Boxer VS Seluar Dalam – Yang Mana Lebih Bagus Untuk Dapatkan Sperma Berkualiti?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 23/04/2020

Bagi seorang lelaki, pemilihan pakaian bukanlah sesuatu yang begitu sukar.

Dengan kemeja T dan seluar jeans, anda sudah boleh keluar rumah dengan penuh tampan dan yakin.

Namun, bagaimana pula dengan pakaian dalam? Adakah boxer atau seluar dalam akan menjadi pilihan hati sang jejaka?

Nanti, jangan buat keputusan lagi. Baca artikel ini terlebih dahulu!

Pakaian dalam lelaki punca ketidaksuburan?

masalah ketidaksuburan

Apabila pasangan suami isteri itu didiagnosis sebagai tidak subur, kesalahan selalu diletakkan pada wanita.

Pun begitu, ketahuilah bahawa lelaki juga tidak boleh terlepas begitu sahaja!

Menurut statistik yang diterbitkan dalam laman sesawang WebMD, sekitar 35 hingga 40 peratus kes pasangan suami isteri tidak subur adalah disebabkan oleh masalah lelaki. Terkejut?

Punca utama lelaki mengalami masalah ketidaksuburan ini adalah disebabkan oleh kuantiti dan kualiti sperma yang tidak normal dalam air mani.

Berikut merupakan beberapa faktor yang boleh menjejaskan sperma lelaki:

  • Pengambilan antibiotik tertentu
  • Pengambilan narkotik seperti kokain, speed dan lain-lain
  • Tidak melakukan aktiviti seksual dalam masa yang agak lama
  • Jangkitan yang tidak dirawat (STD dan sebagainya)
  • Demam
  • Stres
  • Varikosel
  • Terdedah kepada DES semasa berada di dalam rahim ibu
  • Terdedah kepada radiasi
  • Sedang menjalani rawatan kemoterapi
  • Kekurangan hormon testosteron

Selain itu, ada satu mitos yang mengatakan masalah ketidaksuburan ini ada kaitannya dengan pakaian dalam lelaki. Benarkah begitu?

Jawapannya, mungkin ya. Teruskan pembacaan anda.

Suhu testis memainkan peranan penting!

testis

Ramai yang kata memakai pakaian dalam adalah tidak bagus untuk lelaki kerana ia akan mengakibatkan testis mengalami tekanan.

Sebenarnya, bukan begitu. ia adalah berkaitan dengan suhu.

Suhu testis yang lebih rendah berbanding suhu tubuh badan adalah sangat diperlukan untuk menghasilkan sperma yang berkuantiti lagi berkualiti.

Dalam erti kata yang lebih mudah, pemakaian boxer atau seluar dalam akan menyebabkan suhu testis menjadi lebih panas.

Akibatnya, kualiti dan kuantiti sperma akan terjejas.

“Inilah sebabnya mengapa testis berada di luar tubuh badan. Ia memerlukan suhu yang tidak terlalu panas untuk penghasilan sperma yang terbaik”, jelas Celia E. Dominguez yang merupakan pakar endokrinologi.

Jadi, pemilihan pakaian dalam boleh jadi punca ketidaksuburan lelaki.

Namun, ia juga adalah penting untuk keselesaan seorang lelaki.

Jika diberi pilihan antara boxer dan seluar dalam, yang mana lebih bagus untuk kualiti dan kuantiti sperma?

Jadi, boxer atau seluar dalam?

boxer atau seluar dalam

Menurut kajian terkini yang diterbitkan dalam jurnal Human Reproduction, lelaki yang memakai boxer mempunyai kiraan sperma yang lebih banyak berbanding lelaki yang memakai seluar dalam!

Selain itu, dikatakan juga bahawa pemakai boxer mempunyai kadar follicle-stimulating hormone (FSH) yang lebih rendah berbanding pemakai seluar dalam – ia menunjukkan boxer adalah lebih baik.

Jika diberi pilihan antara boxer dan seluar dalam, ternyatalah bahawa boxer lebih baik.

Namun, ia tidak bermaksud memakai boxer akan menjadikan anda sebagai lelaki yang subur secara automatik.

Ini kerana terdapat banyak lagi faktor yang akan mempengaruhi kesuburan anda seperti yang telah dirungkai di atas.

Sebagai tambahan, ketahuilah bahawa perbuatan mandi air panas juga akan memberi kesan yang negatif.

Sekiranya anda sangat gemar mandi air panas tidak kira dalam jakuzi, tab, kolam ataupun pancuran, mohon segera kurangkannya.

Sebabnya adalah suhu yang terlalu panas boleh menjejaskan sperma lelaki.

Inginkan sperma sihat? Jalani hidup sihat!

Kesimpulannya, boxer mungkin lebih baik berbanding seluar dalam.

Namun, tidak memakai apa-apa pakaian dalam juga sudah semestinya pilihan yang lebih bijak.

Mungkin kalian boleh mempraktikkannya ketika tidur?

Artikel berkaitan:

6 Manfaat Tidur Bogel Yang Anda MESTI Tahu & Buat!

Selain itu juga, sperma yang sihat juga pasti datangnya dari gaya hidup yang sihat.

Oleh itu, berhenti merokok, kurangkan minum alkohol serta lakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Akhir kata, sila jalani gaya hidup sihat untuk kualiti dan kuantiti sperma yang lebih sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    TERJAWAB, Rupa-rupanya Inilah 7 Sebab Mengapa Zakar Terasa Sakit Semasa Keluar Air Mani!

    Ada lelaki yang akan rasa sakit ketika ejakulasi pada zakar dan sekitar alat kemaluan. Apa puncanya? Jom kita bongkar ia dengan klik artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Kurang Folikel Punca Sukar Hamil? Fahami Kaedah AFC Dalam Rawatan Kesuburan

    Ingin melakukan rawatan kesuburan? Tetapi pernahkah anda mendengar tentang folikel antral? Jom ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui mengenainya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    ‘Main Belakang’ Boleh Buat Wanita Hamil? Ini Risiko Seks Anal Mesti Tahu

    Bagaimana dengan seks anal atau seks melalui dubur, adakah wanita hamil jika melakukannya? Adakah terdapat sebarang kesan lain yang boleh berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Bongkar 5 Mitos Tentang Sperma, Paling Popular Tentang Seluar Dalam, Apa Kaitannya?

    Sebelum ini, ada yang mengatakan pemakaian seluar dalam ketat boleh kurangkan jumlah sperma lelaki. Adakah benar kesan tersebut ke atas kandungan air mani?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    klimaks lelaki

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    air mani

    Cara Nak Tahu Sperma Suami Subur Atau Tak (Hanya Lihat Warnanya Saja!)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 27/05/2020

    TERBAHARU! Virus COVID-19 Dikesan Dalam Air Mani Manusia! Ada Potensi Merebak Melalui Hubungan Seks

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/05/2020
    perubahan pada zakar

    Apa Akan Terjadi Kepada Zakar Bila Usia Meningkat? Jangan Terkejut Bila Baca #5!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 13/05/2020