Rasa Kena Tindih Ketika Tidur Bukan Sebab Hantu, INI Sebenarnya Terjadi!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/02/2020 . 3 minit bacaan

Terjaga dari tidur. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Anda cuba bangun namun susah. Dada terasa sakit, suara tak keluar dan bulu roma mula meremang, “Ah, kena tindih pulak”, anda mula bermonolog.

Ramai individu pernah mengalami situasi sebegini namun tak semua tahu puncanya. Nak tau apakah penjelasan sains berkaitan dengan fenomena kena tindih ni? Teruskan membaca untuk maklumat selanjutnya.

Kelumpuhan tidur tidak memudaratkan kesihatan

Ia merupakan fenomena yang boleh dianggap aneh. Disebabkan oleh itulah kebanyakan individu mengaitkan pengalaman merasai kelumpuhan tersebut dengan fenomena paranormal.

Suatu ketika dahulu, kita tidak memahami mekanisme di sebalik keadaan ini namun kini, kita tahu bahawa dua hormon mempunyai kaitan dengannya, Glycine dan Gamma Aminobutyric Acid (GABA).

Kedua-duanya memainkan peranan penting melumpuhkan otot-otot badan ketika fasa rapid eye movement (REM) kerana pada ketika ini, kita mengalami mimpi.

Tujuan kelumpuhan tersebut adalah untuk mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang dimimpikan.

Secara fisiologi, anda sepatutnya tidak sedarkan diri ketika fasa REM ini. Mata anda tertutup rapat dan mimpi hanyalah sekadar mimpi.

Namun, jika seseorang itu bangun ketika fasa REM, maka individu tersebut akan mengalami kelumpuhan kesan daripada rembesan hormon tersebut. Otot anda masih lumpuh tetapi mata anda berkeliaran memandang persekitaran dan dalam masa yang sama, anda merasakan sesuatu menindih di bahagian dada anda. Usah khuatir!

Anda akan boleh bergerak seperti biasa. Kelumpuhan ini kebiasaannya berlaku dalam sekitar 1 hingga 3 minit. Ia tidak akan menyebabkan apa-apa masalah kesihatan melainkan pengalaman yang agak menakutkan.

Halusinasi dan makhluk halus yang menindih

Amigdala merupakan sistem saraf yang berbentuk kacang, terletak pada bahagian lobus temporal tengah. Ia adalah sebahagian daripada struktur basal ganglia dan bahagian otak yang paling aktif ketika fenomena kelumpuhan tidur kerana fungsinya adalah untuk mengawal atur memori berkaitan perasaan dan ketakutan.

Bayangkan anda mempunyai amigdala yang sedang aktif membuatkan anda takut, namun tiada apa-apa perkara di persekitaran yang mempunyai keupayaan untuk membuatkan anda takut. Ini merupakan satu paradoks dan solusi kepadanya adalah halusinasi

Brian A. Sharpless dan Monika Klikova telah menerbitkan kajian di Jurnal Tidur pada tahun 2019 yang melibatkan 185 individu yang didiagnos dengan masalah ini.

Dapatan kajian tersebut telah mendapati bahawa 58% daripada mereka merasakan kehadiran sesuatu yang bukan manusia di dalam bilik sewaktu fenomena tersebut sedang berlaku. Halusinasi boleh berlaku dalam pelbagai jenis bentuk.

Ada individu yang melaporkan mereka merasa seolah-olah di awang-awangan, ada yang ternampak individu asing berada bersama mereka di tempat mereka tidur dan ada yang ternampak makhluk halus menindih dada mereka.

Risiko dan rawatan

Terdapat pelbagai jenis faktor yang boleh dikaitkan dengan kebarangkalian seseorang individu untuk menghadapi kelumpuhan tersebut.

  • Faktor genetik
  • Sejarah trauma
  • Masalah kesihatan mental
  • Masalah kesihatan fizikal
  • Masalah berkaitan kualiti tidur
  • Penggunaan dadah

Setakat ini, tiada rawatan spesifik menurut protokol perubatan dalam merawat masalah ini. Perkara yang sering diketengahkan adalah tabiat tidur yang baik. Kelumpuhan ini boleh menjadi petanda bahawa anda tidak mendapatkan tidur yang cukup.

Antara rekomendasi untuk mengelakkan fenomena ini adalah untuk menghindari alkohol dan dadah 3 jam sebelum waktu tidur. Minuman berkafein juga perlu dihadkan dan barangan elektronik perlu dielakkan sebelum waktu tidur untuk menjamin kualitinya.

Konklusi

Kelumpuhan tidur bukanlah satu penyakit yang serius namun ia merupakan pengalaman yang menakutkan. Halusinasi kebiasaannya dialami oleh sebahagian besar individu, namun begitu, fenomena tidak akan berlarutan.

Jaga tabiat tidur anda dan pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup. Jika anda risau berkenaan dengan fenomena ini, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    TERBONGKAR! Ini Rupanya Maksud 8 Posisi Tidur Suami Isteri

    Posisi tidur pasangan suami isteri boleh membawa 1001 maksud tersirat. Konflik di dalam rumah tangga dan kebahagiaan, semuanya boleh dilihat ketika tidur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 23/04/2020 . 3 minit bacaan

    Bila Bangun Tidur Selalu Rasa Moody? BERHENTI Lakukan 7 Perkara Ini Lepas Bangun, Baru Mood Elok

    Jika anda sering berasa moody selepas bangun tidur pada waktu pagi, maka anda perlu meneliti semula rutin anda. Berikut merupakan 7 tip berkenaan dengannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 06/04/2020 . 4 minit bacaan

    PERHATIAN! Masalah Kurang Tidur Boleh Membunuh!

    Masalah kurang tidur tidak asing dalam kalangan masyarakat umum. Dalam dunia serba kompetitif ini, ramai orang sanggup mengorbankan masa tidur demi kerja.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 05/03/2020 . 4 minit bacaan

    Suara Serak Lepas Bangun Tidur? AWAS, Ia Mungkin Tanda Beberapa Penyakit Ini!

    Anda perasan tak, setiap kali anda bangun tidur pasti suara serak akan terjadi kepada anda? Ingin tahu apa punca ia berlaku? Jom klik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 02/03/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hubungan seks mengecewakan

    Pssttt! Rahsia Seks Kencang Ada Di Kamar Tidur, Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/06/2020 . 3 minit bacaan
    susah-tidur-malam-kesan-wajib-anda-tahu

    Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 minit bacaan

    Dalam Sibuk Jaga Kesihatan Badan, Jangan Lupa Kesihatan Otak Anda Juga! Bahaya Jika Tak Dijaga

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/06/2020 . 3 minit bacaan
    5-cara-penyelesaian-masalah-tidur-suami-isteri

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan