Ada Sebab Lelaki Perlu Cukur Bulu Ketiak, Pakar

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Zaman sekarang, sudah jadi trend untuk lelaki simpan misai dan jambang. Baru lah nampak macho gitu! Tapi, bagaimana pula dengan bulu ketiak? Macho sangat ke kalau bulu tu terkeluar daripada landasan? Sebenarnya, ada sebab lelaki perlu cukur bulu pada bawah lengan!

Kajian terhadap 4,044 lelaki

Menurut kajian yang djalankan oleh laman sesawang Men’s Health terhadap 4,044 individu lelaki, 68 peratus daripada jumlah tersebut mengatakan bahawa mereka akan mencukur bulu ketiak mereka secara berkala. 52 peratus daripadanya menyatakan ia bertujuan untuk nilai estetik dan 16 peratus menyatakan ia bertujuan untuk nilai atletik.

Jadi, kajian ini menunjukkan bahawa 1 daripada 10 lelaki yang dikaji itu tidak pernah langsung mencukur bulu bawah lengan mereka. Ini adalah sesuatu yang tidak pelik namun perlu diubah seiring dengan peredaran zaman. 

Menurut Daniel Lieberman yang merupakan seorang profesor evolusi biologi manusia di Harvard University, bulu bawah lengan digunakan sebagai senjata lelaki untuk menarik perhatian kaum wanita suatu masa dahulu. 

Ini kerana ketiak kita mempunyai kelenjar apokrin, yang menghasilkan peluh. Ia terdiri daripada steroid, lipid, protein dan bahan kimia lain yang akan menghasilkan aroma yang unik untuk menarik perhatian kaum hawa. Namun, perkara ini sudah tidak relevan masa kini.

ketiak

Tip mencukur bulu ketiak

Zaman sekarang, bulu ketiak lelaki bukan lagi faktor penarik buat wanita. Banyak lagi faktor lain yang akan membuatkan wanita tertarik kepada individu lelaki, dan tentunya ciri-ciri ini berbeza bagi setiap wanita.

Berbalik kepada topik asal, lelaki dengan bulu ketiak yang terlalu panjang dan tebal akan mengakibatkan bau peluh menjadi lebih kuat. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menjadi tempat bakteria membiak. Jadi, sila cukur dengan segera sebelum jadi hutan hujan tropika!

Ini tip trim bulu ketiak untuk para lelaki:

  • Sental ketiak sebelum bercukur

Sebelum bercukur, pastikan anda sental bawah lengan anda dengan skrub. Ini bertujuan membuang sel kulit mati dan bakteria yang terdapat pada bawah lengan. Dengan ini, bulu di kawasan tersebut akan lebih mudah dicukur tanpa iritasi yang melampau.

  • Cukur di bawah pancuran air

Tidak salah untuk mencukur bulu bawah lengan dalam keadaan yang kering. Akan tetapi, pakar lebih menyarankan anda untuk mencukurnya di bawah pancuran air untuk melancarkan lagi proses dan mengurangkan risiko iritasi akibat bulu tertarik atau tercabut secara kasar.

  • Cukur perlahan dengan mata pisau yang tajam

Tidak perlu tergesa-gesa. Untuk mengelakkan iritasi pada kulit bawah lengan, cukurnya dengan perlahan dengan mata pisau yang tajam. Untuk pengetahuan anda, bulu ketiak tumbuh secara merata. Maka, cukur ia dengan pergerakan yang bervariasi juga.

  • Guna balsam selepas bercukur

Selepas bercukur, anda boleh sapu balsam. Cuma, pastikan ia bukan berasal dari alkohol kerana kulit bawah lengan adalah sensitif. Tunggu sehingga dua ke tiga minit sebelum anda sapu deodoran.

Konklusi

Kesimpulannya, bulu ketiak lelaki tidak lagi relevan untuk menarik perhatian wanita. Jadi, jika anda sangat malas mencukurnya sehingga ia keluar dari landasan, ketahuilah bahawa ia tidak macho! Jadi, cukur lah bulu bawah lengan anda sebelum jadi hutan hujan tropika, okay?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut