Benarkah Susu Mentah Mengurangkan Simptom Alahan Laktosa?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan

Salah satu daripada dakwaan tentang manfaat meminum susu mentah yang dibuat oleh pendukung kebaikan susu mentah adalah ianya mampu mengurangkan simptom alahan laktosa kerana dipercayai susu mentah mengandungi enzim laktase. Kewujudan enzim laktase dikatakan membantu memecahkan gula laktosa yang terdapat dalam susu sekaligus membantu mengurangkan simptom alahan laktosa seperti kembung perut, sakit perut, mual, cirit-birit dan kerap membuang angin.

Pemecahan Laktosa

Semua susu yang dihasilkan oleh mamalia (termasuk susu badan manusia) mengandungi gula laktosa kerana ianya adalah karbohidrat utama dan sumber tenaga terdapat dalam susu. Laktosa dihasilkan oleh sel-sel epitilial kelenjar susu daripada glukosa dan galaktosa yang telah diserap dalam badan, melalui diet dan pemakanan. Bila diminum susu ini, enzim laktase (β-galactosidase) memecahkan semula laktosa itu kepada glukosa dan galaktosa, sebelum diserap semula sebagai tenaga oleh peminum. Menghidap alahan laktosa bermaksud seseorang itu tidak berupaya untuk memecahkan laktosa kerana masalah dengan enzim laktase mereka, lazimnya disebabkan oleh kurangnya penghasilan enzim laktase oleh usus kecil.

Membongkar Mitos

Benarkah susu mentah membantu mengurangkan simptom alahan laktosa? Untuk menjawab soalan ini, satu kajian rawak-terkawal mengkaji kesan susu mentah ke atas 16 penghidap alahan laktosa menggunakan laporan alahan laktosa kendiri dan ujian kepastian masalah serapan laktosa (melalui ujian pernafasan Hidrogen). Dapatan kajian ini adalah susu mentah bukan sahaja gagal untuk mengurangkan simptom alahan laktosa, ianya turut gagal dalam megurangkan masalah serapan laktosa bila dibandingkan dengan susu terpastur dalam kalangan orang dewasa yang menghidap alahan laktosa. Sebab utama kepada dapatan ini adalah kerana susu mentah langsung tidak mengandungi enzim laktase seperti yang didakwa, menyebabkan susu mentah tiada peranan dalam simptom alahan laktosa.

Walaupun susu mentah mengandungi kandungan rendah enzim pemecah protein (proteases) dan pemecah lemak (lipases), kandungan ini terlalu rendah untuk memainkan apa-apa peranan kepada fisiologi penghadaman manusia dan enzim ini turut wujud dalam susu yang telah dipastur kerana enzim-enzim ini secara relatifnya stabil-haba. Tambahan lagi, sebaik sahaja diminum, enzim-enzim ini dihancurkan di perut akibat kesan daripada asid perut dan enzim pepsin yang dihasilkan.

Sebaliknya, produk tenusu yang mengandungi enzim laktase (β-galactosidase) adalah Yogurt. Hal ini kerana Yogurt mengandungi bakteria baik yang tinggi yang menghasilkan enzim ini, menjadikan ianya lebih mesra mereka yang alah kepada laktosa.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis mahupun rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    5 Saat Saja, Hembus Dan Masuk Mulut: Benarkah Makanan Jatuh Boleh Dimakan?

    Jika anda pernah terdengar akan peraturan 5 saat bagi makanan jatuh, adakah anda tahu sama ada ia merupakan fakta ataupun mitos?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 02/03/2020 . 4 minit bacaan

    5 Mitos MEREPEK Tentang COVID-19 Yang Masih Dipercayai Ramai, Tolong Berhenti!

    Terdapat pelbagai jenis mitos virus korona, COVID yang telah tular dalam kalangan masyarakat tempatan. Pastikan anda mengetahui kebenaran dan faktanya, ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 14/02/2020 . 3 minit bacaan

    Betul Ke Limau Nipis Ubat Kencing Manis Atau Ia Hanya Mitos Semata-Mata?

    “Limau nipis ubat kencing manis?” Betulkah terdapat khasiat limau kasturi untuk kencing manis? Jom kita bongkarkan kebenarannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 16/12/2019 . 3 minit bacaan

    4 Daripada 10 Ribu Rakyat Malaysia Menghidap Skizofrenia! Hentikan Stigma Pada Mereka

    Kajian menunjukkan kesan lebih baik pada pesakit yang alami penyakit mental skizofrenia yang tinggal di negara membangun berbanding dengan negara maju.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 17/11/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat makan durian

    Musim Raja Buah Kembali! Ada 7 Mitos Tentang Makan Durian, No 5 Paling Banyak Orang Cakap

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 18/06/2020 . 3 minit bacaan
    health tag

    KARUT! Health Tag Tak Boleh Lindungi Dari COVID-19, Jangan Bazirkan Duit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/04/2020 . 4 minit bacaan
    minum air suam

    Minum Air Suam Boleh Bunuh Virus COVID-19? Ini Jawapan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/03/2020 . 3 minit bacaan
    pesakit sawan, gigit sudu

    Elak Tertelan Lidah, Beri Pesakit Sawan Gigit Sudu? Berkesankah Cara Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 10/03/2020 . 3 minit bacaan