Komunikasi Positif Galak Kanak-kanak Untuk Makan Sihat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 27/11/2019
Share now

Komunikasi positif dengan kanak-kanak berkenaan manfaat makanan yang boleh dikaitkan dengan mereka, boleh membuatkan mereka untuk makan dengan lebih sihat.

Ini berdasarkan penyelidikan yang dilaksanakan oleh para saintis dari Washington State University dan Florida State University yang diterbitkan dalam Journal of Nutrition Education and Behavior.

Komunikasi positif menggalakkan pemakanan kanak-kanak yang lebih sihat

Para penyelidik mendapati kenyataan yang menggalakkan seperti ‘makan sayur jika anda ingin membesar dengan lebih cepat dan berlari dengan lebih pantas’ adalah lebih berkesan untuk menggalakkan kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan yang sihat berbanding daripada menunjukkan makanan secara berulang tanpa sebarang komunikasi atau perbualan.

Malah, kanak-kanak makan dua kali lebih banyak makanan yang sihat apabila mereka diberitahu bagaimana ia akan memberi manfaat kepada mereka dari segi yang mereka faham berbanding ketika mereka diberikan makanan tanpa maklumat kontekstual.

Menurut Jane Lanigan, profesor madya di Jabatan Pembangunan Manusia, Washington State University, setiap kanak-kanak mahu menjadi lebih besar, lebih cepat, dan dapat melompat lebih tinggi. Dengan menggunakan contoh-contoh jenis ini, menjadikan makanan lebih menarik untuk dimakan.

Penyelidikan terdahulu menunjukkan bahawa menawarkan makanan berulang kali meningkatkan kemungkinan kanak-kanak akan mencuba sesuatu yang baharu. Tetapi penyelidikan tersebut tidak melihat kepada konteks penawaran tersebut.

Dalam penyelidikan mereka, Lanigan dan rakan penyelidiknya ingin melihat sama ada frasa pemakanan yang berpusatkan kanak-kanak (CCNPs), iaitu kenyataan penggalakkan (affirmative) yang menyampaikan manfaat makanan sihat, boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat. Frasa memberi tumpuan kepada matlamat kanak-kanak dan berdasarkan maklumat pemakanan yang tepat.

Kesan komunikasi terhadap pengambilan makanan sihat kanak-kanak

Para penyelidik mendapati bahawa dalam tempoh sebulan kemudian, kanak-kanak makan dua kali lebih banyak makanan CCNP mereka dengan pendedahan berulang berbanding dengan makanan tanpa kata-kata positif. Menurut Lanigan, apabila para penyelidik menunjukkan lentil kepada kanak-kanak, para penyelidik akan mengatakan “Ini akan membantu anda membesar dan berlari lebih cepat.”

Dari masa ke masa, penyelidikan Lanigan dan rakan penyelidikannya menunjukkan bahawa penggunaan CCNP mungkin meningkatkan pengambilan jumlah makanan yang sihat yang dimakan oleh kanak-kanak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Rujukan
    1. Jane Lanigan, Rachel Bailey, Alexandra Malia Timpson Jackson. Child-Centered Nutrition Phrases Plus Repeated Exposure Increase Preschoolers’ Consumption of Healthful Foods, but Not Liking or Willingness to Try. Journal of Nutrition Education and Behavior, 2019 DOI: 10.1016/j.jneb.2019.02.011
    2. https://www.sciencedaily.com/releases/2019/05/190508093734.htm

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    PKP Buat Kemurungan: Rawat Ia Bukan HANYA Dengan Ubat, Tapi Cuba 6 Cara Ini Juga!

    Anda berasa sangat sedih dan kesunyian? Itu mungkin tanda anda sedang alami kemurungan. Lakukan 6 cara ini untuk perubahan gaya hidup anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Gembira Baru Dapat Baby? Ini 7 Benda Anda Boleh Bual Bersama Si Manja, Pasti Dia Suka!

    Anda suka berbual dengan anak walaupun mungkin si manja tidak memahaminya? Jom semak 7 perkara yang boleh anda katakan kepada si comel.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    AWAS! Jangan Ambil 8 Makanan Sihat Ini Masa Anda Sakit Di Rumah! #StayAtHome

    Pengambilan makanan sihat yang betul penting ketika anda sedang sakit. Jika diambil pada waktu yang salah, makanan sihat boleh menyebabkan simptom.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    JAGA! Si Manja Boleh Dapat Serangan Strok Haba HANYA Dalam Bilik Tidur, Ini Apa Boleh Terjadi

    Wahai ibu bapa, ketahuilah bahawa punca strok haba bukan hanya sebab anak main panas di luar sahaja ya? Di dalam rumah pun boleh terkena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid