backup og meta

Manfaat Terapi Muzik Yang Mungkin Anda Tidak Ketahui

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

    Manfaat Terapi Muzik Yang Mungkin Anda Tidak Ketahui

    Muzik boleh mewujudkan perbezaan kepada perasaan dan emosi. Muzik mempunyai cara tersendiri untuk membuka minda, hati dan perasaan untuk berhubung dengan diri sendiri, individu di sekeliling dan juga persekitaran. Namun, apa itu terapi muzik? Apakah manfaat terapi muzik untuk kesihatan?

    Apakah terapi muzik?

    Muzik boleh membantu individu yang sedang mengalami tekanan dan kegelisahan yang disebabkan masalah kesihatan yang dihadapi. Terapi muzik pada asasnya adalah mekanisme penyembuhan yang digunakan ahli terapi yang bertauliah. Melalui kemahiran menggunakan muzik, ia dapat meningkatkan, memulihkan dan mengekalkan aspek kesihatan pesakit. Ini melibatkan fizikal, emosi, psikologi, perasaan dan juga rohani.

    Muzik dipercayai dapat mempengaruhi emosi dan mampu meningkatkan neurokimia dalam badan termasuk endorfin baik. Terapi muzik juga dikenali sebagai terapi muzik aktif atau terapi muzik pasif, menunjukkan keupayaan untuk memperbaiki kawalan motor dan fungsi emosi kepada pesakit yang mempunyai pelbagai penyakit atau ketidakupayaan. Dari kes skizofrenia sehingga kepada penyakit Parkinson, penggunaan muzik seperti membantu mengurangkan simptom semula jadi bagi masalah kesihatan seperti kemurungan, atau kegelisahan, membantu menaikkan kreativiti, dan mempertingkatkan komunikasi antara pesakit dengan penjaga dan pelbagai manfaat lain.

    Apakah Kesan terapi muzik?

    Kesan kepada fizikal

    Bagi kanak-kanak dan individu remaja yang mengalami kanser atau penyakit lain, kesakitan adalah sesuatu perkara yang sukar untuk dibayangkan dan ditanggung – walau berapa banyak ubatan yang diberikan, malahan ada masa, ubatan yang diberikan mungkin tidak mencukupi untuk menutup kesakitan yang dirasai. Dengan mendengar dan bermain muzik, termasuk menulis lagu dan menyanyi, kesakitan mungkin dapat dikurangkan. Terapi muzik dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan tekanan serta kegelisahan kepada pesakit, yang membawa kepada perubahan fisiologi, seperti:

    • Memperbaiki pernafasan
    • Menjadi tekanan darah lebih rendah
    • Memperbaiki fungsi jantung
    • Memperbaiki kadar denyutan jantung
    • Memberikan kelegaan kepada otot yang tegang

    Terapi ini dipercayai memberikan kesan signifikan terdapat keberkesanan rawatan pesakit, termasuk mengurangkan kesakitan, memberi ketenangan, memperbaiki kadar penafasan, dan menjadikan tahap kegelisahan pada tahap yang lebih rendah.

    Kesan kepada mental

    Berada di hospital, khususnya kepada kanak-kanak, boleh memberikan pengalaman yang menakutkan dan mengerikan, lebih-lebih lagi melibatkan masalah kesihatan berkaitan kanser atau penyakit lain yang serius. Salah satu impak berada di hospital adalah tekanan, yang dengan sendiri boleh mewujudkan masalah kesihatan.

    Antara simptom tekanan yang biasa adalah:

    • Sakit kepala
    • Kesakitan atau ketegangan otot
    • Sakit dada
    • Kelesuan
    • Gangguan pada perut
    • Masalah tidur

    Antara kesan tekanan kepada emosi:

    • Kegelisahan
    • Kurang rehat
    • Kurang motivasi untuk fokus
    • Perasaan bercampur baur
    • Kemarahan
    • Kemurungan atau kesedihan

    Antara kesan tekanan kepada tingkah laku:

    • Bereaksi secara berlebihan atau sebaliknya
    • Kemarahan yang melampau
    • Mengasingkan diri dari sosial

    Manfaat terapi muzik

    1. Mengurangkan kegelisahan, tekanan

    Walaupun mungkin terdapat pelbagai variasi pilihan muzik, tetapi secara amnya, ia memberikan kesan fisiologi langsung melalui sistem saraf autonomi. Muzik berkeupayaan untuk mewujudkan response motor dan emosi secara langsung, terutama apabila digabungkan dengan pergerakan dan rangsangan laluan deria yang berbeza.

    1. Memperbaiki simptom autisme

    Minat yang ditunjukkan oleh kebanyakan individu yang mengalami autisme terhadap muzik, memperlihatkan perubahan dalam komunikasi nonverbal dan lisan melalui terapi muzik – yang kini dipercayai antara satu rawatan alternatif untuk merawat autisme. Kajian menunjukkan terapi muzik yang dapat memperbaiki tingkah laku sosial, tumpuan, perhatian, komunikasi, kegelisahan dan tahap kewaspadaan diri pesakit autisme.

    1. Memperbaiki kemurungan

    Terapi muzik adalah antara cara untuk merawat masalah kemurungan. Ia bukan sekadar membantu memperbaiki emosi, tetapi dapat memperbaiki kadar denyutan, pernafasan dan tekanan darah.

    1. Mengatasi masalah penyakit Alzheimer dan Parkinson

    Kajian menunjukkan terapi ini dapat meningkatkan fungsi kognitif dan kualiti hidup pesakit yang mengalami masalah kognitif, termasuk Parkinson dan Alzheimer. Muzik dipercayai dapat memberikan satu bentuk terapi yang menggalakkan pesakit-pesakit ini untuk membantu mereka mengatasi simptom dan menawarkan rangsang kepada deria mereka bersama sokongan sosial untuk sesi yang dijalankan secara berkumpulan.

    1. Meningkatkan perkembangan janin

    Ibu hamil yang sering mendedahkan muzik kepada bayi dalam kandungan menunjukkan bayi akan lebih bertindak balas terhadap muzik selepas dilahirkan. Malah muzik juga dapat mempengaruhi tingkah laku positif neonatal.

    1. Mengurangkan kesakitan

    Muzik dapat merubahan anggapan tentang kesakitan individu. Kajian menunjukkan, pesakit pediatrik yang telah menjalani pembedahan, pesakit yang mengidap penyakit kronik berkaitan masalah belakang, pesakit kanser – sebagai contoh – apabila dilakukan terapi muzik, dapat mengurangkan tahap kesakitan pesakit.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan