Kemurungan Remaja Bukan Isu Terpencil. Let’s Take Care Of Each Other!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 2 minit bacaan

Mutakhir ini, kedengaran banyak berita berkenaan remaja-remaja yang bergelut dengan masalah dalaman yang dialami seperti kemurungan remaja sehingga menyebabkan hal-hal yang tidak diingini. Terbaharu, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dilaporkan telah membunuh diri di rumahnya di Paya Terubong, Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang. Kes ini telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang.

Isu berkenaan kesejahteraan mental ini bukanlah satu isu yang baharu dan ia juga bukanlah satu isu yang melanda sesetengah kumpulan umur sahaja. Pelbagai faktor boleh menjadi pencetus kepada terjejasnya kesejahteraan mental seseorang individu. Kesihatan psikologi seringkali dianggap sebagai satu isu picisan atau isu terpinggir yang kurang diambil tahu oleh setiap ahli masyarakat. 

Kes-kes kemurungan remaja di negara ini masih lagi kurang diberi perhatian. Akibatnya, kelewatan tindakan daripada sesetengah pihak menyebabkan ia seringkali berakhir dengan tragedi yang menyayat hati. Menurut Mental Health Foundation, masalah kesihatan mental menjejaskan 1 dalam setiap 10 orang kanak-kanak dan remaja, dan ia termasuklah masalah gangguan kemurungan dan keresahan atau kebimbangan. Paling mengejutkan, 70% daripada kanak-kanak dan remaja ini yang mengalami gangguan mental tidak mendapat atau melalui proses intervensi yang sepatutnya.

Ibu bapa adalah pihak pertama yang bertanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan mental atau psikologi anak-anak mereka berada dalam keadaan yang baik. Apakah kaedah atau panduan yang boleh digunakan golongan ibu bapa dalam memastikan kestabilan emosi anak-anak mereka agar tidak mengalami sebarang konflik dalaman seperti kemurungan remaja

Langkah-langkah untuk menyokong kesejahteraan mental kanak-kanak oleh ibu bapa

  • Memastikan pemakanan anak-anak terjaga melalui diet yang seimbang selain melakukan aktiviti senaman.
  • Berikan kebebasan untuk mereka bermain di luar atau di dalam rumah.
  • Jadi ahli keluarga yang sentiasa ada apabila diperlukan.
  • Memastikan persekolahan anak-anak terjaga dengan baik tanpa sebarang isu.
  • Melibatkan anak-anak dengan aktiviti bersama-sama komuniti setempat seperti sukaneka.
  • Mewujudkan perasaan kasih sayang, rasa dihargai, kepercayaan, pemahaman antara ibu bapa dan anak-anak.
  • Sentiasa berharap secara positif dan optimistik dengan perkembangan dan perlakuan anak-anak.
  • Wujudkan suasana dan tabiat yang harmoni di dalam rumah seperti makan malam dan menonton televisyen bersama-sama.
  • Kawal sebarang emosi negatif seperti kemarahan melampau tanpa sebab yang kuat terhadap anak-anak.
  • Terima anak-anak seadanya dan mengiktiraf segala pencapaian dan kemahiran mereka.
  • Tidak mengongkong anak-anak terutama bagi golongan remaja dan beri peluang kepada mereka untuk menentukan laluan hidup mereka sendiri selagi mana ia tidak bertentangan dengan nilai-nilai budaya, agama dan undang-undang negara.
  • Beri perhatian dengan serius kepada sebarang aduan dan luahan anak-anak.
  • Perhatikan tingkah laku mereka dan sekiranya terdapat perubahan yang membimbangkan, bertanya dan berterus-terang dengan anak anda.
  • Dapatkan pendapat dan pandangan daripada guru-guru, doktor, ahli psikologi dan kaunselor sekiranya anda ingin mendapatkan bantuan.
  • Dapatkan bantuan daripada pusat sokongan emosi seperti Befrienders. Anda boleh menghubungi Befrienders di talian 603-79568145 atau email ke [email protected] memandangkan mereka menyediakan perkhidmatan selama 24 jam.

Diagnosis awal adalah salah satu langkah penting untuk anda memastikan sebarang masalah dalaman yang dialami oleh anak anda dapat diatasi dengan lebih pantas dan teratur. Kita tidak mahu sebarang impak negatif mewarnai proses pertumbuhan, perkembangan atau tumbesaran anak-anak kita kerana ia boleh mewujudkan masalah lain di kemudian hari seperti kemurungan remaja yang kerap berlaku pada zaman sekarang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

    Ibu mengandung sememangnya akan mengalami perubahan secara fizikal atau emosi. Namun ia boleh menyebabkan kemurungan dan memberikan kesan kepada kandungan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Gila Seks Bukan Gelaran Tetapi Penyakit! Ini 5 Kriteria Jika Anda Salah Seorang Daripadanya

    Mempunyai nafsu syahwat adalah normal namun bagaimana jika ia menguasai diri dengan teruk? Ini 5 kriteria orang yang gila seks. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 09/07/2020 . 3 minit bacaan

    Orang Muda Lagi Aktif Berjimak Bersama Pasangan? Anda Silap! Ini Kajian Yang Kata!

    Menurut kajian terkini, didapati bahawa golongan belia sudah kurang buat seks. Jom ikuti artikel ini untuk tahu apa itu jimak dan kenapa ia berlaku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/07/2020 . 3 minit bacaan

    Sakitnya Rasa Putus Cinta, Apa Kesan Patah Hati Pada Kesihatan Diri?

    Hidup ini umpama roda, kadang kita dilambung dengan kebahagiaan dan kadang kita dilanda kesedihan seperti momen kita mengalami patah hati.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 06/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pakar psikiatri

    Lupakan Mentalist Joker, Ini BAHAYA Jika Anda Guna Khidmat Konsultasi Berbayar Online Tak Diiktiraf

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
    kemurungan kanak-kanak

    Kanak-kanak Gemuk Lebih Mudah Alami Depresi? Ini 7 Tanda Kemurungan Pada Si Kecil Obes

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan
    vitamin untuk anak

    Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu depresi

    Selamatkan Kehidupan Seks Anda & Pasangan Meski Diserang Depresi, Ini 4 Caranya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/07/2020 . 3 minit bacaan