backup og meta

Tip Mencukur Bulu Ketiak Paling Mudah Untuk Orang Lelaki

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/04/2021

    Tip Mencukur Bulu Ketiak Paling Mudah Untuk Orang Lelaki

    Zaman sekarang, sudah menjadi satu trend untuk seorang lelaki menyimpan misai dan jambang. Barulah nampak kelihatan segak, kacak dan macho! Pun begitu, bagaimana pula dengan bulu ketiak? Adakah bulu yang terkeluar daripada landasan di bawah lengan itu akan membuat lelaki menyerlahkan kelelakiannya? Sebenarnya, ada sebab lelaki perlu cukur bulu ketiak! 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkan di sini.

    Kajian terhadap 4,044 lelaki

    Menurut kajian yang pernah djalankan serta diterbitkan oleh laman sesawang Men’s Health terhadap 4,044 individu lelaki, 68% daripada jumlah tersebut mengatakan bahawa mereka akan mencukur bulu ketiak mereka secara berkala. Manakala 52% daripadanya menyatakan ia bertujuan untuk nilai estetik dan 16% menyatakan ia bertujuan untuk nilai atletik.

    Jadi, kajian ini menunjukkan bahawa 1 daripada 10 lelaki yang dikaji itu tidak pernah langsung mencukur bulu bawah lengan mereka. Ini adalah sesuatu yang tidak pelik namun perlu diubah seiring dengan peredaran zaman. 

    Menurut Daniel Lieberman yang merupakan seorang profesor evolusi biologi manusia di Harvard University, bulu bawah lengan pernah digunakan sebagai senjata lelaki untuk menarik perhatian kaum wanita suatu masa dahulu. 

    Ini kerana ketiak kita mempunyai kelenjar apokrin, yang menghasilkan peluh. Ia terdiri daripada steroid, lipid, protein dan bahan kimia lain yang akan menghasilkan aroma yang unik untuk menarik perhatian kaum hawa. Namun, perkara ini sudah tidak relevan masa kini.

    Mengapa lelaki perlu cukur bulu ketiak

    cukur bulu ketiak

    Hakikatnya, anda masih boleh menyimpan bulu ketiak dan menjadi ‘lelaki’ selagi ia tidak kelihatan menjalar keluar semasa anda mengangkat lengan apabila tidak memakai baju.

    Jika anda mempunyai rambut yang kerinting, bulu ketiak anda tidak seharusnya dibiarkan sehingga membentuk semak yang sangat dahsyat apabila lengan anda diangkat.

    Bulu ketiak anda tidak boleh dibiarkan dengan lama sehingga ia mengusut dan bersimpul. Perkara yang paling penting, jangan biarkan ketiak anda berbau busuk. Jika bulu ketiak anda melanggar mana-mana peraturan ini, mencukurnya adalah jalan terbaik!

    Tip mencukur bulu ketiak yang paling berkesan

    Zaman sekarang, bulu ketiak lelaki bukan lagi faktor penarik buat wanita. Banyak lagi faktor lain yang akan membuatkan wanita tertarik kepada individu lelaki, dan tentunya ciri-ciri ini berbeza bagi setiap wanita.

    Berbalik kepada topik asal, lelaki dengan bulu ketiak yang terlalu panjang dan tebal akan mengakibatkan bau peluh menjadi lebih kuat. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menjadi tempat bakteria membiak. Jadi, sila cukur dengan segera sebelum jadi hutan hujan tropika!

    Ini tip trim bulu ketiak untuk para lelaki:

    #1. Sental ketiak sebelum bercukur

    Sebelum bercukur, pastikan anda sental bawah lengan anda dengan skrub. Ini bertujuan membuang sel kulit mati dan bakteria yang terdapat pada bawah lengan. Dengan ini, bulu di kawasan tersebut akan lebih mudah dicukur tanpa iritasi yang melampau.

    #2. Cukur di bawah pancuran air

    cukur bulu ketiak

    Tidak salah untuk mencukur bulu bawah lengan dalam keadaan yang kering. Akan tetapi, pakar lebih menyarankan anda untuk mencukurnya di bawah pancuran air untuk melancarkan lagi proses dan mengurangkan risiko iritasi akibat bulu tertarik atau tercabut secara kasar.

    #3. Cukur perlahan dengan mata pisau yang tajam

    Tidak perlu tergesa-gesa. Untuk mengelakkan iritasi pada kulit bawah lengan, cukurnya dengan perlahan dengan mata pisau yang tajam. Untuk pengetahuan anda, bulu ketiak tumbuh secara merata. Maka, cukur ia dengan pergerakan yang bervariasi juga.

    #4. Guna balsam selepas bercukur

    Selepas bercukur, anda boleh sapu balsam. Cuma, pastikan ia bukan berasal dari alkohol kerana kulit bawah lengan adalah sensitif. Tunggu sehingga dua ke tiga minit sebelum anda sapu deodoran.

    Konklusinya, sila cukur bulu ketiak anda

    Kesimpulannya, bulu di bawah lengan lelaki tidak lagi relevan untuk menarik perhatian wanita. Jadi, jika anda sangat malas mencukurnya sehingga ia terkeluar dari landasan, ketahuilah bahawa ia tidak macho! Jadi, sila cukur bulu ketiak anda sebelum jadi hutan hujan tropika, okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/04/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan