Tanda Anda Mungkin Menghadapi Masalah Buah Pinggang

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang, atau anda mempunyai masalah berkaitan tekanan darah tinggi, kencing manis atau mungkin berusia lebih dari 60 tahun, anda berisiko untuk mengalami masalah buah pinggang. Berikut adalah 10 tanda anda mungkin menghadapi masalah buah pinggang.

  1. Cepat letih

Anda akan mengalami keletihan dengan lebih cepat, kurang bertenaga dan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan – sekali gus menyebabkan anda tidak mampu berfikir dengan jelas. Penurunan yang kronik dalam fungsi buah pinggang cenderung membawa kepada pembentukan toksin dan kekotoran dalam darah – punca cepat letih, lemah dan sukar fokus. Komplikasi lain penyakit buah pinggang adalah anemia yang menjadi punca kepada rasa lemah dan letih. Anda juga mungkin akan merasa pening kepala dan terasa seperti akan pitam.

  1. Merasa sejuk

Anemia menyebabkan anda berasa sejuk sepanjang masa walaupun dalam bilik yang panas atau ketika individu lain merasa panas.

  1. Sukar tidur

Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan betul, toksin berkemungkinan akan kekal dalam darah dan tidak keluar dari badan melalui air kencing. Ini boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur. Terdapat juga kaitan obesiti dan tidur apnea dengan masalah penyakit buah pinggang kronik.

  1. Sesak nafas

Anda mudah mengalami masalah sesak nafas walaupun hanya melakukan pergerakan yang sedikit. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan pertambahan cecair dalam badan yang terhasil dalam paru-paru, atau ia boleh disebabkan oleh masalah anemia – kekurangan oksigen yang membawa sel darah merah – menyebabkan badan anda kekurangan oksigen dan pendek nafas.

  1. Kulit kering dan gatal

Buah pinggang merupakan satu organ yang mempunyai pelbagai fungsi penting. Ia berperanan untuk membuang bahan buangan dan lebihan cecair dari badan, membantu menghasilkan sel darah merah, membantu mengekalkan tulang yang kuat dan berfungsi mengekalkan jumlah mineral yang betul dalam darah. Kegatalan dan kulit yang kering boleh menjadi tanda penyakit mineral dan tulang yang cenderung menyebabkan penyakit buah pinggang, apabila buah pinggang tidak lagi mampu menjaga keseimbangan mineral dan nutrien yang betul dalam darah.

  1. Kerap kencing

Anda akan kerap kencing berbanding sebelum ini. Jika perubahan ini berlaku, terutama pada waktu malam, ini merupakan antara tanda penyakit buah pinggang. Penapis pada buah pinggang yang rosak boleh menyebabkan peningkatan keinginan untuk membuang air kencing. Ada masanya ia boleh menjadi simptom kepada tanda jangkitan kencing atau pembesaran prostat pada lelaki.

  1. Bengkak

Kegagalan buah pinggang untuk berfungsi akan menyebabkan air yang berlebihan tidak dapat disingkirkan dari badan – menyebabkan kaki, pergelangan kaki, atau tangan menjadi bengkak. Bengkak pada bahagian kaki juga boleh menjadi tanda kepada penyakit jantung, penyakit hati dan masalah urat kaki yang kronik.

Masalah bengkak ini turut boleh berlaku pada bahagian muka dan mata. Bengkak pada bahagian ini turut boleh menjadi petanda bahawa badan anda mengeluarkan sejumlah besar protein dalam air kencing dan bukan menyimpannya seperti yang sepatutnya.

  1. Kencing berdarah

Buah pinggang berfungsi untuk menghasilkan air kencing. Buah pinggang yang sihat akan menyimpan sel darah dalam tubuh apabila menapis sisa dari darah untuk menghasilkan air kencing. Tetapi apabila buah pinggang gagal berfungsi seperti yang sepatutnya, air kencing anda mungkin berubah kerana sel darah ini mungkin ‘bocor’ dan masuk ke dalam air kencing. Air kencing yang berdarah juga boleh menjadi tanda kepada ketumbuhan, masalah batu karang atau jangkitan.

  1. Berbuih

Anda mungkin menyedari bahawa air kencing anda kelihatan berbuih kerana mengandungi protein – seperti buih apabila anda mengacau telur mentah – kerana protein yang terdapat dalam telur adalah protein yang sama terdapat dalam air kencing, albumin. Kandungan protein berlebihan menunjukkan simptom bahawa buah pinggang anda gagal berfungsi dengan baik.

  1. Terasa logam

Pembentukan sisa darah yang disebut sebagai uremia boleh menyebabkan perubahan dalam rasa makanan serta menjadi punca kepada nafas berbau. Anda mungkin menyedari bahawa anda mula ilang minat untuk makan daging, hilang selera makan, sekali gus menyebabkan anda mengalami penurunan berat badan. Uremia yang terhasil juga boleh menyebabkan anda merasa loya dan muntah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut