini berlangsung selama 10-30 minit. Dan simptom ini hilang selepas beberapa jam.

    Tidak kira sama ada anda mempunyai keadaan fizikal yang lemah atau kuat, serangan ini boleh berlaku pada bila-bila masa, tanpa dapat diramal. Ketika mengalami situasi ini, anda mungkin tidak dapat ke sekolah, tidak mampu bekerja seperti kebiasaan kerana takut mendapat serangan lain. Jika tingkah laku anda berubah disebabkan oleh serangan panik, anda mungkin mengalami gangguan panik.

    Apa yang menyebabkan berlakunya serangan ini?

    Walaupun punca sebenar serangan panik tidak dapat dikenal pasti. Faktor-faktor berikut boleh menjadi punca kepada peningkatan risiko serangan:

    • Sejarah keluarga. Jika ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara; pernah alami serangan panik, anda juga berkemungkinan untuk mengalaminya
    • Jika anda menderita kematian individu yang anda sayangi, ahli keluarga, rakan rapat, anda mungkin mengalaminya.
    • Jika anda mempunyai masalah kesihatan yang serius seperti kanser, HIV/AIDS, diabetes, anda berisiko mengalaminya.
    • Jika hidup anda berubah, disebabkan penceraian, pertambahan anak setelah sekian lama menunggu.
    • Minum terlalu banyak kopi atau merokok terlalu kuat. Kedua-duanya boleh mendatangkan impak buruk kepada kesihatan mental anda.
    • Pernah mengalami penderaan seksual, penderaan fizikal. Ia turut membuatkan anda berisiko untuk mengalaminya.

    Reaksi semula jadi anda terhadap bahaya boleh menjadi sebahagian daripada serangan panik. Walau bagaimanapun, sebab berlakunya serangan apabila tiada bahaya yang berlaku, tidak diketahui.

    Serangan panik bukanlah satu masalah yang mengancam nyawa. Walau bagaimanapun, ia boleh menjejaskan kualiti hidup anda dan anda tidak dapat meneruskan kehidupan secara normal. Walaupun punca sebenar tidak dapat dikenal pasti, faktor risikonya telah diketahui. Anda boleh melindungi diri dengan mengurangan potensi risiko.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan