backup og meta

Hidung Sering Berhingus Setiap Kali Anda Bersenam, Ini Faktor Yang Menyumbang Kepada Situasi Itu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 20/07/2020

    Hidung Sering Berhingus Setiap Kali Anda Bersenam, Ini Faktor Yang Menyumbang Kepada Situasi Itu

    Rinitis, masalah hidung yang melibatkan bersin, hidung berhingus, rasa tersumbat dan gatal kebiasaannya berlaku disebabkan alahan, terutamanya daripada faktor persekitaran. Tetapi jika anda sering mengalami simptom rinitis sewaktu bersenam, anda bukanlah keseorangan.

    Mengapa hidung saya berhingus sewaktu bersenam?

    Sebilangan pelari professional melaporkan simptom rinitis sewaktu berlari dan tertanya mengapa ini berlaku kepada diri mereka. Didapati bahawa 15% atlet yang mempunyai alahan mengalami masalah hidung berhingus sewaktu bersenam disebabkan pendedahan kepada alahan yang lebih banyak. Ini disebabkan anda bernafas dengan lebih dalam dan cepat sewaktu bersenam. Oleh itu, lebih banyak udara yang keluar dan masuk melalui sistem pernafasan sewaktu bersenam.

    Bagaimanapun, rinitis ketika bersenam boleh berlaku tanpa sebab alahan. Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyumbang kepada keadaan yang menimbulkan tanda tanya ini. Ini termasuklah perengsa, emosi atau vasomotor.

    Bersenam menyebabkan anda lebih terdedah kepada perengsa seperti mana alahan dikatakan meningkat sewaktu bersenam. Pun begitu, perengsa daripada persekitaran menyebabkan hidung berair tetapi tidak menyebabkan alahan. Mengurangkan pendedahan kepada perengsa boleh membantu menyelesaikan masalah ini. Antara contoh perengsa ialah habuk, minyak wangi dan perubahan cuaca atau kelembapan.

    Rinitis disebabkan emosi bukanlah rinitis yang dikaitkan dengan senaman tetapi boleh dikelirukan dengannya. Contoh rinitis emosi ialah hubungan seksual yang didapati boleh menyebabkan hidung berhingus dan bersin. Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku semasa perbuatan seksual itu sendiri, sebaliknya sewaktu berfikir untuk melakukan hubungan seks atau dalam masa 5 minit selepas hubungan seksual. Fenomena ini juga dikenali sebagai rinitis bulan madu.

    Rinitis vasomotor pula merupakan keradangan lapisan dalam hidung bukan disebabkan alahan. Ini terjadi apabila saluran darah mengembang tanpa diketahui puncanya.  Lebih kerap terjadi pada orang tua, senaman merupakan antara perkara yang mencetuskannya.

    Apa yang patut saya lakukan?

    Rinitis yang disebabkan oleh senaman tidak akan menyebabkan sebarang kemudaratan. Tetapi jika anda kerap bersenam dan hidung anda benar-benar mengganggu anda, semburan hidung – khususnya, semburan hidung ipratroprium bromida – boleh membantu. Jika kerengsaan disebabkan masalah paru-paru, anda mungkin perlu menggunakan inhaler albuterol sebelum bersenam, dan bila mana diperlukan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 20/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan