backup og meta

Kanser Ovari: Pengaruh Protein Ran terhadap Metastasis Sel

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 15/06/2020

    Kanser Ovari: Pengaruh Protein Ran terhadap Metastasis Sel

    Kanser ovari adalah sejenis kanser yang bermula di ovari. Kebanyakan masa, ia tidak didiagnosis sehingga sel-sel kanser telah merebak ke pelvis dan abdomen, yang menjadikannya sukar untuk dirawat, bahkan membawa maut.

    Pada peringkat awal, kanser ovari sangat jarang menunjukkan sebarang simptom. Sekiranya ia menimbulkan simptom-simptom, ia biasanya disalah erti sebagai tanda keadaan tidak berbahaya seperti sembelit. Simptom biasa bagi kanser ovari termasuk:

    • Kembung perut
    • Bengkak pada kawasan abdomen
    • Cepat kenyang
    • Kurang berat badan
    • Ketidakselesaan pelvis
    • Masalah dengan pergerakan usus
    • Kekerapan kencing

    Sekiranya anda mengalami sebarang simptom yang membuatkan anda bimbang, pergi berjumpa doktor anda, terutamanya jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser ovari dan kanser payudara.

    Kajian: Pengaruh Protein Ran terhadap Sel Kanser Ovari

    Adakah anda tahu bahawa 90 peratus (%) daripada pesakit kanser mati akibat metastasis jauh? Keadaan ini berlaku apabila sel kanser mempunyai keupayaan untuk bergerak di dalam tubuh pesakit dan menyerang tisu-tisu yang sihat.

    Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Nature Communications, penyelidik dari University of Montreal Hospital Research Centre (CRCHUM) telah menunjukkan peranan utama protein yang dipanggil Ran dalam pergerakan sel kanser ovari. Ia menunjukkan bahawa sel-sel ini tidak boleh berpindah dari kawasan kanser tanpa bantuan Ran. 

    Terlibat dalam pembangunan kanser dan kelangsungan hidup, Ran sering dirujuk sebagai protein ulang-alik yang kebanyakannya menyokong pengangkutan antara sel dalam dan nukleusnya. Dalam sel-sel kanser ovari, pasukan penyelidik, yang diketuai oleh Dr. Anne-Marie Mes-Masson dan Dr. Diane Provencher, menunjukkan Ran bertindak sebagai teksi (pengangkut) ke membran sel untuk protein lain, RhoA, yang penting dalam perpindahan sel.

    Menurut Dr. Anne-Marie Mes-Masson, dalam sel-sel normal, RhoA secara terus boleh ke sel membran sel tetapi tidak dalam kanser ovari. Ia perlu dihubungkan dengan Ran terlebih dahulu untuk mencapai ke sel membran. Dalam kajian ini, penyelidik menunjukkan bahawa dalam sel-sel kanser di mana mereka menghalang tindakan Ran, RhoA akan dipecahkan. Tanpa RhoA, sel-sel kanser akan kehilangan keupayaan untuk bergerak, berpindah dan menyerang tisu yang sihat. 

    Jadi, berterima kasih kepada kepakaran luas dalam biokimia pengarang pertama, Dr. Kossay Zaoui, yang mana pasukan sains mampu menjelaskan sekurang-kurangnya sebahagian daripada mengapa Ran begitu penting dalam satu sel kanser. Dalam banyak penyataan kanser yang tinggi, Ran selalunya dikaitkan dengan kesudahan tidak memuaskan.

    Dr. Diane Provencher berkata, mereka sebelum ini telah menunjukkan bahawa Ran adalah sasaran terapeutik yang baik. Kajian mereka membantu memahami bila dan pada pesakit kanser manakah pendekatan mereka mungkin paling bermanfaat. Oleh sebab sel-sel sihat tidak memerlukan Ran untuk bergerak, mereka dapat mensasarkan sel-sel kanser tanpa menyentuh sel-sel yang sihat. Berdasarkan penemuan mereka, kemungkinan yang menghalang Ran juga akan menjadi strategi menang dalam kanser lain. 

    Para penyelidik telah mula membina molekul kecil yang dapat menghalang Ran dan mengujinya dalam model-model praklinikal yang telah mereka usahakan untuk menunjukkan bahawa ia boleh memperlahankan atau menghapuskan perkembangan kanser. Mereka berharap satu hari ubat-ubatan baru ini akan masuk ke klinik untuk digunakan bagi merawat pesakit kanser ovari.

    Selama tiga dekad, Dr. Provencher dan Dr. Mes-Masson telah bekerjasama untuk mencipta biobank spesimen kanser ovari terbesar daripada wanita yang telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam program penyelidikan mereka. Mereka berjaya mengembangkan dan mencirikan sel-sel dari tisu-tisu tumor, dan sel-sel ini adalah penting untuk menjalankan kerja ini.

    Talian sel ini kini digunakan oleh kumpulan penyelidikan kanser ovari di seluruh dunia untuk menjalankan penyelidikan kanser ovari. Sumbangan bernilai pesakit untuk penyelidikan mencetuskan jenis penemuan baru yang kedua-dua penyelidik berharap akan membantu menyembuhkan penyakit yang membawa maut ini.

    Menurut Persatuan Kanser Kanada, 2,800 wanita Kanada didiagnosis dengan kanser ovari pada 2017 dan 1,800 meninggal dunia akibat penyakit ini. Ia adalah penyebab utama kelima kematian di Amerika Utara.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 15/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan