backup og meta

SERIUS Ke Bawang Merah Boleh Serap Kuman, Virus Selesema & Bakteria?

SERIUS Ke Bawang Merah Boleh Serap Kuman, Virus Selesema & Bakteria?

Tular mengenai kisah bawang merah boleh membantu menyerap kuman influenza. Memandangkan sekarang sedang berlakunya musim jangkitan flu tersebut, maka bermulalah episod meletak bawang keliling rumah dan di dalam bilik. Benarkah itu manfaat kesihatan bawang? 

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan di sini.

Kisah bawang merah yang tular

Mungkin ada yang masih bingung atau tidak mengetahui mengenai kisah bawang merah yang dikatakan menyerap kuman ini. Jangan bimbang, Hello Doktor akan kongsikan tentang kisah bawang yang tular itu.

Ia adalah mengenai hantaran yang tular di dalam media sosial Facebook, mengisahkan tentang beberapa versi berkenaan bawang yang boleh menyerap bakteria dan kuman. Namun kisah yang akan dikongsikan ini merupakan antara kisah yang paling viral.

Dalam dakwaan yang tular itu, mengatakan terdapat seorang doktor telah mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat. Sedangkan jiran-jiran mereka menderita selesema dan penyakit bawaan bakteria seperti demam, cirit-birit, kudis dan lain-lain.

Doktor bertanyakan kepada petani tersebut bagaimana keluarganya tetap sihat sedangkan jiran-jiran mereka menderita sakit. Isteri petani menjawab, caranya mudah. Mereka hanya perlu meletakkan bawang merah yang telah dikupas di dalam piring pada setiap ruang rumah.

Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihat bawang yang telah digunakan itu dibawah mikroskop. Hasilnya, beliau mendapati virus selesema dan bakteria serta kuman lain terlekat pada bawang tersebut.

Bawang itu dikatakan berfungsi menyerap semua virus dan bakteria sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani tersebut daripada dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

Tiada bukti saintifik

bawang merah

Apa yang menjadi persoalan kini, adakah kisah yang tular itu sahih? Betulkah bawang merah dapat membantu menyerap bakteria dan kuman? Wujudkah sebarang bukti atau kajian yang mengesahkan mengenai dakwaan yang tular ini?

Memetik satu laporan akhbar, menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, “Tidak terdapat sebarang bukti saintifik yang boleh menyokong dakwaan bahawa penggunaan bawang merah mampu merawat influenza.”

“Walau bagaimanapun, ia adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Jika anda  ingin mengamalkan petua hirisan bawang tersebut atau menggunakan sebarang semburan pembunuh kuman, cuma janganlah secara berlebihan,” ujar Dr Lee lagi.

Beliau turut menyarankan agar setiap individu untuk mengamalkan penjagaan kebersihan diri serta mengambil pemakanan yang seimbang bagi menghindari atau sekurang-kurangnya mengurangkan risiko terkena jangkitan.

Manfaat kesihatan bawang merah

Jadi setakat ini, apa yang boleh disimpulkan, bawang merah tidak mempunyai fungsi untuk menyerap kuman atau bakteria. Tetapi sekiranya anda ingin mencuba, tiada salahnya. Cuma diharapkan anda mampu menahan bau bawang di segenap ruang rumah anda.

Namun daripada aspek kesihatan, terdapat beberapa manfaatnya:

1. Menguatkan sistem ketahanan badan

Bawang merah kaya dengan vitamin C yang merupakan sejenis antioksidan. Kehadiran vitamin C ini membantu melawan radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel-sel di dalam badan.

2. Membantu penghadaman

Mengalami gangguan pencernaan memang menjadi masalah yang serius. Oleh sebab bawang ini kaya dengan serat yang baik bagi pertumbuhan bakteria baik dalam usus, ia membantu melancarkan sistem penghadaman dan memastikan pergerakan usus yang baik.

3. Antipenuaan

Bawang dapat membantu membuang toksik di dalam badan, seterusnya membantu melambatkan lagi proses penuaan.

manfaat kesihatan

4. Bagus untuk penghidap anemia

Penghidap anemia mempunyai kadar hemoglobin yang rendah. Bawang merah mengandungi kadar zat besi yang baik. Ia sekali gus membantu meningkatkan zat besi serta hemoglobin di dalam badan.

5. Mengawal kadar gula dalam darah

Mineral kromium di dalam bawang membantu mengawal kadar gula dalam darah. Perkara ini adalah sangat penting bagi individu yang mengalami diabetes atau prediabetes.

6. Meningkatkan kesihatan jantung

Antara manfaat kesihatan bawang adalah ia membantu individu yang memiliki masalah kesihatan berkaitan jantung. Kandungan flavonoid pada bawang merah ini dapat membantu fungsi jantung.

7. Melancarkan sistem pernafasan

Bawang ini mempunyai sifat antiradang. Oleh sebab itu, individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma dan alahan adalah amat disarankan untuk memakan bawang ini kerana dipercayai dapat melancarkan sistem pernafasan.

Akhir kata

Tidak salah jika anda ingin mencuba menggunakan hirisan bawang sebagai salah satu ikhtiar dalam mencegah jangkitan influenza.

Namun, dalam masa yang sama anda masih perlu mendapatkan suntikan vaksin influenza untuk membantu mencegah jangkitan virus ini.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.malaysiakini.com/news/507584 /Accessed on Jan 20, 2020

https://www.facebook.com/fadzilahkamsah/posts/bawang-oh-bawang-kes-pertamaseorang-doktor-mengunjungi-sebuah-keluarga-petani-da/1663156183710142/  /Accessed on Jan 20, 2020

https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/tips-kesihatan/5-khasiat-bawang-merah/ /Accessed on Jan 20, 2020

https://www.lifehack.org/articles/lifestyle/10-benefits-onion-that-will-surely-surprise-you.html

https://deeponion.org/community/threads/10-amazing-benefits-of-onion-you-didnt-know.9888/?amp=1510912055

https://www.medindia.net/dietandnutrition/health-benefits-of-onion.htm

Onion Health Research

Versi Terbaru

26/04/2021

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Bawang Merah dan Bawang Putih Mentah Turunkan Risiko Kanser Payudara, Betul Ke?

Oppss! Badan Berbau Sebab Banyak Makan Bawang? Ini Yang Anda Perlu Tahu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/04/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan