Apa Itu Amnesia Disosiatif?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan

Amnesia disosiatif, dipercayai sebagai gangguan ingatan yang berlaku apabila seseorang individu tidak mampu mengingati episod ingatan secara tiba-tiba, setelah sekian lama tidak menghadapi masalah ini. Ia berkaitan ketidakupayaan individu untuk mengingati maklumat peribadi penting, yang kebiasaannya tidak mudah untuk dilupakan. Ia berlaku mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor, tetapi kebiasaannya berlaku kerana peristiwa traumatik pada masa lalu. Masalah kesihatan ini diklasifikasikan sebagai gangguan psikologi bukan organik, dan rawatannya melibatkan penemuan punya penyebab amnesia dan menggunakan ubatan tertentu.

Punca

Amnesia disosiatif dikaitkan dengan tekanan yang berlebihan, mungkin disebabkan peristiwa traumatik – seperti peperangan, penderaan, kemalangan atau bencana – yang dilalui atau disaksikan oleh individu. Ia juga boleh disebabkan oleh konflik dalaman yang luar biasa – seperti kekacauan atas dorongan rasa bersalah, masalah peribadi yang tidak dapat ditangani dan tingkah laku jenayah.

Simptom

Simptom umum untuk gangguan ingatan adalah individu yang mengalami amnesia disosiatif akan tidak dapat mengingati maklumat peribadi tentang diri sendiri, ini disebabkan tahap kesedaran diri merosot yang mengakibatkan mereka sukar mengingati walaupun maklumat ringkas tentang diri, seperti pengenalan diri. Sesetengah individu yang berdepan isu ini akan berasa kecewa, tetapi terdapat juga individu yang tidak mengambil kisah tentang apa yang dihadapi. Individu yang mempunyai amnesia juga kerap berdepan isu tertentu dan sukar mengekalkan sesuatu perhubungan.

Diagnosis

Jika pesakit mula menunjukkan sebarang simptom berkaitan masalah kesihatan ini, doktor akan memulakan penilaian lengkap dengan memeriksa sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal. Doktor mungkin akan melakukan pelbagai ujian diagnostik, seperti neuroimaging, electroencephalograms (EEG), ujian darah untuk menyingkirkan sebarang penyakit neurolohgi atau sebarang kesan daripada ubatan atau masalah perubatan lain yang mungkin menyebabkan wujudnya simptom. Jika tidak terdapat sebarang penyakit fizikal yang dikesan, pesakit mungkin akan dihantar untuk berjumpa dengan pakar psikiatri atau ahli psikologi terlatih secara profesional dan menggunakan temubual khas untuk menentukan sama ada pesakit tersebut mempunyai hubung kait dengan amnesia disosiatif.

Rawatan

Rawatan kebiasaannya melibatkan kaedah untuk dapat mengenal pasti apakah peristiwa traumatik yang mencetuskan amnesia. Untuk memulihkan keadaan ini, persekitaran yang dapat memberikan sokongan amat diperlukan dan dari masa ke masa, pakar perlu menjalankan hipnosis atau keadaan hipnosis di bawah penggunaan dadah tertentu. Walau bagaimanapun, maklumat yang diperolehi daripada pesakit yang dibawah pengaruh dadah atau hipnosis mungkin diputarbelitkan dan bercampur dengan fantasi; jadi ia tidak dianggap sebagai satu kaedah saintifik untuk dapat mengumpul maklumat yang tepat tentang kejadian masa lalu.

Pencegahan

Walaupun agak mustahil untuk mencegah amnesia disosiatif, tetapi ia mungkin dapat membantu dengan memulakan rawatan awal apabila mula munculnya simptom tertentu. Mengatasi sebarang isu selepas berlakunya sesuatu peristiwa traumatik atau pengalaman yang mengejutkan emosi dapat membantu mengurangkan kemungkinan gangguan disosiatif.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Penyakit Mental dan Warga Emas

    Lebih daripada 20% orang dewasa yang berumur 65 tahun telah didiagnosis dengan keadaan mental yang memerlukan rawatan. Ini termasuk demensia, kemurungan, dan kebimbangan. Dalam keadaan rawatan di rumah, lebih daripada ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 21/06/2018 . 2 minit bacaan

    Demensia

    Apa itu demensia? Demensia atau nyanyuk adalah simptom-simptom yang menunjukkan kemerosotan atau kehilangan cara berfikir, memori, dan kebolehan mental yang lain (fungsi kognitif seperti membuat keputusan, pemikiran ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 21/06/2018 . 2 minit bacaan

    Kolina

    KegunaanApakah kegunaan Kolina? Kolina digunakan untuk: Penyakit hati, termasuk hepatitis kronik dan cirrhosis. Kemurungan. Hilang ingatan. Penyakit Alzheimer dan Demensia . Korea Huntington. Penyakit Tourette. Ataksia ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa
    Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z, Herba A-Z 18/05/2018 . 1 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    menjaga-pasangan-dengan-masalah-nyanyuk

    Bagaimana Menjaga Pasangan Dengan Masalah Nyanyuk?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/01/2020 . 5 minit bacaan
    tahap demensia

    Tahap Demensia Yang Perlu Anda Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/03/2019 . 4 minit bacaan
    need-know-alzheimers-seniors

    Alzheimer dalam Kalangan Warga Tua, Apa yang Anda Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 04/03/2019 . 2 minit bacaan

    Risiko Alzheimer Akibat Gangguan Hati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 27/07/2018 . 2 minit bacaan