home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kajian Buktikan Lelaki Lebih Kacak Selepas Berkahwin, Patutlah Ramai Nak Caras, Ini Penjelasannya!

Kajian Buktikan Lelaki Lebih Kacak Selepas Berkahwin, Patutlah Ramai Nak Caras, Ini Penjelasannya!

“Eh, handsome kau sekarang, ada buat pembedahan plastik ke ni?”, seloroh Nurul kepada kawan lelaki di tempat belajarnya dulu, Faizal yang sudah lama tidak berjumpa.

Apa yang lebih menghairankan, Faizal sebenarnya sudah beberapa tahun berkahwin.

Perbualan ini sebenarnya sedikit sebanyak memberi gambaran yang menyetujui kenyataan di mana lelaki kacak selepas berkahwin.

Persoalannya, benarkah penyataan ini?

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Lelaki di sini.

Lelaki kacak selepas berkahwin?

Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Journal of Experimental Social Psychology, didapati bahawa 90 peratus wanita bujang adalah lebih berminat kepada lelaki yang mereka percaya sudah berkahwin!

Kepercayaan mengenai seri selepas berkahwin sebenarnya mungkin ada kebenarannya.

Ini kerana kita sering sahaja disajikan dengan cerita atau gosip di mana seorang wanita mempunyai hubungan sulit dengan suami orang lain, bukan?

Perkara ini bukan hanya berlaku dalam drama swasta di televisyen atau internet, ia memang terjadi dalam kehidupan manusia.

Seri ini sebenarnya mungkin bukan sahaja melibatkan rupa semata-mata, malahan juga wang ringgit dan harta.

Ini kerana lelaki selalunya berkahwin pada usia sekitar 30-an ke 40-an, dan ketika ini lelaki kebiasaannya sudah stabil dari segi ekonomi dan mampu untuk menanggung diri dan pasangannya.

Lihat sahaja dalam media massa atau media sosial, sudah sangat banyak kes penceraian yang melibatkan orang ketiga ini.

lelaki

Dalam pada itu, kes seperti ini banyak melibatkan lelaki yang sudah berkahwin berbanding wanita.

Dari segi logik, memang tidak masuk akal seorang wanita itu mahu menjerut leher sendiri dengan bercinta dengan suami orang bukan?

Sebenarnya, ada penjelasan saintifik yang mendalanginya.

Lelaki yang sudah berkahwin mungkin akan lebih menarik bagi sebahagian wanita ekoran proses biologi yang dikenali sebagai mate-choice copying.

Ini angkara mate-choice copying!

Proses biologi ini sebenarnya bukan hanya wujud dalam diri manusia, malahan juga setiap spesies yang ada di muka bumi.

Proses ini akan terjadi apabila seekor betina daripada sebarang spesies tertarik kepada jantan daripada kalangan spesiesnya apabila si jantan itu sudah mempunyai pasangannya sendiri.

Mungkin bagi haiwan, proses biologi ini mungkin tidak akan berapa memberikan kesan yang terlalu mendalam.

Paling teruk pun, akan berlaku pergaduhan atau perebutan pasangan yang bagi mereka memang merupakan asas kehidupan mereka.

Namun bagaimana pula halnya jika ini terjadi kepada manusia?

Manusia adalah spesies yang mempunyai peradaban paling sempurna di muka bumi ini.

Kita ada akal dan perasaan.

Oleh itu, keperluan untuk kita memiliki pasangan bukan sahaja didasari oleh nafsu semata-mata, malahan juga rasa cinta dan kasih sayang.

Disebabkan itu, istilah merampas pasangan ini tidak harus wujud dalam diri seorang manusia.

lelaki

Pun begitu, ia masih lagi terjadi.

Ini kerana kadangkala kita akan bertindak di luar kawalan.

Ini yang akan terjadi apabila aspek emosi mula membatasi fungsi otak.

Akibatnya, anda mungkin tidak mampu mengawal tingkah laku anda lagi dan ia akan menjadi salah satu sebab mengapa ada wanita akan tertarik kepada lelaki yang sudah berkahwin.

Wanita, sila jaga lelaki kacak milik anda itu ya.

Jadi, wanita yang sudah berkahwin perlu lebih berhati-hati, ya?

Mungkin anda tidak perlu sampai mengawal dan mengongkong suami anda terlalu ketat.

Cukup untuk membuatkan dia tahu bahawa anda seorang sahaja sudah cukup untuk menyayangi dirinya.

Ya, mungkin benar Faizal telah menjadi lebih tampan apabila sudah berkahwin.

Namun, dia juga perlu tahu bahawa ketampanannya itu tidak boleh digunakan sebagai senjata untuk memikat gadis di luar sana yang mungkin agak terganggu proses biologinya.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.health.harvard.edu/mens-health/marriage-and-mens-health
  2. https://www.voicesofyouth.org/blog/why-we-love-married-men
  3. https://www.rand.org/pubs/research_briefs/RB5018.html
  4. https://ifstudies.org/ifs-admin/resources/men-and-marriage-research-brief.pdf
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 24/02/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
x